SEBAIK MUNGKIN, KEPADA MENTERI YANG JAGA AGAMA JANGANLAH KELENTONG, AKUILAH KELEMAHAN DIRI.
TIDAK AKAN TERTEGAK BENANG YANG BASAH MELAINKAN PANGGIL JIN SURUH DIA KASI TEGAK.
KALAU LEMAH PERLU BELAJAR, JANGAN MALU MENGAKU TAK TAHU.
ORANG YANG BELAJAR EMPAT SANAWIPUN FAHAM KELIBAT-KELIBAT KEBODOHAN SESEORANG.
TIDAK PERLU BERFALASAFAH UNTUK MENEGAKKAN BENANG YANG SUDAH BASAH !
mujahid perlu rujuk:
Perkara 11 (4) pula memperuntukkan Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,
Perlembagaan Persekutuan sudah memberikan ruang yang cukup menerusi Perkara 3(1) yang menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan,
"Malah, Perkara 11 (3) memberikan hak kepada penganut agama-agama termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,
JANGAN KASI MALU DENGAN NENEK YUSUF RAWA.
-Pak Karamu-
'Tidak perlu tegakkan benang basah'
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof
Rawa tidak perlu berbelit menegakkan benang basah bagi mempertahankan
pandangannya yang didakwa silap tentang konsep menjaga agama (Hifzu
ad-Din) sebagai tanggungjawab pemerintah dalam Islam.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
berkata, dalam Islam, menjaga agama adalah merujuk kepada menjaga agama
Islam dan bukannya agama-agama lain sebagaimana yang dihujahkan secara
silap oleh beliau sebelum ini.
Katanya, perkara itu jelas disebut dalam al-Quran, selain
tulisan-tulisan sarjana Islam dalam bidang fiqh kenegaraan termasuk Imam
Syatibi selaku pelopor awal konsep Maqasid Syariah yang merujuk konsep
menjaga agama kepada menjaga aqidah dan syariat Islam.
"Apabila syariat Islam terjaga dan terpelihara, maka agama-agama lain
juga akan terpelihara haknya untuk diamalkan kerana ia adalah sebahagian
tuntutan dan pengajaran Islam. Namun, bukannya dengan meletakkan
agama-agama lain setaraf dari sudut pemeliharaan, pelaksanaan dan
penegakkan serta penyebaran agamanya.
"Saya sangat bimbang kecenderungan Mujahid untuk mengambil hati bukan
Islam yang menjadi pengundi beliau, menyebabkan beliau teruja memberikan
tafsiran yang salah terhadap agamanya sendiri," katanya dalam satu
kenyataan dipetik dari laman sosial Facebook miliknya hari ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: 'Kenyataan saya disalah tafsir' ]
Sebelum ini, tular di laman sosial rakaman ucapan Mujahid kepada warga
agensi Jabatan Perdana Menteri yang berkaitan dengan agama Islam.
Dalam rakaman video tersebut, Mujahid memperkatakan mengenai Hifzuddin
yang kemudiannya disalah tafsir oleh pihak tertentu mengatakan ia turut
mencakupi untuk menjaga agama lain dalam konteks lebih besar di negara
ini.
Bagaimanapun, semalam Mujahid menyifatkan penularan video ucapannya itu
telah disalah tafsir dan menjelaskan apa yang disebut sebagai menjaga
agama lain itu menjurus kepada kebebasan penganut agama tersebut untuk
beramal dengan kepercayaan mereka di negara ini seperti yang termaktub
dalam syariat Islam dan Perlembagaan.
Dalam pada itu, Mohd Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Mujahid
yang disifatkan sebagai usaha untuk menegakkan hukum-hakam agama lain
selain dari Islam.
"Menegakkan agama juga berlaku dengan melaksanakan tanggungjawab
menyebarkannya sebagaimana disebut oleh sarjana fiqh kenegaraan Islam.
"Adakah Mujahid berhasrat apabila melebarkan konsep menjaga agama
kepada 'menjaga agama-agama lain juga selain Islam', ia bermaksud bahawa
agama lain juga akan dibenarkan untuk disebar secara meluas dan
kerajaan akan memberikan peruntukan untuk agenda penyebaran agama
lain?," soalnya.
Jika begitu yang dimaksudkan Mujahid, Mohd Khairuddin berkata, ia
bercanggah dengan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang
memperuntukkan bahawa 'Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan
mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan
agamanya'.
Selain itu, katanya, Perkara 11 (4) pula memperuntukkan Undang-undang
Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,
undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan
apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti
agama Islam.
"Jika Mujahid berhasrat untuk menekankan hak beragama bagi penganut
bukan Islam, Perlembagaan Persekutuan sudah memberikan ruang yang cukup
menerusi Perkara 3(1) yang menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi
Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
"Malah, Perkara 11 (3) memberikan hak kepada penganut agama-agama
termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,
menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan
khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan
mentadbirkannya mengikut undang-undang," katanya.
6 orang berkata:
Menteri barua..bangsat punya manusia,jual agama mengelirukan sedara mara sesama muslim demi politik membodek orang kafir..betul2 cilake punya manusia..ini la bahana politik..sebab tu jgn taksub kat mana2 parti.
Main Bab akidah pulak tu....barua betul
Relax la bro berdua di atas,,nama pun baruah2 dan balaci cina kafir,,mcmtu la statement menteri agama yg moto parti dia rahmatan lil alamin,,. Alhamdulillah,,tak lama,,baru dua bulan, menteri agama dari parti pan dah tunjuh ke bahlolan beliau, elok la dia keluar pas dan p bersekongkol dgn cina kapir dap dan si toghut. Teruskan kebodohan anda wahai mujahid al bahloool balaci cina dap.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2113] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-333-222-717)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 427 JUTA ,
PESUGIHAN DANA GAIB
PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL
Ha ha ha.....org2 pandai agama tulis komen....terbaik!@@ Siap ada maki hamun....
Agama ni ada 3 rukun..yg akidah ko jgn terlanjur..ko makan taik banyak sangat ni..yg feqah ko terlanjur xdahal lagi..ko terlanjur menyamun xdahal lagi..akidah ko kalo terlanjur,ko solat tonggang terbalik pun dah x guna dah..orang tua ko x ajar ko ngaji bab asas agama dlu ke?ko makan taik banyak sangat ni..dah la jgn malukan org tua ko hehe
Post a Comment