SOALAN BODOH YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN RAKYAT, MASUK DEWAN BAWA CERITA LAPOK, DENDAM MASIH BERTERUSAN ?
SEPATUTNYA LAPOR POLIS DAN TANYALAH POLIS, TAPI NAK BAWA RULE OF LAW !
SPEAKER JANGAN LEMAH, KUASA ADA PERLU TEGAS, TAK KIRA SIAPA, KERAJAAN ATAU PEMBANGKANG, ATAU LETAK JAWATAN !
-Pak Karamu-
BERITA TERKEMUDIAN SPEAKER BERTINDAK CEMERLANG !
BERITA TERKEMUDIAN SPEAKER BERTINDAK CEMERLANG !
Ramkarpal kesal diarah keluar dewan
(Ubah saiz teks)
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh kesal
dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang
mengarahkannya keluar dewan.Kecoh sebab ‘Pemuda Umno samseng’
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Gara-gara Ramkarpal Singh (Pakatan Harapan-Bukit Gelugor) menyebut Pemuda Umno samseng, Dewan Rakyat terus kecoh.
Meskipun sudah diarahkan Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof agar menarik balik perkataan itu namun beliau enggan.
Ram sebelumnya menanyakan soalan kepada Datuk Johari Abdul (Pakatan
Harapan-Sg Petani) tentang tindakan kerajaan susulan kejadian serangan
terhadap bekas wakil rakyat Bukit Gelugor, Karpal Singh yang juga
ayahnya pada tahun 2009 ketika sesi perbahasan ucapan Yang Dipertuan
Agong.
“Lima hingga 10 samseng Pemuda Umno serang bekas ahli Parlimen Bukit
Gelugor yang berkerusi roda. Mana (bekas) Ketua Pemuda Umno? Apa dia
buat?
“Sebagai institusi berperlembagaan, adakah kerajaan akan mengambil
tindakan ke atas samseng sebab sebelum ini mereka lepas daripada
kerajaan BN,” katanya.
Kata-kata itu mengundang rasa kurang senang ahli-ahli Parlimen BN yang
menyebabkan Dewan Rakyat terus kecoh yang menuntut Speaker menggunakan
peraturan mesyuarat agar Ram menarik balik kata-kata tersebut.
RSN Rayer (Pakatan Harapan-Jelutong) pula bangkit mempertahankan Ram
dengan menuntut Datuk Bung Mokhtar (BN-Kinabatangan) turut menarik balik
kata-kata samseng yang ditujukan kepada Ram.
Ram juga menafikan menyebut bekas Ketua Pemuda Umno, sebagai samseng.
Speaker akhirnya mengeluarkan arahan agar Ram menarik balik perkataan itu.
“Saya perlu menyatakan di sini bahawa saya berpendapat dan saya masih
pegang pada pendapat saya tersebut bahawa ahli-ahli Pemuda Umno bukan
ketuanya yang masuk ke Dewan Rakyat menyerang Karpal memang samseng.
“Saya menyatakan hakikat. Apakah kita tak boleh terima hakikat? Saya
minta maaf, saya tak dapat tarik balik perkataan tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, Speaker mengumumkan memberi amaran kepada Ram.
Ahli Dewan Rakyat BN mempertikaikan keputusan itu susulan Peraturan
Mesyuarat menetapkan mana-mana ahli yang igkar arahan Speaker sepatutnya
diperintahkan keluar bukan hanya diberi amaran.
Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) menegaskan sepanjang menjadi
Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebelum ini, peraturan tersebut tetap sama
dan tidak pernah berubah.
Ketegangan itu berlangsung hampir sejam hingga waktu rehat.
5 orang berkata:
Speaker sekarang lagi telus. Lembut tapi tegas!
Jangan ambil kesempatan!
Cuma sekarang pembangkan lagi teruk! Berebut nak bercakap sampai kalut. Masing2 nak tunjuk hebat dengan niat nak ambil hati rakyat.
Sayang kelakuan mereka ini langsung tidak diangkat sebagai wira rakyat tapi lebih kepada Badut Rakyat.
Pak karam, pas rampas teganu dan kekal di kelate tapi apasal ketua pembangkang bukan lebai hadi? Kikiki
Tak ada faedahnya lantik hadi jadi ketua pembangkang. Satu sen pun tak guna.
Apa kata BAPAK kau jer jadi KETUA PEMBANGKANG.. duduk kat rumah pun takut bini..
Wah anon 5.49 main sebut BAPAK. Ni mesti geng 'kepala bapak kau' mcm najib. Kecewa teruk la tuu keh keh keh
Post a Comment