Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ada rahsia takut bocor ?


Prosiding PAC: Wartawan dihalang masuk kawasan Parlimen
Prosiding PAC: Wartawan dihalang masuk kawasan Parlimen
Petugas media dihalang daripada memasuki kawasan Parlimen. - Foto Sinar Harian oleh ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
 
KUALA LUMPUR - Pengamal media daripada semua agensi berita dihalang memasuki kawasan Parlimen untuk membuat liputan berhubung prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). 
 
Prosiding hari ini turut melibatkan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy  untuk menyambung keterangan beliau terhadap urus tadbir syarikat itu.


Kebanyakan media hadir sebelum prosiding yang dijadualkan bermula jam 9 pagi tadi.

Walau bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan Parlimen oleh pegawai bertugas atas arahan pihak atasan.

Sekurang-kurangnya 10 agensi media yang hadir terpaksa menunggu di luar pagar Parlimen.

Pegawai PAC yang dihubungi memaklumkam tiada sidang media akan dibuat pada hari ini.

Beliau turut memaklumkan prosiding mula berlangsung pada jam 9.15 pagi dengan dipengerusikan oleh Datuk Hassan Ariffin.

Ini kali pertama media dihalang memasuki kawasan Parlimen untuk membuat liputan prosiding PAC.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.