Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG MERLIMAUPUN MENYAMBUT MAULIDUL RASUL !

Salam

TERSENTAK ORANG MERLIMAU DENGAN HARI MENYAMBUT MAULIDUL RASUL

Orang Merlimau tahu bahawa berselawat atas nabi itu baik, orang Merlimau tahu yang suruh bersalawat itu adalah Allah, orang Merlimau tahu bahawa setiap salawat itu menyebabkan Allah s.w.t akan bersalawat atas mereka 10 kali, maka berlipat gandalah pahala yang mereka perolehi daripada Allah s.w.t  Amin !!!

Orang Merlimau tahu agama yang mereka anuti itu adalah agama yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w, Orang Merlimaupun tahu bahawa PAS memperjuangkan dasar agama yang dibawa oleh baginda Rasullullah s.a.w, Orang Merlimau tahu bahawa UMNO memperjuangkan semangat kebangsaan melayu yang ditegah oleh Rasul sebagaimana sabdanya:


ليس منا من دعا الى عصبية ، وليس منا من قا تل على عصبية ، وليس منا من مات على عصبية

Maksudnya: Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru kejalan kebangsaan, dan bukan daripada kalangan kita orang yang berjuang diatas jalan kebangsaan, dan bukan dari kalangan kita orang yang mati atas dasar kebangsaan                                                                             
                                                                                                                    (Ruah Muslim wa Abu Daud) 

Disebabkan Merlimau Melaka akan mengadakan pilihanraya tidak berapa lama lagi, mereka mahu menyokong parti mana ?  Pas yang memperjuangkan agama yang dibawa oleh Rasul ATAU mahu menyokong UMNO yang dasarnya yang dicegah oleh Allah ? Dalilnya cukup jelas, andainya penduduk Merlimau terus menyokong parti yang Rasul tegah maka fikirkanlah guna apa mereka menyambut maulidul Rasul ?

Dasar perjuangan PAS adalah jelas iaitu Al Quran, Hadis Nabi, Ijma Ulama dan qias, ia menepati apa yang dikehendaki islam dan nabi, sementara UMNO tidak menepati apa yang nabi kehendaki, yang mana satu parti yang menjadi pilihan rakyat Merlimau ? Andainya rakyat Merlimau tetap dengan pendirian mereka mahu menyokong UMNO apa pentingnya mereka menyambut maulidul Rasul ?

Rakyat Merlimau ! Setelah mereka menyambut majlis maulidul Rasul, Adakah mereka mahu mengikut nasihat Rasul ? Dengan melaksanakan :    تلزم جما عة المسلمين واما مهم ؟   (Engkau hendaklah bersama Jama'ah muslimin dan bersama pemimpin mereka) H.R. Khuzaifah Al Yamani, mengapa Rasul tidak memerintahkan " Hendaklah kamu bersama jama'ah kebangsaan dan bersama pemimpin mereka ?  Orang Merlimau kena fikirkan ini semua setelah mereka menyambut majlis Maulidul Rasul


 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.