Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGI MEROYAN TAK LEH TIDO MALAM !

ISH,ISH JADIK JUGA YE !

=Pak Karamu-

September 15, 2018



7 Kehadiran UMNO Di Muktamar PAS Menyebabkan Janda UMNO Gila Talak










UMNO menunaikan janji dan hadir ke Muktamar Tahunan PAS hari ini.

 Jemputan PAS kepada UMNO melakar sejarah baru dalam landskap politik di Malaysia biarpun lebih enam dekad UMNO dan PAS mempunyai masalah pertembungan di akar umbi.
Dalam pada masa yang sama, UMNO menghulurkan jemputan kepada Presiden dan pimpinan tertinggi PAS bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO pada 30 September ini sebagai membalas jemputan ke Muktamar Tahunan PAS ke-64.







Sementara itu, beberapa pemimpin BERSATU mula meroyan dengan peristiwa hari ini. Tun Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan tidak akan menerima UMNO.
Persoalannya, bila pula UMNO memohon untuk menyertai Pakatan Harapan. Yang CTS tahu, Pakatan Harapan yang memancing ADUN dan Ahli Parlimen UMNO menyertai mereka sejak PRU14.






Penasihat Media & Komunikasi Kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin pula berkata, terdapat khabar angin bertebaran mengatakan bahawa UMNO sedang berusaha untuk bergabung dengan BERSATU.

Gilakah Tun Daim? Siapa yang berminat untuk bergabung dengan parti yang hanya mempunyai suara Parlimen sebanyak 13 kerusi? Gila talak betul BERSATU.

Perkara yang amat ditakuti oleh KERAjaan Malaysia Baru adalah seperti analisa di bawah. Harus diingat semarak jiwa Malaysia Baru bakal menyatukan umat Melayu di bumi bertuah ini.










CAKAP LA APA SAHAJA RAKYAT AKAN TELAN

  MASA BN MEMERINTAH, KITA SALAHKAN KERAJAAN.

KERAJAAN TAK PANDAI, BOROS, KORAP, SEBAB TU RINGGIT MERUDUM,

KEMUDIAN DITERANGKAN SEBAB-SEBAB RINGGIT SEMAKIN LEMAH, NAMUN RAKYAT DIBERITAHU SEMUA SALAH KERAJAAN.

APABILA SAMPAI PEMBANGKANG MEMERINTAH, MAKA RINGGIT TETAP TENAT, MALAH EKONOMI TETAP TERUS TERUK,

MANIFESTO TERKUBUR DENGAN SENDIRINYA. KEMUDIAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN TERUS MEMBAZIR WANG RAKYAT.

CONTOH KETARA PILIHANRAYA KECIL YANG SENGAJA DI BUAT-BUAT.

NAMUN RAKYAT TETAP TERUS BUTA DAN MEMBUTA

MERDEKAAAAA !

DALAM MASA SAMA:

 Laksana semua manifesto, Kerajaan PH akan rugi besar, MAKA SAHLAH MANIFESTO TIPU RAKYAT

Mahathir
HARI INI:


Dr Mahathir berkata, sebahagian daripada janji manifesto berkenaan menimbulkan banyak masalah dan memerlukan kajian semula.

Menurutnya, semasa janji manifesto berkenaan dibuat, PH percaya akan kalah.
 "... tapi sekarang kita menang jadi sekatan-sekatan itu terkena kepada kita.  Sebab itu kita kena buat kajian semula.

KAH, KAH,KAH,KAH, DENGAN PENGAKUAN INI P.H BENAR-BENAR MENIPU !
PADAN MUKAAAAA  RAKYAT !

-Pak Karamu-

Semua mata wang negara defisit, bukan ringgit sahaja



AddThis Sharing Buttons


duit
gambar hiasan
(Ubah saiz teks) 

PETALING JAYA - Penyusutan nilai mata wang bukan hanya melibatkan negara ini bahkan semua negara berdepan situasi defisit yang sama.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Argentina antara negara yang turut mengalami situasi tersebut apabila mata wang negara itu menyusut sehingga 50 peratus.


Menurutnya, penyusutan berkenaan berlaku juga disebabkan oleh peperangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.


“Semua mata wang defisit, Argentina 50 peratus. Penyusutan nilai mata wang ini berlaku kerana perang perdagangan antara Amerika dan China, selain prestasi ekonomi negara masing-masing,” katanya dalam sidang media di Menara Yayasan Selangor, hari ini.




Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini ketika para pelabur mengharapkan pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) yang lebih positif bagi Ogos.


Pada pukul 9 pagi hari ini, ringgit mengukuh kepada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1430/1460 sewaktu ditutup semalam.

NAIK GAJI DAN PECEN TENTERA ANUAR MENANG !

 BAGI NAIK GAJI TENTERA DAN PESARA TENTERA SEBELUM KEPUTUSAN PILIHANRAYA TENTU NUAR MENANG !

KALO NAIK LEPAS KEPUTUSAN PILIHANRAYA NUAR KALAH ? SEBAB ? TAK LEH PERCAYA DENGAN JANJI KERAJAAN !!! TENTERA DAH FAHAM DAH !!!

Laluan Anwar tidak mudah

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Shamsul Iskandar Mohd Akin. - Foto: SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

  Meskipun mempertaruhkan calon Perdana Menteri kelapan di Parlimen Port Dickson, laluan PH untuk mengembalikan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen tidak semudah disangka.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ini kerana sebahagian besar penduduk kawasan peranginan itu didiami pasukan tentera.

APA NAK SUSAHKAN SANGAT  UNTUK ANUAR MENANG !


POKOKNYA:


NAIKKAN GAJI DAN PENCEN PESARA TENTERA MAKA ANUAR PEJAM MATA BOLEH MENANG !!!
SEKARANGPUN DALAM PAKATAN HARAPAN RAMAI AHLI VETERAN APA NAK BIMBANGKAN.
JIKA BEKAS TENTERA DIANGGAP TIDAK DIHORMATI OLEH AHLI POLITIK TERNYATA ITU TIDAK BENAR, KERANA BEKAS TENTERA BIASANYA SEDIA BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN, INI ISU KECIL SAHAJA
TENTERA DAN BEKAS TENTERA RASANYA  AKAN BERI UNDI PADA ANUAR DENGAN MUDAH, TEPUK BELAKANG TENTERA DAN VETERAN SEKALI LEMAHLAH MEREKA.

INI LUAHAN UMNO PULA:

'Tiga kali PKR hina sistem demokrasi'

'Tiga kali PKR hina sistem demokrasi'
Asyraf pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-59, hari ini.
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA TERENGGANU - PKR telah menghina sistem demokrasi negara buat kali ketiga selepas PRK Permatang Pauh dan Kajang.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu perlu dihentikan dan sudah tiba masa untuk rakyat memberi isyarat kepada kerajaan hari ini.

Katanya, tindakan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu seolah-olah mempermainkan sistem demokrasi.

-Pak Karamu-

Gesaan Anwar tidak tanding di PD tak disambut

AddThis Sharing Buttons

Arshad Raj
Arshad Raj
(Ubah saiz teks) 

GESAAN Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) agar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mempertimbangkan semula keputusan untuk bertanding di kerusi parlimen Port Dickson, tidak disambut.


Apabila teka-teki seluruh rakyat Malaysia terungkai, akhirnya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dickson.


Sebentar tadi, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah secara sukarela mengosongkan kerusinya buat Anwar bagi membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri ke lapan kelak.


[ARTIKEL BERKAITAN: Port Dickson untuk Anwar]


Presidennya, Mohamed Arshad Raj, sebelum berkata, ini kerana penyandang kerusi berkenaan, Danyal Balagopal Abdullah yang merupakan bekas pegawai tentera perlu mengutarakan isu kebajikan anggota dan pesara tentera di Dewan Rakyat.


"Jika laporan berita itu terbukti benar, Patriot melihat keputusan parti itu tidak mempedulikan veteran tentera dan kepemimpinan PKR nampaknya tidak menghargai kehadiran seorang pegawai bersara tentera sebagai ahli parlimen.


"Kepimpinan PKR mesti memahami bahawa kehadiran veteran angkatan tentera di parlimen disokong oleh ribuan pesara yang dilihat mewakili mereka, dan suara mereka bergantung kepadanya," kata Mohamed Arshad dalam satu kenyataan hari ini.


Mohamed Arshad berkata, keputusan meminta Danyal mengosongkan kerusi Parlimen boleh mengundang protes pesara tentera terhadap Anwar.


"Ia juga mungkin mempunyai kesan negatif terhadap calon-calon anggota tentera dalam pilihan raya di masa depan apabila para pegawai kanan tidak diendahkan," katanya.


Menurutnya, tiga pilihan raya kecil di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong mencatatkan kadar peratusan keluar mengundi yang rendah, menunjukkan rakyat 'keletihan' untuk menghadapi pilihan raya lagi.


"Sekiranya pilihan raya kecil ini benar-benar diperlukan, Patriot menggesa kepimpinan PKR agar kerusi parlimen Port Dickson kekal dengan penyandangnya dan Anwar Ibrahim bertanding di tempat lain," kata Mohamed Arshad.- Malaysiakini

AKHIRNYA ANUAR BIN IBRAHIN DI NEGERI SEMBILAN !


ANUAR IBRAHIM P 132 POT DICKSON ?


 

BARU ORANG MELAYU TAHU CINA DAP JAHAT

HORAS ! HORAS ! HORAS !  UNTUK TUN HANIF.
APABILA TUN HANIF OMAR CAKAP DAP CINA DAP MAHU MALAYSIA DIBAHAGI DUA MAKA RAMAI ORANG MELAYU BENCI DENGAN CINA DAP.
BARANGKALI TUDUHAN HANIF OMAR BETUL SEBAB DIA SEORANG TUN, BEKAS KETUA POLIS NEGARA, TENTU DIA CAKAP BENAR.
TUN HANIF OMAR JUGA MACAM MAHADHIR MUHAMMAD, RAMAI RAKYAT SUKA SEBAB MUNGKIN DIA BETUL, DIA MEMANG WARIOR MELAYU.
TUN HANIF DAN TUN MAHADHIR DUA-DUA TUN, HANIF TENTU BANYAK MAKLUMAT. APA YANG DIA KATA TENTULAH BETUL.
HANIF OMAR MUNGKIN SEMUA ORANG MELAYU ERCAYA DENGAN CAKAP DIA MELAINKAN JIKA YOU BERANI SAMAN DIA, SEBAGAIMANA YANG YOU KATA BAGI DUA HARI
LU ADA BERANI ? 
SEHINGGA KINI ORANG MELAYU PERCAYA DAP CINA JAHAT !
-Pak Karamu-

Kenapa Hanif dedah rahsia selepas separuh abad


Lim Kit Siang
Lim Kit Siang - Foto Sinar Harian
(Ubah saiz teks) 

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mendedahkan maklumat permintaan DAP yang mahukan Semenanjung Malaysia dibahagi kepada dua bahagian, setelah hampir setengah abad.

Beliau berkata, sekiranya DAP atau dirinya mahukan Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada dua, cadangan itu tidak mungkin dirahsiakan.

“Sekiranya saya atau DAP ada cadangan untuk pisahkan Semenanjung Malaysia, pantai barat untuk Cina dan pantai timur untuk Melayu, ia tidak akan menjadi rahsia sehingga separuh abad.

“Ia (cadangan itu) akan digunakan untuk menyerang saya dan DAP dalam tempoh lima dekad lalu untuk menunjukkan bagaimana DAP melakukan pemecahan, rasis, tidak patriotik dalam memisahkan Semenanjung Malaysia kepada dua bahagian mengikut kaum,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Semalam, dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian, Hanif berkata beliau masih mengingati laporan yang mengatakan DAP pernah meminta agar memisahkan Semenanjung Malaysia kepada dua bahagian, iaitu pantai timur kepada kaum Melayu dan pantai barat kepada kaum Cina.

Hanif mendakwa, cadangan itu diperoleh daripada hasil laporan risikan yang dihantar kepadanya.
Menurutnya, ketika itu beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (Mageran) bermula 16 Mei 1969.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hanif Omar tak nyanyuk]

“Pertama sekali, bolehkah Hanif mendedahkan siapa pemimpin DAP yang mencadangkan cadangan tersebut memandangkan saya tidak mengetahui cadangan itu.

“Dia (Hanif) harus menyedari bahawa ceritanya itu akan menjadi modal buat ekstrem politik dan golongan oportunis untuk menghasut permusuhan antara kaum dan agama, kebencian dan perselisihan di Malaysia selepas PRU14,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.

ANUAR MUNGKIN AKAN AMBIL TEMPAT WAN AZIZAH DI PANDAN

Anwar akan jadi TPM dulu sebelum ganti Mahathir

AddThis Sharing Buttons

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. Foto - Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
SATU lagi pilihan raya kecil dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat ini, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman akan melangkah ke Parlimen dalam masa terdekat.

Situasi ini lebih menyakinkan apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan perkara sama, malahan katanya, ada ahli Parlimen PKR bersedia menawarkan kerusi yang disandang mereka kepada Anwar.

Anwar yang sepentas dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap majlis penutup Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 baru-baru ini juga memberikan gambaran sama.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bersama pembangkang ketika dalam Parlimen seandainya menteri sedia ada melakukan penyelewengan dalam pentadbiran.

De facto leader PKR itu menegaskan, antara sebab menjadi ahli Parlimen sebagai langkah mengelak salah guna kuasa yang boleh menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Malahan beliau sendiri akan bersama pembangkang, tegur kerajaan yang membuat kerosakan, penyelewengan dan kecuaian menteri.

Sekiranya benar sepantas ini Anwar akan kembali ke galanggang politik, adalah mustahil beliau akan menjadi ahli Parlimen biasa, tanpa jawatan.

Setidak-tidaknya Anwar akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri, sementara tempoh peralihan Mahathir sebagai perdana menteri.

Ini kerana Anwar akan memegang jawatan Presiden PKR selepas menang tanpa bertanding jawatan itu yang sebelum ini disandang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Adalah mustahil seorang presiden parti yang terbesar dengan kemenangan sebanyak 50 kerusi parlimen dalam PRU lalu tidak ada jawatan dalam kerajaan.

PKR adalah faktor utama kemenangan Malaysia Baharu, DAP hanya 42 kerusi, diikuti Besatu (13) dan Amanah (11).

Kembalinya Anwar ke Parlimen dalam era Malaysia Baharu adalah permulaan beliau untuk bersama kerajaan, mungkin era 1998 akan akan kembali.

”Bukan hanya PM (perdana menteri) dua kali, malahan mungkin TPM (timbalan perdana menteri) juga dua kali.

”Ironinya, mungkin gabungan PM dan TPM akan berulang, juga untuk kali ke dua,” kata seorang pemimpin PKR kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Mahathir menjadi perdana menteri paling lama di Malaysia selama 22 tahun, iaitu antara 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003, sepanjang tempoh itu, beliau dibantu empat timbalan pada satu satu masa, bermula dengan Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam, Anwar dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar menjadi timbalan Mahathir untuk tempoh lima tahun, dari 1 Disember 1993 hingga 2 September 1998 sebelum dipecat kerajaan Mahathir ketika itu.

Jelasnya, perjanjian Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak menetapkan had Mahathir menjadi perdana menteri, sebaliknya perjanjian itu jelas menyebut Anwar adalah perdana menteri ke lapan.

Namun tidak ditetapkan tempoh masa untuk Mahathir melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri untuk digantikan Anwar dan pernah dicadangkan jawatan itu dipegang hanya selama dua penggal.
 

SATU PERANCANGAN KOTOR DAN JAHAT TERBURAI !

DENGAN TERKELUARNYA BERITA INI, MUNGKINKAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN AKAN JATUH ?

DALAM MASA YANG SAMA 

BERSATU TERUS MEROSOT SEBAB PARTI PERKAUMAN:

 Meriah tapi tak ‘full house’

Ramai syak bersatu sudah ada kem, tu sebab Muhyiddin ingatkan ahli,

"Jangan ada kem dalam Bersatu, pesan Muhyiddin"

Muhyiddin

 Muhyiddin - Foto MOHD IZARI ROSLI

(Ubah saiz teks) 
 Walaupun tidak dapat hadir pada Sambutan Hari Ulang Tahun Kedua Bersatu, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin tetap menyampaikan ucapannya menerusi rakaman video kepada ahli dan penyokong parti itu.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berharap agar tidak wujud kem dan kumpulan dalam Bersatu.
Katanya, ini kerana ia budaya buruk yang akan menyebabkan perpecahan dalam parti.

Meriah tapi tak ‘full house’
Sambutan Ulang Tahun Kedua Bersatu yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, malam ini.
(Ubah saiz teks) 
SHAH ALAM -  Jika tahun lepas lebih 10,000 ahli menghadiri Sambutan Ulang Tahun Pertama Bersatu di Johor, nampaknya jumlah kehadiran berkurang dalam ulang tahun kedua di Stadium Malawati, Shah Alam.

Lautan merah membanjiri stadium tersebut namun berdasarkan pemerhatian, masih terdapat kekosongan di tempat duduk bahagian atas.

-Pak Karamu-

Tun Mahathir desak Najib lantik saya: Shafee



AddThis Sharing Buttons


Shafee
Shafee - Foto mStar
(Ubah saiz teks

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa telah mendesak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Shafee dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, Najib sebenarnya tidak begitu berminat dengan idea pelantikannya itu.


“Sebab beliau (Najib) mahu jaga hati Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Gani Patail. Malah beliau paling keberatan.


“Tapi Tun Mahathir beria mahu saya dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam kes Anwar sebab beliau (Tun Mahathir) tidak yakin Pejabat Peguam Negara boleh menang.


“Mungkin sebab mereka telah kalah dalam kes liwat II di Mahkamah Tinggi sebelum itu. Mereka juga kalah sebelumnya di mahkamah Persekutuan dalam kes liwat I,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurut Shafee lagi, beliau telah dipanggil ke Yayasan Perdana di Putrajaya pada tahun 2013 untuk bertemu dengan Mahathir.


“Tun Mahathir beritahu saya sendiri Najib baru meninggalkan Yayasan Perdana selepas beliau berjaya memujuk Najib agar meyakinkan Peguam Negara melantik saya. Bagi kes itu.


“Matthias Chang (bekas setiausaha politik Tun Mahathir) kata pada saya, pelantikan saya ini salah satu daripada enam permintaan Tun Mahathir kepada Najib, kalau tak beliau akan menentang Najib,” katanya.




Pendedahan Shafee ini sebagai menafikan maklumat baharu daripada Pejabat Peguam Negara yang mendakwa beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebelum perbicaraan kes liwat tersebut.


Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sudah menerima afidavit mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Shafee yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara.


Katanya, pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib.


Kata Anwar lagi, apabila Shafee menerima RM 9.5 juta dari akaun peribadi Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes, ia menghancurkan kredibilitinya sebagai seorang ejen Jabatan Peguam Negara yang tidak berat sebelah.

SIAPA MAHADHIR NAK PERTIKAI HUKUMAN SYARI'AH ?

DAH JENIS JAHIL MURAKAP NAK BUAT MACAM MANA !!! 
TAPI NAK TUNJUK PANDAI ! SEBENARNYA JAHILIYAH ! TEGAR

‘Sebat dua minit dah selesai’

Idris Ahmad
Idris Ahmad

SHAH ALAM - Melabel hukuman sebat terhadap dua wanita di Terengganu sebagai zalim mungkin berpunca daripada kejahilan pihak yang tidak tahu mengenai undang-undang Islam.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, sedangkan hukuman sebat di bawah undang-undang sivil sebenarnya jauh lebih zalim.

NUAR DAN MAHADHIR MEMEKAK TU BUAT APA ? SUKA SANGAT CABUL HAK GANU !!! BANGANG !!!

Sebat: Hormati keputusan Terengganu

Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad
Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad
(Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU – Semua pihak diminta menghormati keputusan hukuman sebat terhadap pasangan lesbian yang diputuskan Kerajaan Terengganu menerusi mahkamah syariah, Isnin lalu.

Pengerusi Harapan Terengganu, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata, sebarang undang-undang yang diguna pakai kerajaan negeri melalui mahkamah syariah atau mahkamah sivil menjadi hak negeri berkenaan.

PIEM MAHADHIR FAHAM ATAU TIDAK KEHENDAK SYARI'AH ISLAM ?


JIKA TIDAK FAHAM, TUTUP MULUT.


JIKA TIDAK PUAS HATI, CIPTALAH SYARI'AH SENDIRI, JANGAN DOK MEMBEBEL TANPA ILMU.
JIKA TIDAK SUKA CARA ISLAM YANG ADA MAKA PERKENALKANLAH ISLAM ALA PAKATAN HARAPAN.
NAMPAKNYA ADA ISLAM YANG LEBIH ADIL AKAN DIPERKENALKAN OLEH PAKATAN HARAPAN.
YANG PELIKNYA PUAK-PUAK NI MASIH TIDAK PUAS HATI DENGAN HUKUMAN YANG DIJATUHKAN OLEH MAHKAMAH SYARI'AH TERENGGANU.
KEPADA YANG BERTANGGUNGJAWAB TENTANG AGAMA TOLONG TERANGKAN APA YANG MEMBUATKAN HUKUM SYARI'AH TERCIPTA, ADAKAH MEREKA HANYA MENGIKUT HAWA NAFSU ?
TOLONG BAGITAHU MAHADHIR BIN MUHAMMAD, PIEM MALAYSIA !!! 
-Pak Karamu-

Tidak cerminkan keadilan dalam Islam

AddThis Sharing Buttons

Tidak cerminkan keadilan dalam Islam
Foto - FB Dr. Mahathir bin Mohamad
(Ubah saiz teks) 

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap pasangan kekasih lesbian (musahaqah) tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh Islam.


Menurutnya, umum mengetahui ia adalah kesalahan pertama pasangan tersebut dan mereka sepatutnya diberikan nasihat serta tidak terus dijatuhkan hukuman sebat sehingga diketahui seluruh negara.


Menurutnya, perkara tersebut akan memberi gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri.
 

"Sebab itu kami berpendapat bahawa, kalaupun ada kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya.


"Amatlah penting kita menunjuk agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukum-hukum yang berat yang mengaibkan orang. Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam," katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menyatakan pandangan kerajaan PH selepas perkara tersebut dibawa ke dalam Mesyuarat Kabinet.


Isnin lalu, pasangan kekasih lesbian dihukum sebat di hadapan lebih 150 orang ramai di dalam Dewan Bicara 2, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.


Hukuman enam sebatan oleh dua tukang sebat wanita dari Penjara Kajang, Selangor bertauliah berjalan lancar.




Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kerajaan berharap semua pihak berhati-hati agar tidak mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur dan tidak bertimbang rasa.


"Sedangkan kita selalu, apabila bermula (memulakan) sesuatu dengan Bismillahirrahmanirrahim,  iaitu dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani tetapi kita tunjuk seolah-seolah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah sama sekali.


"Inilah pendapat kerajaan PH pada mesyuaratnya hari ini," katanya.

WOIT ? SIAPA ANUAR IBRAHIM MEMPPERTIKAIKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH SYARI'AH ?

DAH HANGIN SATU BADAAAN !!!

ALAAA MAAAAK WARGA MEHPUN KENAAAA !OOOO TU PASAI NGELABAH TU !!!  BETOI LA MENTAL !!!

Kelantan sudah sebat 13 individu
Daud Muhammad
Daud Muhammad

KOTA BHARU – Kelantan sudah pun mengenakan hukuman sebatan secara terbuka terhadap 13 individu yang menyalahi undang-undang di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 sejak diperkenalkan di negeri ini.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, jumlah itu merangkumi lelaki dan wanita berusia antara 20 hingga 55 tahun membabitkan 10 kes termasuk kesalahan mukadimah zina dan minum minuman yang memabukkan seperti arak.

ALAAA MAAAK NI BUAT GAY,LESBIAN NGAMUK NI !!! 

Kelantan bakal laksana sebat terbuka
Kelantan bakal laksana sebat terbuka
Ahmad (tengah) bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri ketika merasmikan Hari Hududullah hari ini.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bakal melaksanakan hukuman sebat secara terbuka setelah Enakmen Tatacara Jenayah diluluskan dalam Sidang Dun Julai lalu dan kini dalam proses pewartaan.

TAK TAU NAK KHABAQ LA SYEIKH DEPA DAH SAMA-SAMA GENG ! KI,KI,KI

Hormati keputusan Mahkamah Syariah


Syeikh Fadzil Awang
Syeikh Fadzil Awang

ALOR SETAR -  Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang meminta masyarakat umum khususnya umat Islam untuk menghormati keputusan diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu ke atas pasangan kekasih lesbian, baru-baru ini.

LAGU MANA NAK JADI PEMIMPIN KALAU SAKIT MENTAL !

Mufti Selangor anggap LBGT penyakit mental


Mohd Tamyes Abd Wahid
Mohd Tamyes Abd Wahid

SHAH ALAM - Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap sebagai satu penyakit mental dan amat membimbangkan kerana melawan fitrah kehidupan manusia.

ADAKAH MAHKAMAH TINGGI SYARI'AH TERENGGANU TIDAK FAHAM  PENINDASAN ?


APABILA HUKUM SEKULAR DIPERKENALKAN DI NEGARA INI, MENGAPA TIDAK ADA PENJELASAN DIMINTA ? DAN RAKYAT BOLEH TERRRIMA SEADANYA ?


APA ANUAR BIN IBRAHIM FIKIR APA YANG DILAKUKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI TERENGGANU MACAM TIDAK FAHAM MORAL MANUSIA ?


ORANG YANG KAKI GAY DAN LESBIAN PERLUKAN DIBERIKAN BELAS KASIHAN ? SEDANGKAN HUKUMAN TERSEBUT DIBAWAH SYARI'AH, ADAKAH ANUAR BIN IBRAHIM FAHAM SYARI'AH AGAMA ?


PERSOALANNYA MENGAPA ANUAR BIN IBRAHIM TERASA SANGAT SEBAT DI KHALAYAK RAMAI ? ADA APA-APA HAL ?


ATAU


SEPATUTNYA ANUAR IBRAHIM BAGITAHULAH DENGAN MAHKAMAH SYARI'AH TRENGGANU, BAHAWA RAKYAT MALAYSIA TAK DAPAT TERIMA HUKUMAN MAHKAMAH SYARI'AH TERENGGANU.

INI JAWABNYA:


'Jangan polemik isu hukuman sebat'


'Jangan polemik isu hukuman sebat'
Hukuman sebat. Gambar kecil: Zamri

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, tindakan mempertikai dan mempersoal hukuman itu menyentuh kedaulatan undang-undang negeri yang seharusnya dihormati rakyat sepertimana termaktub dalam prinsip Rukun Negara.

Menurutnya, asasnya hukuman hudud sebatan 100 kali rotan memang di khalayak ramai berdasarkan firman ALLAH SWT di dalam al-Quran, surah an-Nur ayat kedua.

"Hukuman sebat di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu itu bukan hudud tetapi ta'zir. Pemerintah boleh menentukan bentuk hukuman yang munasabah untuk pesalah berkenaan.

"Saya juga setuju dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa pesalah telah mengikuti proses keadilan yang sewajarnya bahkan diberi tempoh merayu tetapi lebih rela utk meneruskan hukuman," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian.

MASALAHNYA SEBAB NAK PERTAHANKAN MARUAH MEMBER LAAAA !


-Pak Karamu-
 



Hukuman sebat di khalayak ramai sukar diterima
AddThis Sharing Buttons

anwar
(Ubah saiz teks) 
KUALA LUMPUR - Tindakan menghukum seperti menjatuhkan hukuman sebat dikhalayak ramai tanpa melalui proses dan kefahaman yang betul serta tanpa belas kasihan adalah sesuatu yang tidak diterima rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Presiden PKR itu, perkara tersebut perlu ditangani dengan berhati-hati kerana akan timbul tuduhan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat terhadap pesalah syariah sebagai anti-Islam.

"Jika anda cuai dalam memberi kenyataan dalam perkara ini, anda akan dilabel sebagai anti undang-undang syariah, anda dilabel sebagai sekular dan sebagainya.

"Jika perkara ini berlaku akan timbul pergeseran lain dalam kalangan masyarakat Islam," katanya dalam satu sidang media di Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Filipina 2018 di Makati City hari ini, petik laporan Astro Awani.

Anwar berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan menjatuhkan hukuman sebat itu kerana ia merupakan satu bentuk penindasan.

"Jika timbul isu berkaitan kesalahan sedemikian perlu ada satu bentuk penjelasan yang mencukupi, pendedahan atau pendidikan kepada masyarakat," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pasangan kekasih lesbian  dihukum sebat di hadapan lebih 150 orang ramai di dalam Dewan Bicara 2, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan lesbian didenda, disebat]

Berhubung kes ini, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan terhadap sepasang lesbian kerana cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, di Dungun, pada April lalu.

BUKAN SPRM SAHAJA YANG TERKEJUT, SELURUH RAKYAT DAN PM HI,HI,HI

ISH,ISH,ISH KEJUUUUUT SAYAAAAAA ! 

PM terkejut penarikan kes Guan Eng
Mahathir Mohamad
 Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terkejut penarikan kes pendakwaan rasuah terhadap Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran. 
SPRM dalam kenyataan ringkas hari ini menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.

Pas mahu kerajaan beri penjelasan gugur kes Guan Eng


Pas mahu kerajaan beri penjelasan gugur kes Guan Eng
Tommy Thomas
 Kerajaan perlu beri penjelasan kepada rakyat berhubung pembebasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada pertuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

RULE OF LAW !!!

OP COOT ! KEEJUUUUT !!!

ALA FAHAM-FAHAM SAHAJA LA, RULE OF LAW !!!

HIDUP PAKATAN HARAPAAAAN !

MERDEKAAAAA !!!

AYYAH, PAKAT,PAKAT BALU ATAK HALAPAN MAA !

SPRM terkejut, Guan Eng enggan ulas

Guan Eng
Guan Eng
(Ubah saiz teks) 
PUTRAJAYA - Usaha pemberita mendapatkan maklum balas Lim Guan Eng berhubung kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terkejut dengan keputusan mahkamah yang membebaskan dan melepaskan menteri daripada tuduhan rasuah, tidak membuahkan hasil.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu enggan memberi sebarang komen.

"Ini (sidang media) berkenaan SST. Jadi awak perlu dapatkan peguam saya," katanya.

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepaskan dan membebaskan Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada tuduhan rasuah dan bersubahat berhubung berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng bebas tuduhan rasuah]

Sejurus itu, SPRM dalam kenyataannya berkata, pihaknya amat terkejut dengan keputusan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM terkejut mahkamah bebaskan Guan Eng]

PATUT LA PH LANTIK THOMAS ?

Thomas, sila jelaskan atau letak jawatan - Azalina

Thomas, sila jelaskan atau letak jawatan - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said
KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tommy Thomas digesa supaya memperjelaskan tindakannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada pertuduhan rasuah membabitkan pembelian banglo bawah harga pasaran.

Jika gagal melakukannya, Ketua Unit Undang-Undang Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Thomas wajar melepaskan jawatan kerana kredibiliti Jabatan Peguam Negara diragui.

Katanya, Thomas perlu menjelaskan perkara tersebut kerana persepsi buruk yang ditimbulkan ini adalah sesuatu yang bahaya dan mengancam doktrin pengasingan kuasa di Malaysia dan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap sistem pentadbiran negara.

“Peguam Negara wajib menjelaskan perkara ini memandangkan rakyat memerlukan penjelasan, apatah lagi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sendiri terkejut dengan keputusan tersebut.

-Pak Karamu-

 

SPRM terkejut mahkamah bebaskan Guan Eng

AddThis Sharing Buttons

SPRM
SPRM
(Ubah saiz teks) 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo.

Dalam kenyataannya SPRM sekali lagi menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah dibuat oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada suruhanjaya itu.

"SPRM amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan  Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu," katanya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.