Bergabung tetap tak boleh kalahkan BN
KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, walaupun berlaku
keajaiban, DAP, PKR, Pas dan Parti Amanah (Amanah) bergabung di bawah
satu bumbung masih belum boleh mengalahkan BN dalam PRU14.
Beliau berkata, penyatuan semula kesemua parti pembangkang itu masih belum cukup menolak BN dan menawan Putrajaya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian dalam ucapannya di
Taiping Perak semalam bagi menjawab persoalan bahawa pembangkang boleh
menewaskan BN jika kembali bergabung.
“Saya tidak fikir begitu walaupun Umno pada PRU14 jadi lebih berpecah
dan lemah berbanding PRU13 dengan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana
Menteri dihantui banyak skandal politik dan ekonomi berbanding pilihan
raya umum dua tahun lalu," katanya.
Kit Siang menegaskan bukan mudah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PR apabila dasar bersama dibawa tercalar.
Katanya, apa diperlukan hari ini ‘kenderaan baru’ iaitu gabungan
bersama Amanah dalam Pakatan Harapan untuk perubahan politik lebih baik.
“Kerajaan hari ini mewujudkan banyak kontroversi melibatkan kejatuhan nilai ringgit, rasuah dan perbalahan antara kaum.
“Cabaran rakyat Malaysia, adalah memahami (realiti) hari ini bukan
bagaimana menyelamatkan seorang individu, sama ada Najib atau (Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang; bagaimana menyelamatkan parti
politik, sama ada Umno atau Pas; tetapi bagaimana menyelamatkan Malaysia
supaya negara dapat kembali ke landasan menjadi model kepada dunia
sebagai negara majmuk berjaya," katanya.
Menurutnya, Pakatan Harapan harus mempunyai visi berani untuk semua
rakyat Malaysia, bagi mencapai Impian Malaysia dan matlamat memenangi
Putrajaya serta membentuk Kerajaan Persekutuan dan menang
sekurang-kurangnya enam kerajaan negeri pada PRU14.
0 orang berkata:
Post a Comment