Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Salam

MENGAPA PAS KALAH DI TENANG ?

PAS belum lagi wajar menang di Tenang JOHOR, samalah juga PAS belum lagi boleh menang di Sarawak,dan juga Sabah, PAS yang menjurus kepada perjuangan islam memang terpaksa menghadapi perjalanan yang jauh untuk menang kerana fitrah kehidupan manusia dan tamadunnya terpaksa berperang hebat dengan kebangkitan kehidupan sosial didalam masyarakat islam, contoh asalnya perlu dilihat sebagai fitrah perkembangan manusia dizaman hadharah islam di Timur Tengah dan Eropah

Islam mula berkembang di Makkah dan Madinah kemudian merebak keseluruh Timur Tengah dan seterusnya ke Eropah sehinggakan dapat mendirikan negara islam di Spanyol, islam ketika tamadunnya sangat digeruni dan dihormati oleh masyarakat ketika itu kerana kebenaran yang dibawanya dapat diterima oleh masyarakat kerana keadilannya, lama kelamaan masyarakat berkhayal dengan tamadun kehidupan lalu mereka membentuk puak masing-masing untuk merebut kebendaan yang ada

Di Spanyol ketika mana islam memerintah ketika itu mereka dilanda kemabukan merebut harta dan mengutamakan kaum masing-masing untuk merebut kuasa kebendaan, islam sebagai dasar hidup yang diperkenalkan kepada mereka mula dilupakan, dalam waktu yang sama orang-orang Eropah yang melihat keadaan ini mula mengatur langkah untuk menyerang umat islam di Spanyol, akhirnya islam kalah kerana dosa mereka meninggalkan islam dan hidup berpuak-puak

Sejarah perjuangan PAS kena melihat keadaan ini kerana apa yang berlaku dizaman dahulu maka akan berlaku keadaan ini disepanjang zaman, jika kita lihat zaman kejatuhan islam ia menunjukkan kepada dua sebab yang besar iaitu sebab berpuak-puak dan merebut harta benda, dua sebab ini perlu dijauhkan dan dihumban kedasar laut, sebab itu kita ingin maklumkan bahawa didalam PAS jangan ada semangat berpuka-puak dan bersuku kaum kerana islam melarang kita berbuat demikian

Orang UMNO yang telah lama memerintah di negara ini adalah macam suku-suku kaum yang datang daripada utara Afrika yang berada di Spanyol yang kaya dan menghimpun harta benda untuk mengekalkan kuasa mereka, semua ini telah lama di perhatikan oleh PAS namun hanya mampu melihat dan memprotes sahaja, sedangkan tempat mereka memprotes itu adalah dari kalangan musuh mereka sendiri jadi kerja memprotes itu adalah suatu yang sia-sia sahaja dan membuang masa

PAS tiada kekuatan seperti kekuatan tentera islam dizaman nabi dan sahabat, PAS hanya ada satu kekuatan yang ada pada dasarnya sebagai tunggak perjuangannya ialah islam namun kekuatan bala tenteranya sangat kerdil dan belum bersedia untuk melawan musuhnya ditempat yang mana penuh ranjau dan duri kerana itu PAS terpaksa mencari kawan yang mahu berjuang bersama-sama dengan mereka bagi memusnahkan musuh yang bersenjatakan kebendaan dan tipu daya yang sangat keji

Sekarang PAS sudah ada kawan untuk meneruskan perjuangannya sekalipun terpaksa menghadapi senjata yang amat canggih dari musuhnya akan tetapi perjuangan itu terpaksa juga diteruskan demi untuk menghapuskan kezaliman yang sudah terlalu lama dilakukan, dalam keadaan inilah PAS berjuang sekarang iaitu menghadapi musuh yang banyak senjata sedangkan PAS hanya mempunyai senjata yang lapok iaitu dengan air liur dan semangat sahaja, namun tidaklah mustahil untuk meraih kemenagan kerana Amerika yang mempunyai senjata yang canggih juga kalah menyembah bumi kepada kuasa yang menggunakan senjata lapok iaitu Vietnam utara, ini tidak boleh dinafikan lagi

Buat masa sekarang BN/UMNO boleh kita anggap kuasa yang ampuh, mereka ada berbagai-bagai senjata yang boleh mempertahankan diri mereka tetapi senjara dan perpaduan mereka mula terhakis sedikit demi sedikit, sementara PAS  juga menghadapi masalah, tambahan lagi apabila mereka berada didalam Pakatan Rakyat yang masih baru, dalam suasana yang baru dan serba kekurang itulah PAS terus berjuang bersama rakan-rakannya untuk menumbangkan musuh politiknya, ia tentunya terlalu sukar sekalipun mereka bagaikan menang sorak kampung tergadai namun sekurang-kurangnya mereka sudah ada tapak untuk meneruskan perjuangannya

Didalam Pakatan Rakyat PAS dengan dasarnya tidak akan berubah, demikian juga dengan dasar-dasar parti didalam pakatan tersebut, mereka masing-masing dengan dasar masing-masing tetapi bagi menuju kepada kebaikan bersama kepada dasar kehidupan yang harmoni itulah perjuangan yang diteruskan dan dalam masa yang sama PAS perlu terus berjuang dalam bentuk dakwah untuk memahamkan rakan-rakannya dan setakat ini alhamdulillah mereka mula memahaminya terutama DAP yang kebanyakan ahlinya bukan beragama islam, sementara PKR yang nampaknya masih mempunyai masalah dalamannya perlu diselesaikan segera terutama dalam soal maruah ahli dan pimpinannya yang menyebabkan kepercayaan masyarakat tergugat dan menjadi titik-titik hitam didalam Pakatan Rakyat

PAS boleh berjaya dengan memperkenalkan dasar yang baik bagi kepentingan bersama dan dikongsi  juga oleh masyarakat sepenuhnya, namun mereka perlu lebih gigih dalam dakwah untuk memahamkan dasarnya kepada kawan dan lawan, jika ditanya mengapa PAS kalah di Tenang maka jawapannya mudah iaitu PAS berjuang dengan musuh yang kaya raya dan mempunyai peralatan perang yang canggih serta kuasa yang kuat sedangkan masa berjuang itu PAS sebenarnya belum cukup kemas untuk berperang, mana boleh PAS mahu melawan musuh yang banyak modal dan senjata dalam keadaan mereka tidak bersedia sepenuhnya

PAS terpaksa mengenal pasti apakah senjata musuh yang tidak mungkin dikalahkan seperti kebendaan, hiburan dan kuasa sebagai alat rasuah yang paling disukai oleh kebanyakan masyarakat semasa, bayangkan apakah yang akan terjadi jika saban kali diadakan pilihanraya BN/UMNO tidak merasuah masyarakat ? Jawapannya juga mudah iaitu BN/UMNO sudah lama terkubur

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.