Kompleks Kota Raya ditutup, berlaku pergaduhan kecil
Keadaan kedai menjual telefon bimbit yang rosak akibat pergaduhan kecil tersebut. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Satu pergaduhan kecil tercetus di Kompleks Kota Raya di
sini apabila beberapa individu melakukan provokasi kira-kira jam 4.55
petang sebentar tadi.
Kejadian dipercayai berlaku selepas tujuh mangsa penipuan telefon bimbit cuba menuntut bayaran yang telah dibayar sebelum ini.
Pergaduhan yang berlaku tidak sampai lima minit itu menyebabkan kompleks Kota Raya di sini ditutup.
0 orang berkata:
Post a Comment