Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA SUKA BERPECAH DEMI MENGAUT KEUNTUNGAN

MCA, parti lain janganlah cemburu
Muzakarah
 
KOTA BHARU – MCA atau mana-mana parti komponen BN tidak perlu cemburu atau salah sangka dengan penyatuan umat Islam jika benar Pas mahu bekerjasama dengan Umno, kata Ketua Penerangan BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad. 
 
Menurutnya, semua pihak dinasihatkan untuk bercakap mengikut sempadan, tidak biadab dan tidak menyimpan rasa curiga kepada penyatuan itu kerana masyarakat Islam selama ini tidak pernah merasakan perkara yang sama dan menghormati orang bukan Islam.

“Orang Islam baik Umno mahu pun Pas tidak pernah ada usaha memaksa orang Cina jadi Melayu atau memeluk Islam. Perpaduan orang Islam di Malaysia akan membawa kepada kebahagiaan untuk semua kaum. Huru-hara Islam, maka huru-hara semua orang di Malaysia.


“Jika orang Melayu bersatu, ia akan bawa faedah yang besar juga kepada orang bukan Melayu. MCA tidak perlu curiga, kaya orang Melayu, kaya juga orang lain di Malaysia ini, dan sebaliknya. 

Berpeganglah kepada toleransi sedia ada yang telah membuktikan kejayaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang didakwa sebagai berkata, pihaknya tidak akan masuk campur dalam sebarang urusan melibatkan pendamaian Pas dan Umno.

Katanya, jika Umno berhasrat membawa Pas menyertai BN, MCA mahu ia dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk dibincangkan dan pihaknya tidak akan bersetuju jika Pas masih tetap mahu melaksanakan hudud.

Md Alwi berkata, pihak yang berkenaan perlu memahami secara lebih meluas mengenai pelaksanaan hudud yang mahu dilakukan Pas, kerana ia tidak melibatkan orang bukan Islam.

Beliau berkata, Tiong Lai sepatutnya memikirkan cara yang terbaik untuk menguatkan MCA, daripada terus mengeluarkan kenyataan tanpa memahami dengan jelas apa yang orang Islam mahu laksanakan mengikut perintah ALLAH SWT.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan, tidak pernah ada kerjasama politik (Umno) dengan Pas, malah jauh sekali untuk menyertai BN, tetapi masyarakat Islam berbaik sangka dan bersama-sama bila bercakap hal Islam.

“Jangan pertikai, jangan cemburu, jangan curiga, jangan masuk campur, kami sentiasa solat satu masjid, baca al-Quran yang sama, puasa bulan Ramadhan dan ke Makkah bersama-sama, dan taat kepada Sultan yang sama. Apa yang hendak dipertikai?,” katanya

7 orang berkata:

Anonymous said...

Dgn umno boleh bersatu. Dgn amanah tak boleh bersatu. Adakah ahli amanah tak solat di masjid yg sama, puasa ramadhan yg sama, pergi haji ke mekah yg sama?

Munafik apakah ini?

Anonymous said...

Apakah umno sekarang lebih baik drp Amanah? Apakah pemimpin umno sekarang sudah lebih baik dan jujur drp Amanah? Adakah Amanah menyusahkan rakyat lebih drp umno?

Anonymous said...

Apakah Amanat Hadi sudah ditarik balik? Bila?

Anonymous said...

Parti pas sekarang parti nak cari makan

Anonymous said...

Adakah ahli pas dan ahli umno redo untuk bersatu? Pru14 nak undi siapa? Umnobn atau pas? Keadilan atau pas? Bolehkah 3 penjuru supaya umno menang?

Penyatuan kartun.
Penyatuan agama lain, politik lain. Pas pun dah pisahkan agama dgn politik.

Munafik apakah ini?

Anonymous said...

Kpd ahli2 pas:

Dlm pru14, jika calon pkr lawan calon umno, siapakah yang akan kamu undi?

Anonymous said...

Pkakarmu.. Sekarang kau lah orang yang paling gumbira kerana usaha kau selama ini hampir berjaya.aku harap usahalah dengan lebih gigih agar bagungan nanti lebih manatap

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.