1MDB nafi miliki syarikat penerbangan
SHAH ALAM – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan dakwaan
syarikat pelaburan strategik itu memiliki syarikat penerbangan bernama
1MDB Airlines Berhad.
Penafian itu dibuat merujuk kepada penyebaran maklumat palsu pada satu
entri di Wikipedia yang mengaitkan 1MDB dengan syarikat penerbangan
tersebut.
“Kami mengesahkan bahawa 1MDB tidak memiliki sebarang syarikat yang
mempunyai nama tersebut atau menjalankan sebarang operasi berkenaannya.
“Semenjak Februari 2015, 1MDB telah mengesahkan bahawa ia tidak akan
menjalankan pelaburan ataupun perniagaan baharu dan hanya memfokus
kepada pelaksanaan pelan rasionalisasinya,” kata kenyataan itu.
Syarikat milik Kementerian Kewangan itu juga memohon agar orang ramai
mengabaikan maklumat palsu itu serta tidak terpedaya dengan pihak ketiga
yang mendakwa bertindak bagi pihak 1MDB dalam hal tersebut.
Enjin carian menunjukkan artikel berkaitan ‘1MDB Airlines’ masih wujud namun kandungannya telah pun dipadamkan.
0 orang berkata:
Post a Comment