Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAPAN UMNO BERKECAI

Salam

SEORANG TEMAN PAK KARAMU BERTANYA "ADAKAH UMNO MASIH SEBUAH PARTI MEMPERJUANGKAN MELAYU DAN ISLAM ?

KOMENTAR

Pak Karamu melihat UMNO sudah tidak lagi terdaya untuk memperjuangkan orang melayu, jauh sekali hendak memperjuangkan islam, sebab utama UMNO sudah tidak terdaya untuk memperjuangkan bangsa melayu ialah kerana pemimpinnya sendiri yang hilang ketokohan kemelayuannya dan mereka telah berpaling kepada merebut kebendaan sesama mereka, dan apabila mereka sudah memperolehi benda maka mereka terlupa terhadap kesakitan bangsa mereka di bumi mereka sendiri, rata-rata mereka bersikap demikian

UMNO bukan bangsa yang keramat untuk memperjuangkan nasib bangsa, di satu ketika dulu ada melayu yang di gelar sebagai singa UMNO (syed Jaafar Albar) namun dia tidak di pandang utama oleh pucuk pimpinan UMNO sebab ujudnya kroni, demikian juga dengan Dato Harun Idris, sekarang di kalangan orang lama yang masih ada di dalam UMNO hanya ada dua orang saja lagi iaitu Rais Yatim dan Ku Li, kedua-dua orang ini sudah hilang taring mereka, cakap mereka sudah tidak laku di dalam UMNO, yang ada hanya tinggal bunga-bunga sahaja seperti Rais Yatim, buahnya sudah tiada lagi

Sekarang kita mula mendengar rungutan daripada kebanyakan ahli UMNO sendiri, bahawa pemimpin mereka sudah tidak lagi dapat di harapkan, yang ahli UMNO masih bertahan sekarang ialah kerana ada sedikit imbuhan daripada sumber tertentu sahaja, jika tidak kerana imbuhan ini UMNO sudah lama hancur dan lari dari pertubuhan itu, ertinya masih ada UMNO yang dapat projek daripada kerajaan namun tidak sampaipun 5% yang di sedekahkan kepada bangsa mereka, selebihnya adalah untuk diri sendiri dan hari tua serta anak cucu mereka sendiri

Di masa sekarang juga kita dapat melihat ahli UMNO tersentak dengan konsef 1 Malaysia, iaitu UMNO telah mengambil alih tugas BN untuk membela bangsa Malaysia, sebab itu konsef 1 Malaysia di perkenalkan bukan lagi untuk bangsa melayu sahaja akan tetapi konsef ini telah di perjuangkan oleh DAP,PAS dan Keadilan terlebih awal kemudian UMNO menyusurinya dari belakang, ini di lihat sebagai UMNO hanya dapat sampah sahaja kerana UMNO tidak melihat kebelakang, kerana itu konsef 1 Malaysia di lihat sebagai konsef terdesak

Kita masih ingat lagi daripada mulut para pimpinan UMNO yang mahu memperjuangkan islam sebagai dasar untuk menguatkan bangsa melayu sayangnya mereka tidak mengenali islam secara sebenar lalu mereka mengujudkan konsef penerapan nilai-nilai islam yang akhirnya turut terkubur kerana ia di ujudkan secara tidak jujur dan ada muslihat, kemudian di ikuti dengan konsef islam hadhari juga turut terkubur kerana ia ada muslihat sama dengan konsef penerapan nilai-nilai islam

Kedua-dua konsef islam ini sebenarnya untuk menyatu padukan orang melayu yang beragama islam namun konef tersebut sebenarkan bercanggah dengan konsef islam itu sendiri kerana itu mereka adakan debat olok-olok dengan PAS yang mana ahli UMNO sendiri yang mewakili PAS akhirnya UMNO kalah juga, itu baru buat secara olok-olok belum lagi secara sebenarnya, lalu niat UMNO untuk bercakap pasal islam terbantut kerana UMNO bukanlah ahlinya mahu bercakap tentang islam, sebab itu PAS ajak mereka bermuzakarah mereka tak mahu berdebat apa lagi

Ada di antara orang UMNO yang mahukan islam bersatu akan tetapi mereka lupa yang mereka belum lagi layak berbuat demikian sehingga mereka mengambil islam sebagai dasar perjuangan orang melayu di sinilah kekuatan di dalam UMNO yang sebenarnya namun mereka tetap juga menolak islam sebagai dasar, nah sekarang UMNO bukan lagi memperjuangkan bangsanya, perjuangan UMNO telah di ambil alih oleh satu pertubuhan melayu yang bernama ANGKASA yang kononnya untuk memertabatkan bangsa dan ketuanan melayu akan tetapi sedarkah ANGKASA bahawa perlembagaan negara tidak membolehkan orang melayu menjadi tuan ?

Matlamat perjuangan ANGKASA adalah kabur sebab dia tidak mampu untuk menjadi wakil kepada bangsa melayu di mana-mana tempat di dewan undangan negeri ataupun parlimen kerana itu tidak ada apa yang dapat di lakukannya untuk menyuarakan suara bangsa melayu, yang mereka dapat lakukan hanyalah menyalak ke hulu dan kehilir tanpa di pedulikan oleh sesiapa termasuk bangsa melayu sendiri, bangsa melayu tiada keramatnya, langsung tiada keramat kerana keramat melayu hanya ada pada islam bukan pada bangsa itu sendiri namun bangsa melayu tetap dengan dasar semangat kebangsaan mereka yang agama larang

Bertempiklak bangsa melayu sampai kelangit yang ketujuh namun tiada siapapun yang memperdulikan mereka kerana bangsa itu bukan tempat bergantung segala bangsa dan suku puak, UMNO adalah pertubuhan yang sangat degil dan sangat liat kerana mereka tetap tidak mahukan kepada islam untuk memajukan dan memelihara mereka. Pada tahun lepas apabila UMNO mengadakan perhimpunan kerana mahu mengubah atau meminda perlembagaannya, semua orang melayu tertunggu-tunggu apakah yang akan di ubah oleh UMNO namun ternyata hampa sebab UMNO tidak juga mahu mengambil dasar islam

UMNO sekarang sedang tenat, orang melayu sendiri faham tentang ketenatan di dalam UMNO, namun mereka tetap mengatakan UMNO /melayu masih kuat, sebenarnya UMNO bagaikan sebatang kayu yang tersandar indah namun di dalamnya kosong bagaikan kayu sudah di makan oleh anai-anai yang menunggu akan tumbang , UMNO juga bagaikan hilang arah kejalan mana yang mereka akan tuju, sebab itu Ku LI berkata "Jika sayapun hendak mereka buang ! UMNO tinggal apa ?




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.