Dr M juga pernah minta satukan Pas-Umno
KUALA LUMPUR - Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria
mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah
memintanya agar mencari jalan bagi menyatukan Pas dan Umno.
Harussani berkata, beliau menerima cadangan Dr Mahathir itu dan terus
berjumpa dengan Pas dan Umno dan hasil pertemuan itu ada 'sinar'.
"Saya juga telah diminta dulu oleh Dr mahathir, beliau sendiri suruh cari jalan agar dapat menyatukan (Pas-Umno).
"...dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) juga ada bincang
dengan saya perkara sama, cubalah tengok (Pas-Umno)
dan....alhamdulillah saya pernah menemui orang ini dan semuanya,
bersetuju untuk dapat kita bersatu, insya-ALLAH.
"Saya juga ada jumpa Pas, semua sekali Alhamdulillah," katanya kepada
pemberita ketika ditemui di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia
2015 di Hotel Grand Season hari ini.
Mengulas lanjut, Harussani ketika diminta mengulas mengenai erti 'ada
sinar' itu, beliau berkata perkara itu mungkin boleh dibawa ke meja
perbincangan lagi.
"Saya lihat ada titik pertemuan mungkin caranya boleh dibincangkan kemudian.
"Alhamdulillah saya merasakan ada kesedaran diantara ahli-ahli politik
kita dalam negara kita baik dari segi Umno atau Pas, mereka semuanya
bersemangat Islam semuanya," katanya.
Polemik antara kesepaduan Pas dan Umno muncul semula selepas Perdana
Menteri yang juga merupakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak 'menghulurkan tangan' untuk menjalinkan kerjasama di antara
kedua-dua parti itu pada Perhimpunan Agung Umno lalu.
1 orang berkata:
Alhamdulillah.
Ahli pas segambut dalam.
Post a Comment