Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERJA MAIN-MAIN KE ?

Masih ada dokumen 1MDB belum diserah
Tony Pua
Tony Pua

KUALA LUMPUR - Kegagalan Ketua Audit Negara menyiapkan laporan siasatan terhadap  1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang dijadual kerana masih terdapat beberapa dokumen yang belum diserah pihak pengurusan syarikat terbabit.

Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua mendedahkan perkara itu kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, Ketua Audit Negara dijangka menyiapkan laporan penuh dan membentangkan kepada PAC pada Februari tahun depan.

"Kami (ahli PAC) diberitahu, mereka (Jabatan Audit) baharu sahaja menerima daripada 1MDB dan masih menunggu beberapa dokumen lain yang belum sampai.

"Sebab itu, laporan kepada PAC tidak dapat dibentang dan dijangka siap lebih kurang bulan Februari tahun depan," katanya kepada pemberita di luar bangunan Parlimen.

Ditanya adakah kemungkinan tarikh itu akan ditunda lagi, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, tunggu dan lihat.

Hari ini, PAC menyambung prosidingnya bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy. 

Prosiding yang dipengerusikan oleh Datuk Hassan Ariffin itu turut memutuskan yang Arul tidak akan dipanggil lagi dalam sesi akan datang.

Menurut ahli PAC daripada PKR, Wiliam Leong, antara dokumen yang masih belum diserah termasuklah maklumat akaun syarikat tersebut.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Tak apa. Hj hadi boleh tolong settle.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.