Dr Mahathir ‘guna’ Azmin sekat pengaruh Anwar?
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi
bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang ‘menggunakan’
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyekat pengaruh beliau (Anwar)
dalam kerajaan dan parti.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, segala tindak tanduk Dr Mahathir tidak seharusnya diterjemah dalam konteks politik.
“Beliau (Dr Mahathir) punya hujahnya sendiri. Beliau memikirkan
kepentingan negara dan institusi. Ketika saya berada dalam jawatan sudah
tentu saya perlu tentukan keutamaan saya dan cara saya,” katanya kepada
pemberita selepas menghadiri majlis tahlil bekas Ahli Dewan Undangan
Negeri Sungai Kandis, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei di sini malam
ini.
Menurut Anwar, Dr Mahathir seharusnya diberi kebebasan untuk mentadbir negara.
Anwar bagaimanapun mengakui, sukar untuk menghalang mana-mana pihak
daripada memberikan pelbagai interpretasi berhubung sesuatu perkara.
“Dari segi menyekat peranan saya, pengaruh saya, secara jujur, saya
tidak risau. Saya tahu kekuatan parti saya dan hubungan saya dengan
rakan-rakan gabungan (PH),” katanya.
Semalam, Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi menolak
dakwaan bahawa Dr Mahathir sedang menggunakan beliau untuk ‘mengawal’
Anwar.
Dalam temu ramah bersama sebuah portal berita, Timbalan Presiden PKR
itu menegaskan bahawa kesetiaannya pada ketua umum parti itu tidak
sepatutnya dipersoalkan.
Spekulasi membabitkan Mohamed Azmin timbul selepas perdana menteri
melantik beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi meskipun telah
mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai khabar angin berhubung
pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan PKR pada Ogos ini, Anwar
berkata ia masih belum disahkan secara rasmi setakat ini.
“Desas-desus itu banyak, kita boleh dengar tetapi tidak boleh layan
desas-desus sehingga sah. Mohamed Azmin ada jumpa saya di Istanbul dan
berbincang secara umum beberapa perkara tetapi tidak pula berbangkit
soal ini.
“Belum sah ada pertandingan atau tidak… kalau pun ada pertandingan kita
harus hormati prinsip dan etika. Saya percaya Jawatankuasa Pemilihan
PKR akan memastikan perkara ini dipatuhi,” katanya. - Bernama
5 orang berkata:
Dok sibuk dgn pkr pasaipa? Pak karam nak join pkr ka? Jom laa
Cheq segannn.......
ray ban sunglasses
issey miyake
christian louboutin outlet
ralph lauren uk
converse shoes
ray ban sunglasses
christian louboutin outlet
snapbacks wholesale
christian louboutin shoes
nfl jerseys
zzzzz2018.8.10
coach factory outlet
nike factory store
nike air max 95
coach outlet
pandora
louboutin shoes
bottega veneta
maillot football pas cher
pandora
jordan shoes
I hope that there will still be a place for printed posters
https://dalilkuwait.com/
https://dalilkuwait.com/cleaning-company/
Post a Comment