Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSATU DALAM SATU DASAR

Pas tidak akan bergabung dengan Umno
Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
 
KOTA BHARU - Pas tidak akan bergabung dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehinggalah Umno melaksanakan syariat Islam dalam pentadbirannya, tegas Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob. 
 
Menurutnya, penegasan tersebut telah berkali-kali dinyatakan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dan Umno wajib memartabatkan syariat Islam dalam negara ini dengan kuasa yang ada di tangan mereka.

“Inilah sahaja jalan untuk membentuk perpaduan yang akan memastikan tuntutan Islam dapat ditegakkan,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahmad, dalam usaha untuk membangunkan negara dengan syariat Islam, Pas akan sentiasa menjadi parti ‘checks and balances’ kepada kerajaan Persekutuan dan kini Pas sudah memerintah negeri Kelantan dan Selangor bersama pakatan tahaluf.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, dengan pengalaman mentadbir ini, Pas melalui negeri yang dikuasainya akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha ta’awun atau saling bantu-membantu demi untuk kesejahteraan dan faedah kepada rakyat.

“Pas Insya-ALLAH akan menonjolkan model terbaik bagi mendirikan sesebuah pemerintahan untuk menaungi ummah dan sehingga kini Pas terus menjadikan Kelantan sebagai negeri di bawah payungan syariat.

“Sebagaimana usaha di Kelantan, inilah juga usaha Pas dalam melebarkan kuasa ke negeri-negeri lain termasuklah untuk memenuhi hasrat rakyat ke Putrajaya dengan model kepimpinan adil dan saksama,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Ahmad turut melahirkan kekecewaan apabila sejak kebelakangan ini wujud dakwaan mengatakan perjuangan Pas sudah terpesong dari dasar perjuangan Islam.

Malah ada yang begitu berani menyamakan perjuangan Pas dengan puak IS yang ekstrem.

“Ini adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda jahat terhadap Pas. Pas telah melalui pengalaman yang sangat lama dalam kancah politik dan telah mendepani pelbagai cabaran serta tribulasi tersendiri.

 “Kita sangat mengutamakan perpaduan ummah sebagaimana asas perpaduan yang telah dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah. Kenyataan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang bertajuk ‘Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah’ adalah suatu lontaran yang sangat tepat khususnya menyedari situasi negara kita pada hari ini dalam keadaan parah akibat politik kepartian yang mengetepikan syariat,” katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Habaq pi la apa pun mengenai gabungan Pas umno ni.puak yg tak faham akan dasar atau pendirian Pas tetap dgn ratib depa mengatakan Pas akan bergabung dgn umno.dari tu timbullah berbagai fitnah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.