Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIAQ PI LA PADA MAHADZIR

Salam

NIK AZIZ NAK MENANG JE, NAK MEMERINTAH DENGAN DAP, BIAR ISLAM TERGADAI ?

Dr Mahadzir nampaknya terus menyerang  Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, tidak henti-henti orang tua tu disakat oleh Mahadzir Muhammad bekas Perdana menteri Malaysia itu, nampaknya dia sangat marah kerana kerjasama PAS didalam Pakatan Rakyat. Mahadzir mungkin taklah marah sangat dengan Nik Aziz sekiranya PAS dan Nik Aziz pengaruhnya merosot didalam arena politik akan tetapi semakin lama semakin popular pula Nik Aziz ini, itu sebab ramai pimpinan UMNO atau veteran UMNO yang marahkannya

Mengapa Nik Aziz terus saja dibidas ? Mengapa PAS dan pimpinannya terus menerus dibidas ? Jawapannya mudah, kerana segala masalah yang timbul tidak pernah hendak dibincangkan secara bermuzakarah ataupun debat, UMNO sudah tentu takut jika diadakan debat atau muzakarah kerana ia akan memalukan orang melayu dan UMNO sendiri sebab hujah UMNO adalah longgar dan low standard, mereka lebih suka berhujah mengikut akal sempit mereka dalam masa yang sama UMNO beriya-iya nak buktikan hujah mereka bernas dan benar walhal hujah mereka sangat dangkal

UMNO marah sangat dengan PAS semata-mata kerana berbaik dengan DAP dan PKR, itu yang mereka nampak sangat bahaya kepada BN/UMNO akan tetapi PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah gentar dengan BN/UMNO yang komponennya lebih besar daripada Pakatan Rakyat, inilah demokrasi, sedangkan merekalah juga perkenalkan demokrasi tersebut, apabila kita bersetuju ikut cara demokrasi yang mereka anjurkan maka mereka pula yang takut dengan sistem tersebut, lalu mereka cuba porak perandakan parti-parti didalam Pakatan Rakyat terutama PAS namun gagal

BN/UMNO nampaknya tidak henti-henti nak bermusuh dengan PAS, mereka akan melakukan apa saja yang boleh asalkan PAS menjadi huru hara, namun tak mungkin berlaku kerana perjuangan PAS bersandarkan kepada apa yang telah disediakan oleh Allah dan Rasulnya, ia kokoh dan ia tidak akan dapat digugat oleh daya pemikiran manusia yang berfahaman sekular daripada barat seperti UMNO, andainya PAS tidak berpegang dengan asas perjuangan yang telah disediakan oleh Allah dan Rasulnya sudah lama PAS terkubur, inilah yang mesti difahami oleh UMNO

Bercakap dengan UMNO ni lebih baik bercakap dengan tiang dan kayu mati, itu lebih berfaedah dari bercakap dengan UMNO, segala-galanya kita kita bercakap dengan mereka akan menemui jalan buntu kerana mereka menggunakan otak kotor mereka macan manusia hidup dizaman batu, pada hal apa salahnya jika kita duduk berbincang tentang kebenaran ? Malangnya UMNO tidak pernah berani berbuat demikian sebab mereka memang dari golongan yang tidak mahu faham tentang kebenaran, apa yang mereka mahu ialah supaya PAS mengikut saja apa yang mereka hendak, agaknya dia mahu ajak kita masuk dalam neraka Jahannam setelah mereka sendiri tersesat jalan

JIKA MEREKA IKHLAS AYUH KITA BERBINCANG, UMNO BERANIKAH ?


0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.