Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NEGARA ISLAM BERKUMANDANG LAGI !

Salam,

KEKECUHAN ISU NEGARA ISLAM OLEH KARPAL SINGH MENYEBABKAN MUFTI MASUK CAMPUR MEMPERTAHANKAN NEGARA ISLAM

*   Isu ini mungkin akan menjadi panas dan merbahaya
*   Karpal Singh dan DAP mungkin dipandang bersikap bahaya
*   Kerajaan pusat dan mufti mestilah bertanggungjawab penuh

Apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah hasrat dan cita-cita DAP dan pengurusinya Karpal Singh tidak bersetuju dengan negara islam yang dibawa oleh PAS dan yang di anjurkan juga oleh Allah sebab perlembagaan PAS menepati suruhan agama iaitu negara islam yang berasaskan Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias, inilah asas negara islam iaitu menegakkan negara berdasarkan agama 

Dalam perlembagaan persekutuan ada menyebut ISLAM SEBAGAI AGAMA  RASMI NEGARA dan apa yang termaktub didalam perlembagaan negara ini memang tidak siapapun yang boleh ungkit terutama orang yang bukan islam yang tidak faham maksud agama iaitu mentadbir negara dengan agama, dan yang semua pehak kena faham ialah dasar mentadbir itu mestilah disebut sekali

Para ilmuan seperti Tok Mufti kenalah bertegas dan mengesyurkan dengan kerajaan supaya memasukkan dalam perlembagaan persekutuan dengan menambah perkataan Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias kepada ayat ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA, jika tidak agama rasmi negara itu akan menjadi SEKULAR DENGAN SENDIRINYA seperti yang ada sekarang ini iaitu mengasingkan agama dengan kehidupan inilah fahaman kebayakan orang UMNO

Apa yang kita lihat ialah kefahaman orang UMNO pada keseluruhannya ialah mereka mengakui Islam sebagai agama rasmi negara akan tetapi mereka tidak faham bahawa rasmi itu sepatutnya adalah terletak pada dasarnya bukan meletakkan dasar agama kepada semangat bangsa, sebab itulah kita lihat dasar negara islam ala perlembagaan negara tidak dapat hendak kita terima dan tidak menepati tuntutan agama kerana itulah konsep negara islam ala Malaysia ditentang oleh PAS

Daripada dulu Pak Karamu sudah bilang kepada ramai para pemimpin UMNO supaya dasar UMNO ditukar kepada AlQuran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias akan tetapi mereka bisu seribu bahasa, mereka teruskan juga semangat bangsa yang sangat rapuh dan tidak boleh dipercayai kerana tidak menyandarkan semangat bangsa itu kepada dasar agama, akhirnya mereka tetaplah sekular yang tidak dapat diterima oleh golongan orang melayu seperti PAS

Zaman sekarang sudah sampai masanya islam dicaci maki oleh golongan yang bukan islam maka kita terus melenting akan tetapi tidak sampai kemana kerana kita tidak ada hujah yang kokoh untuk mempertahankan agama ala perlembagaan negara kerana ketempangan dasarnya yang diragui sohehnya mengikut dasar agama itu sendiri, akhirnya kita dapat menyaksikan kebanyakan hukum yang ada di Mahkamah syari'ah sekarang tidak menepati kehendak islam, inilah suatu reality yang terdapat di negara kita
Berapa lama dasar perlembagaan negara akan terus menderita oleh ketempangannya sendiri akibat ke engganan kita memperkokohkannya denga dasar agama  yang sebenar ? Siapa yang akan memikul maruahnya yang tempang ini, sultan ? mufti atau kerajaan yang memerintah ?

Sebenarnya perlembagaan dasar negara islam dinegara ini samalah seperti pandangan kebanyakan orang UMNO dengan dasar Al Quran yang mana Al Quran itu hanyalah dihormati dan dibaca sahaja tanpa dilaksanakan sedangkan hasrat Tuhan tidak begitu, soalnya mengapa Al Quran itu tidak dijadikan dasar hidup supaya UMNO tidak menjadi sekular ? Sikap yang sebegini rupa boleh dicop sebagai amalan munafik yang sangat nyata

DAP yang dibenci oleh kebanyakan orang UMNO sebenarnya mereka sangat sesuai dengan dasar UMNO yang sekular cuma mereka tidak bersetuju dengan dasar yang dimainkan oleh sikap individu pemimpin UMNO yang korup dan banyak membuat penyelewengan



2 orang berkata:

Anonymous said...

ko pandai cakap ja kan

singamaraja said...

Ahlan ...

UMNO dalam mazhab sekularisma

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.