PBT HANYA HENDAK MEMBEZAKAN GOLONGAN YANG MAJU DAN MUNDUR DAN PERBANDINGAN EKONOMI KAUM DI NEGARA INI,
IA MENGUNDANG DASAR PERBEZAAN KAUM YANG MAJU DAN YANG MUNDUR. KONSEP PBT INI SANGAT DISUKAI OLEH DAP DAN PKR.
JIKA KONSEP PBT INI DILAKSANAKAN MAKA MUNGKIN MALA PETAKA DI NEGARA INI AKAN BERLAKU
-Pak Karamu-
Jangan usul yang boleh cetus ketegangan
Hadi
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Pas menegaskan mana-mana pihak tidak seharusnya
mengusulkan sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan seperti pilihan
raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak perlu
sedar bandar bandar dan luar bandar mesti dibangunkan seiring.
"Saya tekankan bahawa kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang
boleh mencetuskan ketidakstabilan, melebarkan jurang bandar dan desa.
"Paling menakutkan ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi api dalam
sekam untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam
dalam sejarah negara.
"Kestabilan ekonomi dan politik di bandar perlu dijaga bagi mengelak
timbulnya jurang perbezaan dan ketegangan kaum dalam negara. Inilah asas
pembangunan seimbang di antara bandar dan luar bandar yang
diperjuangkan oleh Pas sejak kemerdekaan negara," katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan
mengesahkan pilihan raya PBT tidak akan diadakan kerana berkemungkinan
boleh mewujudkan konflik berasaskan perkauman.
Menurut Abdul Hadi beliau telah mengemukakan pendapat senada pada
Januari 2015 yang menjadi asas menguji setiakawan DAP dan PKR ketika itu
masih bersama Pas dalam Pakatan Rakyat.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, penguasaan ekonomi perlu diambil kira bagi semua peringkat.
"Jangan dilihat penguasaan ekonomi peniaga dan penduduk bandar daripada
kaum tertentu sahaja tetapi perlu juga diambil kira golongan pekerja,
pemandu teksi dan peniaga jalanan serta pembekal dan petani di luar
bandar yang turut mempunyai peranan membangunkan bandar.
BERITA YANG BERKAITAN:
keputusan Pilihan Raya PBT perlu konsensus PH
Lim Guan
Keputusan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa
tempatan (PBT) perlu mendapat persetujuan bersama empat parti dalam
gabungan Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau berkata walaupun DAP terus mendesak dan memperjuangkan isu berkenaan namun parti itu tidak boleh mengetepikan gabungan itu terutama apabila melibatkan standard dan dasar kerajaan.
PULAAAK, ADA APA-APA KE ?
Kajian Pilihan Raya KPKT diteruskan
Zuraida Kamaruddin.
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan
meneruskan kajian mengenai pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan,
kata Menterinya Zuraida Kamaruddin.
