PAK RAIS ORANGNYA TEGAS, DIA TIDAK KATA HITAM ITU PUTIH ATAU SEBALIKNYA, KADANGKALA KAWAN MENYANGKA DIA ITU MUSUH, TAPI SEBENARNYA DIA ADALAH TEGAS. PENGALAMAN BERSAMA PAK RAIS SEMASA BERSAMA APU SUDAH CUKUP MEMAHAMI SIAPA PAK RAIS.
MEMANG RAKYAT BELUM LAGI MERASA SELESA HIDUP SEBAGAIMANA YANG DIJANJIKAN.
JIKA RAKYAT CERDIK MEREKA TAK MUNGKIN DITIPU DENGAN JANJI MANIFESTO.
KENYATAAN MENTERI TENTANG BARANGAN TURUN HANYA BOLEH DITERIMA OLEH ORANG BANGANG DIKALANGAN RAKYAT.
LEBIH BAIK JIKA MENTERI TIDAK BERCAKAP DARI MENDUSTA RAKYAT.
-Pak Karamu-
'Rakyat gusar harga barang tak turun, sama seperti dulu'
WAWANCARA l Bekas menteri
penerangan, Tan Sri Rais Yatim berkata rakyat Malaysia kini gusar kerana
harga barangan dan kos sara hidup tetap sama meskipun kerajaan telah
bertukar.
Katanya, dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu,
Pakatan Harapan (HARAPAN) menjanjikan kenaikan kos sara hidup akan dapat
diatasi sekiranya mereka berkuasa.
Bagaimanapun, Rais berkata keadaan hidup rakyat pada tetap sama sepeti sebelum PRU lalu.
“Harga barang tak dapat diturunkan, tahap kos kehidupan belum nampak
berada di paras selesa, harga minyak sedang digusarkan oleh rakyat juga
tidak ada turunnya. Malah tak ada ansurnya dari kerajaan yang dulu, kena
lihat dari mereka berkuasa.
“Tentang tol yang dihujahkan oleh rakyat, (mereka kata) kami sudah
bayar cukai jalan dan cukai jalan itu nilainya berbilion setiap tahun,
adakah ini tak dapat diambil kira oleh kerajaan,” katanya dalam
wawancara bersama Malaysiakini, Khamis lalu.
Rais yang disebut-sebut antara calon speaker Dewan Rakyat berkata
rakyat tidak kisah siapa yang menjadi anggota kabinet kerajaan baru
asalkan kos sara hidup dapat diatasi dan mengecapi kehidupan yang
selesa.
“Yang mereka kisah sama ada kehidupan itu bertambah selesa, keamanan
wujud, berniaga mudah, interaksi dengan kerajaan dalam keadaan
menggalakkan,” katanya.
Pada kempen PRU14, HARAPAN melalui manifestonya berjanji akan
menangani kos sara hidup dalam masa 100 hari pentadbirannya antaranya
menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Selain itu HARAPAN juga berjanji akan menstabilkan harga minyak dan
memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar serta
menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan
proses meningkatkan gaji minimum.
Kini masuk lebih 50 hari pentadbiran HARAPAN dan mereka sudah pun melaksanakan kadar sifar GST, 1 Jun lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut berkata hasil kajian pihaknya yang
mendapati 70 peratus barangan pengguna mengalami penurunan harga sejak
pelaksanaan kadar sifar GST.
Bagaimanapun pelbagai pihak mempersoalkan kenyataan Saifuddin itu
termasuk Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Sufian Hamdan yang mendesak
menteri berkenaan mendedahkan laporan kajian supaya rakyat dapat membuat
perbandingan dengan realiti harga di pasaran.
Saifuddin bagaimanapun mempertahankan hasil
kajiannya selain pemantauan oleh penguat kuasa KPDNHEP selama sebulan,
beliau sendiri dimaklumkan mengenai perkara itu oleh peniaga ketika
melakukan tinjauan termasuk di Pasar Bayan Baru, di George Town.
Sementara itu, Rais berkata menteri berwajib dalam HARAPAN seharusnya
berterus terang kepada rakyat berkaitan kos sara hidup termasuk
kewangan negara.
“Kita kena berterus terang dengan apa yang diluahkan sebenarnya
berada di tahap rakyat hari ini, saya rasa keadaan paras kedudukan
kewangan negara, pertukaran wang menampakkan matawang Malaysia turun,
ini pun menjadi isu kepada rakyat biasa.
“Perlu juga menteri kewangan banteras keadaan ini kepada munasabah
dan tak boleh dikatakan faktor itu ini sebab masa kita berkempen dulu,
kita kata menang sahaja esok minyak turun, menang sahaja, esok tol mula
kita redakan kedudukannya, yang itu nampak belum berlaku,” katanya.
14 orang berkata:
Sabar Pak Tua. 62 tahun boleh tunggu takkan 1 tahun tak boleh tunggu.
Masa harga naik bertingkat-tingkat tak nak protes. Itu namanya bodoh bertingkat-tingkat.
Kàramu ni mmg bodoh bertingkat2. Hihihi ikatan serban tu ketat sangat, oksigen tak sampai ke otak.
Orang ph nibangang sangat
Lamo tak napok wan? Demo gi ikut tangkap sotong ke?
Syukur Alhamdulillah. Kes audio ori geng cia telah diangkat ke mahkamah tinggi kl. Semoga keputusannya nanti dapat memuaskan hati pakaramu dan para walaunta walauntit yang lain.
Pilihanraya sg kandis.
Pas bincanglah elok2 dgn umno. BerUG lah dengan penuh keharmonian supaya tak perlu bertanding 3 penjuru. Lantiklah wakil walaunta walauntit kerana pasti akan menang.
Bersedialah dgn peguam yg paling handal. Takut AMLA @ pengubahan wang haram. Bersedia juga klu2 terpaksa prk
Mula buat kutipan tabung skrg. Takut jaminan tinggi.
Sepupu nik abduh sedia jadi saksi. Panassssd pungkok
Parti umno akan kena main di sg kandis.....
Pru14 umno dpt 11.5K dan pas dpt 7.5K. Ada ker patut klu 2 penjuru wakil pas yg jadi calon?? Matematik spm dapat F ker??
Harap umno dgn presiden dan ketua pemuda baru tidak akan terpedaya. Jangan tunjuk anda tak ada telo
Harap2 hadi boleh buang sikit ego tu, sedondonlah dgn zahid komedi pulak keh keh keh mudah2an boleh buat comeback dgn gelombang pelangi, dr.zuhdi patut dikekalkan jadi pakar strategi pas. Mulakan gelombang pelangi dgn letak dr.zuhdi sebagai calon di sg.kandis.
pas elok letak hashim jasin sebagai calon di sg.kandis. takkan mursyidul am boleh kalah kot?mesti la menang besar. baru la gelombang ijauuuuu.
عندما تستعين بشركة متخصصة في عمل التنظيف الخاصة عندما تكون الشركة لها سمعة طيبة في مجال التنظيف ستحصل على منزل براق وأرضيات و حوائط نظيفة تماما مع الحفاظ على ألوانها من مواد التنظيف لنظافة شيئا ضروريا وخاصة عند تواجد اطفال صغار يخشي عليهم من الاتربة
شركة تنظيف فلل بالرياض
شركة تنظيف موكيت بالرياض
شركة تنظيف كنب بالرياض
شركة تنظيف واجهات بالرياض
شركة تنظيف ستائربالرياض
ارخص شركة تنظيف منازل بالرياض
Post a Comment