IPOH - Exco Pendidikan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Perak, Dr Abdul Aziz Bari mengesahkan telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Perkara itu dimaklumkan pegawai medianya, Shukrie Ibrahim yang menjelaskan keterangan tersebut dibuat selama dua jam.

Katanya, keterangan itu dibuat berkaitan isu fitnah menjatuhkan Menteri Besar Perak.

"YB Dr Abdul Aziz Bari telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM," katanya kepada pemberita.

[ARTIKEL BERKAITAN: Serah bukti akuan bersumpah jika dipanggil polis]

Terdahulu, Astro Awani di dalam portalnya melaporkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi memberitahu, Abdul Aziz akan dipanggil untuk memberi keterangan kerana dikatakan mendapat tawaran jawatan dan sebagainya.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Saarani Mohamad bersedia menyerahkan Akuan Bersumpah lima Adun BN berkaitan isu tersebut kepada pihak polis jika dipanggil.