Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUSUH ISLAM SEMUANYA SAMA

Pas kepada MCA: Hidung tak mancung, bibir pula terjuih-juih
Nasrudin Hasan
 
SHAH ALAM - Jika dengan DAP pun, Pas sanggup memutuskan hubungan tahaluf siyasi yang terjalin antara mereka gara-gara bekas 'rakan kongsinya' itu menentang dasar parti Islam tersebut, inikan pula MCA.
 
Dengan kata lain, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, parti itu tetap akan mempertahankan pelaksanaan syariat Islam termasuk hudud walaupun ditentang pelbagai pihak.
 
“Kita sanggup putus hubungan tahaluf dengan DAP apabila DAP menentang hasrat kita utk melaksanakan syariat Islam tersebut.
 
“Kita pun tak nak masuk BN. Kenyataan MCA ini bersifat hidung tak mancung bibir pula terjuih- juih,” katanya kepada Sinar Online ketika diminta mengulas tentang kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung kerjasama Umno-Pas yang disebut-sebut.
 
 
 
Sebelum ini, Pas memutuskan hubungan dengan DAP selepas rakan komponennya dalam PR itu mengambil keputusan tidak dapat meneruskan kerjasama dengan Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak jujur.
 
DAP juga lantang menentang pelaksanaan undang-undang hudud yang diperjuangkan Pas kerana disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan.
 
Kelmarin, Tiong Lai dilaporkan sebagai berkata, MCA akan membantah penyertaan Pas dalam BN sekiranya parti itu masih meneruskan agenda pelaksanaan hudud.
 
Isu penyatuan Umno dengan Pas kembali hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan tali silaturahim kepada parti Islam itu ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lalu.
 
Hari ini tumpuan sekali lagi terarah kepada dua pemimpin itu yang dijadual ditemukan dalam program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, petang ini. 

2 orang berkata:

Anonymous said...

Klu dah bersenggama dgn umno, maknanya akan bersenyawalah dgn benih BN. Sbb dlm umno BN ada air mani mca dan gerakan.

Tu yg terjuih2 bibir hadi nak bersenggama dgn umnobnmca kan...

Anonymous said...

PERANGAI PAS:

Join Hizbul, rosakkan Hizbul. Join Semangat 46, rosakkan Semangat 46. Masuk PR, rosakkan PR.

Sekarang join UMNOBN, nak rosakkan UMNOBN pulak ker?

Dasar parti perosak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.