KUALA LUMPUR - Pas memberi tiga amaran kepada semua pihak termasuk golongan pelampau di negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Himpunan ICERD yang diadakan hari ini bukan kerana membenci agama mahupun bangsa lain.

"Amaran pertama, negara luar tak perlu campur tangan dengan urusan negara kita. Kita tahu tadbir negara sendiri.

"Kita berhimpun bukan kerana kita benci dengan agama Hindu, Buddha, Kristian tapi kerana agama rasmi kita, Islam.

"Bagi menyatakan kekuatan Melayu di atasnya agama Islam yang dijunjung," katanya kepada peserta himpunan di Dataran Merdeka.