Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HIMPUNAN MELAYU ISLAM TERANCAM GAGAL

HIMPUNAN MELAYU ISLAM TERANCAM GAGAL MEMPERLIHATKAN SEMANGAT PEMBELAAN TERHADAP MELAYU DAN ISLAM.

JIKA YANG HADHIR SETAKAT 3,000 ORANG ITU MENUNJUKKAN PEMBELAAN YANG MUFLIS.

SEDANGKAN MENTERI AGAMA KITA DAH BERI JAMINAN NAK JAGA ISLAM DAN JUGA AGAMA LAIN, AMAAAAAN ! SO NAK TAKUT APA ?

MEMANG KITA FAHAM SEGALA TUDUHAN YANG MENGATAKAN MELAYU DAN ISLAM TERANCAM TETAPI SEBENARNYA HANYALAH GIMIK SEMATA-MATA.

IA HANYALAH NAK BAGI ORANG BERDARAH TINGGI MATI TEGAK SAHAJA.

 TERNYATA HANYA 3,000 ORANG SAHAJA YANG BERDARAH TINGGI, DAN MEREKA ITU SETENGAH DARIPADANYA ADALAH MENGUNDI P.HARAPAN JUGA.

PADA PAK KARAMU JIKA MELAYU DAN ISLAM TERANCAM  ITU HANYALAH SENGAJA DI ADA-ADAKAN, SEDANGKAN PIEM KITA NAK LAKSANAKAN ISLAM SEBENAR MENGIKUT QURAN, SO APA NAK TAKUT TERANCAM ?.

HIDUUUUP PIEM !!!!

-Pak Karamu-

 

Himpunan Kebangkitan Ummah: Pas, Umno hadir beri sokongan

AddThis Sharing Buttons

Himpunan Kebangkitan Ummah: Pas, Umno hadir beri sokongan
Lokman (kanan) dan Nik Mohamad Abduh turut hadir memberikan sokongan dalam himpunan hari ini.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Himpunan Kebangkitan Ummah yang berlangsung di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur sebentar tadi menyaksikan dua parti Melayu, Umno dan Pas hadir memberikan sokongan.

Himpunan yang dianjurkan sekumpulan organisasi bukan kerajaan NGO itu dihadiri beberapa orang pimpinan tertinggi daripada kedua-dua parti tersebut.

Himpunan yang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 1.15 petang itu dihadiri Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Manakala, Umno pula, pimpinan yang hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga calon PRK Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mereka dilihat bersalaman dan berpelukan selain saling berbual memperlihatkan hubungan akrab antara pimpinan kedua-dua parti.

Mengangkat tema Malaysia Baru Pasca PRU14: Islam Melayu Terancam, memberi gambaran jelas orang Melayu perlu bersatu dan kehadiran hampir 3,000 peserta dalam himpunan tersebut memberi bayangan permulaan kepada gerakan lebih besar orang Melayu.

Ia diakui Lokman yang menegaskan, Umno dan Pas perlu bersatu dalam apa jua keadaan sekalipun, agar kepentingan Islam dan Melayu tidak terabai.

“Kalau kita berpecah dan tidak bersatu hati, yang akan menang adalah musuh Islam.
“Ini juga gambaran jelas suara rakyat yang tidak rela mereka di tindas dan tidak mahu Islam dan Melayu terabai di bumi sendiri,” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin menyifatkan himpunan hari ini sebagai petanda kebangkitan orang Melayu yang tidak rela hak mereka ditindas.

“Ini merupakan petanda baik dengan masing-masing mengetepikan soal politik untuk hadir ke himpunan pada hari ini,” katanya.


Lapan deklarasi Ummah yang disenaraikan:

1. Semua tindakan dan keputusan kerajaan mestilah bertunjangkan kepada asas perlembagaan negara tanpa menjejaskan mana -mana fasa dalam perlembagaan.

2. Keabsahan Agama Islam sebagai agama negara dan hak istimewa orang Melayu tidak digugat sama sekali kerana itu adalah jaminan dalam pembentukkan negara dan merupakan elemen dalam tujuh wasiat Raja Melayu. Ini termasuk tanah rezab Melayu, bantuan pelajaran dan pekerjaan sektor awam.

3. Pengkitirafan UEC mesti ditolak kerana ia bukan saja bertentangan dengan perlembagaan negara dan Dasar Pendidikan Negara, malah akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih ketara.

4. Kementerian Pendidikan mesti tegas untuk tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

5. Semua urusan dan kenyataan rasmi oleh kerajaan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan.

6. Gerakan atau mana-mana pertubuhan yang membawa agenda Liberalisme, Pluralisme, Humanisme berlandas pada nilai barat dan ekstremisme agama mesti dikekang.

7. Tindakan mesti diambil ke atas mana-mana pihak yang menghina dan memperlekehkan intitusi Raja-Raja Melayu.

8. Ummah menuntut kerajaan memberikab ruang kepada Ummah untuk berbincang dan meneliti sebarang polisi dan akta yang hendak dikemukakan ke Parlimen.

 UEC perlu ikut suara majoriti- Rais Yatim

UEC perlu ikut suara majoriti
Rais ditemui di Himpunan Kebangkitan Ummah di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, hari ini.
 Sebarang keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) harus mengikut suara majoriti di negara ini. 
  Budayawan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, kerajaan tidak boleh tunduk kepada kehendak minoriti apatah lagi apa yang diminta itu akan meranapkan perpaduan di negara ini.

Usah pinggir hak orang Melayu
Usah pinggir hak orang Melayu


34 orang berkata:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Jumlah kehadiran dianggarkan melebihi 2 juta org. Tin milo melimpah limpah. Tahniah pas dan umno semoga kekal jadi pembangkang yg kuat selama lamanya.

Anonymous said...

Karamu, hang pi ka dak? Ka sembang deraih?

Anonymous said...

Karam oii, takkan 1000 jer yg datang? Biar betul! Ahli berjuta dan jentera pas yg ratusan ribu tu habis lari ke mana? Ni mesti ahli pas tak suka program bersama umno. Depa patuh dgn amanat hadi. Syabas utk ahli yg ponteng harini.

Anonymous said...

Yang terjejas cuma pemimpin pas dan umno sahaja. Jangan kelentong la, ummah tak terjejas sikit pun. Kalau kat kelantan memang betul orang asli terjejas sbb kayu balak kena tibai abe mat balak.

Anonymous said...

Kem pendidikan juga tak boleh bagi duit kat sekolah agama swasta dan pusat tahfiz swasta sbb ia bukan di bawah kejaan dan sijil tak boleh diiktiraf sbb tak sama dgn sekolah kerajaan. Sijil swasta uec dan tahfiz swasta tak setaraf dgn spm.

Anonymous said...

Jangan bagi royalti kat negeri kelamtam dan tenganu. Hutam kejaam banyak sebab byk sangat makam dedak. Ada makam dedak 1 juta, 2 juta, 90 juta, 2.6 biliom. Kalau hutam negara sudah habis bayar baru kerajaam bagi royalti. Itupum bagi kelamtam dan tenganu 3% saja sebab minyak dia sikit saja. Jangam bagi lebih takut mereka guna buat benda laim. Lagi baik bagi ke husam untuk agih terus kpd rakyat kelamtam dan tengganu yang miskim saja.

Anonymous said...

Mintak ahli pas jgn terpengaruh dgn perintah porntovi supaya undi lokman. Haji hadi tak suruh pun. Ingat amanat hj hadi bahawa menentang umno itu jihad. Kalau mati menentang umno kira mati syahid. TIMM pun dah cakap boleh undi sapa2 yg disukai. Jangan undi calon yg suka lepak kat kelab malam masa byk duit gaji besar. Kena undi pemimpin berjiwa islam, yang kuat agama, yang guru tahfiz contohnya. Kalau bapa kau mati siapa yg kau pilih jadi imam? Guru tahfiz atau pengunjung kelab malam.

Ahli pas jgn undi lokman. Jangan khianati Ibrahim yang syahid menentang umno.

Anonymous said...

Jangan salahkan PH. Ini semua salah najib dan hadi. Siapa suruh najib terima 2.6 bilion. Sapa suruh hadi berdondon dgn hadi. Itu sbb kalah pru14. Sbb kalah la byk yg dilantik najib hilang kerja kena buang. Sbb najib kalahlah lum guan eng jadi menteri kewangan. Sbb hadi pecat dan baruakan mat sabulah, kini mat sabu jadi menteri dan salahudin dpt dato. Ini semua salah najib sbb najib kalah. Ini salah hadi sbb hadi sedondon dgn najib. Kalu hadi tak berdondon dgn najib dan tak ambik dedak tentu ph tak menang. Najib sudah letak jawatan sbb bn kalah. Patutnya hadi pun letak jawatan sebab pas pun kalah banyak tinggal 18.

Anonymous said...

Nasib melayu tidak terbela di kelantan. Org melayu islam di kelantan muskin. Kerja pun tak ada. Terpaksa pindah cari kerja di selangor, kl dan penang yg diperintah ph. Kerajaan kelantan tak bela melayu, buat kilang tak nak, buat highway tak ada, jaga hutan untuk kesihatan ummah pun tak boleh sebab bagi abe mat cilok balak. Tolonglah bela melayu islam di kelantan. Bersihkan sampah yang kotorkan kelantan tu. Kotor tu boleh sebabkan penyakit kepada melayu kelantan. Islam suruh melayu islam bersih, jangan buat kotor, buang sampah dan jangan buat bodoh tak angkut sampah sampai masuk longkang kat kota bharu. Tolong bela melayu di kota baru drp penyakit sbb tikus pun saiz dah sama dgn kucing, nak sembelih ker? Longkang penuh air bertakung warna hitam sampai berbuih2 jijik tengok. Tolonglah kejaan kelantan bela ummah di situ sebab semua situ melayu.

Anonymous said...

Kebodoh bodohan kamu ni...
tuu ler guper nyer kalau dah keturunan DNA bodoh...

Anonymous said...

Rakyat kelantan tak perlukan royalti. Sebab itu mereka undi pas yang tak ada royalti. Pemimpin pas aje yabg sibuk nak mintak royalti.

Anonymous said...

Bagus lagiii royalti tuu bagi kat bapak kamu kah.. emak kamu kah.. atuk kamu kah.. nenek kamu kah.. bapak tiri kamu kah..

Anonymous said...

Betul tu. Bodoh berhimpun buang masa. Kan elok kerja cari duit beli susu anak dan beras kat dapur yang tinggal secupak. Buat apa dengar kelentong lokman dan bos2 walaunta yg dah tak dapat elaun tu. Ada dapat duit beras ke? Ada dapat duit susu anak ke? Kalau lokman menang, kau dpt elaun adun je?

Sapa bodoh? Kau kan....

Anonymous said...

Masa pr jadi pembangkang, kerja kau terjerit2 kat padang. Masa umno pembangkang, kerja kau pun terjerit2 kat padang. Sampai mampoos la kau jerit2 kat padang tu.

Mat sabu, salahudin, mahfuz, mujahid dah jadi menteri. Kau masih terjerit2 kat padang. Kahkahkah kahakptuiii

Anonymous said...

Setuju. Jgn bg royalti kt kltn & ganu. Duit royalti blh guna bayar hutng negara. Utamakan yg lbh utama

Anonymous said...

Duit royalti kpd ktn & tggnu tu lbh baik guna utk menjayakn manifesto ph. Klu manifesto dah buat rakyat kltn & tggnu pun akan sokong ph. Org pas umno suka klu manifesto ph gagal sbb boleh guna utk burukkan ph bg raih undi. Jadi guna duit royalti tu utk jayakan manifesto lagi baik. Dia org nak dtg jilat kaki mintk royalti pun jgn kasi layan.

Anonymous said...

Harap pm dan kejaan ph berfikir semula niat nak bg rotalti kpd ktn dan tgnu atau beri peruntukan kpd mp pas dan umnobn. Ingat kata pepatah melayu, jgn bagi pedang kat musuh kita supaya mereka tak guna pedang tu utk musnahkan kita. Lagipun dulu dia org pun tak bg apa2 kat adun dan mp ph masa berkuasa. Jgn bazir duit kejaan la.

Anonymous said...

Datang 1000 tulis 3000. Kesiannya.....

Anonymous said...

Kikiki korang jgn la kutuk2 pas. Pemimpin parti ikatan dah cabut lari, pas terpaksa menumpang kasih umno. Lokman adam pun lokman adam laa, janji ada gabungan kikiki amanat hadi dah dicampak dlm tong taik.

Unknown said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [3013] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-333-222-717)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 153 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK

DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Belum prk sg kandis pun pasumno dah kalah. 1000 org sja yg dtg bg sokongan.

Anonymous said...

karamu awat hang tak pi perhimpunan perpaduan pas-umno? hang engkar arahan ni, hang tu walaunta mana bulih engkar arahan.

Anonymous said...

Knapa? kj tak suka ker umno dpt bantuan pas di sg kandis?

Memang la. Takut kang dgn bantuan pas, jumlah undi bukan makin naik tapi makin turun. Kj lebih takut kalau dgn bantuan pas calon bn hilang wang pertaruhan pulak. Sbb itu kot kj lebih suka umno berdiri sendiri.

Lagipun agaknya kj takut mca, mic dan gerakan tak akan bantu kalu pas sudah kacau daun. Sbb masa dlm pr dulu pun pas sudah kasi rosak keamanan dlm pr. Jadi kemungkinan keamanan dlm bn rosak tu memang besar kalau pas dah masuk daun. Jadi geng2 kj di sg kandis pasti akan tidur satu hari masa prk kandis. Mca, mic, gerakan kompom undi ph.

Kewujudan najib ker, zahid ker, tantawi ker mungkin kj rasa tak membantu malah menjadi beban sebab sejarah dia org tak molek sangat. Bn jatuh pun sebab mereka. Bawak mereka kat sg kandis samalah mcn letak bom kat umno.

Kpd pengundi pas, apalah sangat nak pilih umno. Umno dah tak dpt buat apa2 pun. Pilihlah yg terbaik. Pilih A samalah mcm pilih perompak yg dah tak ada kuasa, yg dulu kaki buli dan tetap nak membuli. Undi B pulak mcm pilih ketua yg org kandis sudah kenal, agamanya baik dan mampu beri kemajuan di sg kandis kerana hubungannya dgn pemimpin sekarang yg baik. Calon A pulak nak dpt duit utk bangunkan sg kandis dari mana? Cukupkah nak bangunkan sg kandis dgn ucapan racist, fitnah dan menjual agama???

Anonymous said...

Dia cuma dtg klu ada himpunan mintak royalti

Anonymous said...

Setuju.
Pas sokong ada makna tu.

Anonymous said...

Pilihlah calon jgn pilih parti. Islam suruh pemimpin yg baik. Pilihlah calon yg boleh majukan sg kandis dan bukan pilih calon yg pandai cakap besar dan penuh dgn perkauman.

Ingat dan ikuti pesanan tn guru kita dalam amanatnya dulu. Jgn khianati assyahid ibrahim libya yg meninggal kerana menentang umno. Bacalah amanat hj hadi berulang kali dan ikutilah amanat itu kerana ia menjadi pegangan syuhadah kita di memali.

Anonymous said...

Pas sokong umno adalah bagus. Dapatlah pas berkongsi segala najis yg terpalit pada umno. Tahniah kpd lokman kerana berjaya melokmankan pas. Tahniah kerana ABAH amat membantu neringankan tugas ph utk menguburkan pasumno

Anonymous said...

ABU dan ABAH amatlah kita sokong.

Anonymous said...

sedih la pak karamu. sekarang ni pemimpin pas ramai yg dah tak pedulikan amanat ayoh chik, terang2 ayoh chik suruh lawan umno, tapi di sg kandis beruk2 mcm nik abduh dan nasrudin tontowi suruh undi umno pulak. memey nate beruk puak2 tu. tak hormat langsung pada syuhada memali.

Anonymous said...

karamu, hang ni memang barua laa. terang2 hang tak hormat amanat hj hadi. kenapa hang sokong ahli kita undi umno di sg.kandis? bila masa puak ayoh chik keluarkan arahan suruh undi umno? hang tak dak ramai ahli kita taknak sokong umno? hang nak ikut arahan sapa? ayoh chik atau nik abduh?????

Anonymous said...

bodo la pak karam ni, kenapa promote lokman adam? kenapa tak promote calon ph yg memang seorang ustaz? kenapa promote lokman adam kaki kelab malam? tak kan nak jadi pembangkang sampai mati? tak jealous ka dgn mat sabu? ...nak cari redha Allah? oii Allah tak suruh lantik kaki kelab mlm jadi pemimpin laa. nampak sangat pak karam mainkan agama. hang dapat apa promote org umno? yg dapat laba cuma chief lebai saja.. mmg jenis bodo pak karamu ni.

Anonymous said...

Parti 0 rasuah suruh ahli2nya sokong parti 71 rasuah. Bodoh ker hapa suruh orang islam sokong parti yang paling banyak rasuah. Ayat quran dan hadis mana agaknya yang mereka jual untuk menyuruh ahli mengundi parti perasuah dan perompak? Bila orang kata ulama su jual agama tau pulak malu!!

Anonymous said...

pak karam, ramai ahli dah komplen, apasal ahli syurga mcm kami kena undi kaki kelab malam? kenapa kami nak kena ikut cakap tontowi? dia pun kalah haritu.

Anonymous said...

Sepatutnya pas bertanding di sg.kandis. boleh jer recycle lebai yg kalah dulu contohnya mokhtar senik. Boleh la dia bantu ibu2 tunggal kat sana. Tak gitu?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.