CAKAP MEMANG MUDAH, TAPI BERSEDIAKAH UMNO UNTUK BERPEGANG DENGAN HABLILLAH ? INILAH POKOKNYA - Pak Karamu
Sekali lagi Najib ajak Abdul Hadi bersatu
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengajak Pas untuk bergabung dengan Umno.
Kali ini, hasrat itu disuarakan Najib di hadapan Presiden Pas, Datuk
Seri Hadi Awang dalam Multaqa Serantau Alumni Al Azhar, di sebuah hotel
dekat sini.
"Seperti ayat 103 surah al-Imran yang maksudnya berpegang teguh lah kamu dengan tali ALLAH dan jangan berpecah.
"Seperti ayat 103 surah al-Imran yang maksudnya berpegang teguh lah kamu dengan tali ALLAH dan jangan berpecah.
"Cuba kita kupas dan renung. Apakah pengertian ayat ini. Ayat ini
bermula dengan perintah. Ini bukan pilihan, ini wajib. Makna bila ALLAH
perintah, wajib kepada kita untuk ikut seterusnya menjurus kepada
perpaduan. Dalam ayat itu juga ditegaskan jangan kamu berpecah belah.
"Maka saya ingin menyatakan bahawa saya mewakili kabilah saya dan tuan
guru (Abdul Hadi) mewakili kabilah beliau supaya untuk berpegang kepada
pengertian ayat ini dan bersatu," katanya.
Menurutnya, Islam menganjurkan betapa penting perpaduan dan kesatuan
ummah. Sebaliknya betapa bahaya mudaratnya apabila umat Islam terjebak
dalam kancah pepercahan dan perbalahan.
"Sungguhpun Islam mewajibkan prinsip tolong menolong, dalam masa sama
juga meraikan pandangan dan pendapat yang pelbagai apatah lagi jika
berkait dengan urusan dunia.
"Sudah tentu kita yakin perpaduan itu sangat penting buat umat Islam.
Namun soalan lebih kritikal ialah bagaimana untuk membina perpaduan
itu?,"soalnya.
Kata Najib, setiap pihak perlu mengakui kemajmukan itu wujud di negara ini.
"Ia supaya secara fitrah belajar kepentingan saling lengkap melengkapi
antara kita. Mengisyaratkan perpaduan itu dengan budaya hidup
bermasyarakat yang berpositf dan akhlak terpuji," katanya.
Katanya lagi, perpaduan itu menuntut tindakan yang berhikmah dan berpandangan jauh.
"Kita perlu mempunyai pandangan yang dalam apakah agenda dan natijah
akhir yang terzahir apabila perpaduan itu terhasil dan apa pula
mudaratnya apabila perpaduan itu hancur.
"Saya ambil contoh peristiwa Hajarul Aswad dan kebijaksanaan Rasulullah
untuk meletakkanya pada tempatnya. Rasullulah dengan penuh hikmah dan
kebijaksanaan menyuruh Hajarul Aswad diletak di atas kain putih dan
setiap ketua kabilah memegang kain putih yang ada Hajarul Aswad itu.
Kemudian Rasulullah meletakan hajarul aswad itu pada tempatnya.Ini lah
penyatuan dan kesatuan dalam Islam yang penuh kebijaksanaan," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment