Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR PULAU MAJLIS

Salam

KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR DENGAN EMPAT RAKANNYA YANG LAIN DAN DIKATAKAN ORANG KHAIRY JAMALUDDIN JUGA KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA TELAH MEMULAUKAN MAJLIS PERJUMPAAN HARI RAYA ANJURAN UMNO SELANGOTR DI SEKSYEN 20 SHAH ALAM, MAJLIS YANG DIHADIRI OLEH PERDANA MENTERI INI SEOLAH-OLAH TIDAK DIHORMATI OLEH MEREKA YANG DIANGGAP KURANG AJAR DAN PATUT DIBUNUH

HUH ! SUSAHNYA ORANG YANG BERJAWATAN DIDALAM UMNO ! APABILA ADA JAWATAN DAN TIDAK HADIR KEMAJLIS SHORU MAKA IA DIANGGAP KURANG AJAR DAN PATUT DIBUNUH ! MAK EH KEJAM NYA UMNO !

UMNO, PERKASA DAN PKR

Salam

NAJIB MUNGKIN MASUK PKR ? SESUATU YANG MUSTAHIL ?

Satu perjumpaan besar besaran PERKASA akan diadakan di Pasir Mas Kelantan yang akan dihadiri oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahadir Muhammad, perjumpaan tersebut nanti mungkin akan dirundingkan bersama sama ada PERKASA akan mendaftar sebagai sebuah parti politik ataupun tidak, andainya PERKASA didaftarkan sebagai sebuah parti politik maka  perjuangan untuk memertabatkan bangsa melayu sesuai dengan perlembagaan 153 akan bertukar tangan daripada UMNO kepada PERKASA kerana UMNO dan pucuk pimpinannya sudah beralih kepada memperjuangkan 1 Malaysia

Nampaknya kecerahan Ibrahin Ali untuk mengepalai perjuangan membela melayu akan berhasil dengan cemerlang tambahan lagi orang-orang yang telah melompat dari PKR sudah menjadi  kekuatan kepada Ibrahim Ali di Parlimen dan mungkin mereka akan menyertai PERKASA kerana tiada sudahnya mereka berjuang dengan hanya tinggal atas nama parti bebas, ramai dikalangan orang melayu yang terdiri daripada ahli UMNO sudah mula memuji-muji PERKASA kerana konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib dan kroninya menambahkan ketidak yakinnya mereka kepada  perjuangan UMNO sekarang

Nampaknya Ibrahim Ali sudah mula dinilai sebagai wira melayu baru kepada bangsa melayu yang mana UMNO sendiri sudah dilihat sebagai gagal untuk memperjuangkan bangsanya. Najib dan rakan 1 Malaysianya mungkin akan kehilangan sokongan dan kuasa melainkan dia serta rakan yang lain akan menyertai PKR untuk meneruskan konsep 1 Malaysianya dan mungkin MCA juga akan berbuat demikian kerana tidak mungkin MCA terus terpinggir oleh masyarakat cina dan sebagai yang dimaklum MCA memang anti PERKASA dan anti juga kepada islam sebagaimana yang telah diluahkannya

Apa yang kita lihat andainya PERKASA akan mendaftarkan NGO nya kepada badan politik maka ia sudah pasti akan menyertai BN/UMNO inilah niat awalnya namun tidak mungkin  majlis BN/UMNO akan membenarkannya kerana  nanti BN/UMNO akan kehilangan MCA ini menyebabkan BN/UMNO akan bertambah parah dan ada juga suara ghaib yang mengatakan bahawa MIC juga akan menyertai PR kerana Hindraf akan menjadi halangan besar kepada MIC jadi MIC terpaksalah vepat-cepat menyelamatkan diri mereka untuk menyertai Pakatan rakyat sebelum Hindraf di pandang mulia, hindraf ini samalah kedudukannya denga PERKASA, sama-sama samseng

LALUAN TERLALU SUKAR UNTUK BN/UMNO

Salam

TERLALU SUKAR UNTUK BN/UMNO UNTUK TERUS MEMERINTAH NEGARA INI

Rata-rata rakyat di negara ini apabila ditanya peluang BN/UMNO untuk terus memerintah negara ini berpendapat adalah terlalu sukar bagi BN/UMNO untuk terus berkuasa kerana suasana politik dan kesedaran rakyat sekarang sudah banyak berubah, mereka banyak berpegang kepada dua faktor iaitu kesedaran rakyat dan suasana politik yang tidak menentu

Ditanya tentang kesedaran rakyat yang bagaimana dinilai ? Mereka menyatakan  kerana pemimpin BN/UMNO sudah  terlalu banyak melakukan kesilapan moral dan mengabaikan kebajikan rakyat dan melakukan ketidak adilan serta memilih bulu untuk memberikan bantuan kepada rakyat,mereka hanya memilih kroni mereka sahaja segala keperluan kehidupan

Kerajaan BN/UMNO juga dikatakan tidak bersifat demokratik terhadap parti pembangkang dinegara ini dan mereka terlalu membuli para pimpinan pembangkang sedangkan mereka bebas melakukan apa saja yang mereka inginkan seolah-olah mereka kebal dengan undang-undang yang mereka cipta sendiri, satu perkara lagi yang disuarakan ialah tentang kelakuan para pemimpin BN/UMNO yang apabila bercakap di kaca TV serta laporan akhbar yang tidak sama dengan amalan mereka

Ditanya tentang politik pula mereka mengatakan bahawa politik didalam BN/UMNO sekarang begitu tidak teratur, sudah menjadi rojak dan tidak dapat hendak dipegang  kerana sudah berubah-ubah sebab takut hilang pengaruh dan kuasa, UMNO sendiripun sudah begitu tidak yakin dengan perjuangannya kerana itulah pimpinan UMNO sudah lari dari perjuangan asalnya dan memperkenalkan 1 Malaysia pulak dalam waktu yang sama bumi Malaysia sedikit demi sedikit telah diserahkan kepada negara jiran

Di Tanjung Karang seorang veteran UMNO begitu cemas dengan keadaan politik mainan BN/UMNO sekarang katanya dalam keadaan sudah merdekapun mereka tidak boleh menjaga hanya sebuah pulau yang kecil seperti Batu Putih, nah sekarang PM kita pergi lagi ke Singapura katanya nak serahkan pula tanah milik negara di Tanjung Pagar, veteran UMNO ini sangat kesal dengan penyerahan pulau Singapura kepada pemerintah disana oleh UMNO dan sekarang mereka dah jadi macam belanda, nak lagi,nak lagi ! kemudian bagi lagi, ketika ditanya Wak ni PKR ke atau apa ? jawapannya Ye UMNO !

Beliau menambah didalam UMNO sekarangpun sudah tidak sehaluan asik masing-masing nak buat harta tapi akhirnya terkena diri sendiri, sebenarnya di Selangor ini mereka sudah kikis habis harta rakyat kemudian mereka tuduh orang lain lepas itu makan diri sendiri, ketika disarankan mereka supaya menyertai parti lain Wak ini berkata tegas Wak tetap UMNO wak nak cantas dari dalam, beliau menambah kepala pimpinan UMNo sekarang macam naga kepala tujuh jika satu kepala dapat makan maka yang enam kepala lagi nak rebut sama makanan tersebut sedangkan makanan itu bukannya banyak sangat

Apabila dinilai suasana politik yang ada dengan pandangan rakyat sekarang maka kita dapati kebayakan dari mereka yang veteran  sudah merasa keciwa sementara golongan yang muda terus mengasingkan diri dari BN/UMNO dan mereka lebih selesa dengan Pakatan Rakyat dan mereka mahu mencuba  sama ada Pakatan Rakyat  boleh memberikan yang lebih selesa daripada pemerintahan BN/UMNO

PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Salam


PEMBUNUHAN SOSILAWATI BUKANLAH KERANA ISU PERKAUMAN AKAN TETAPI IA ADALAH ISU JENAYAH KEJAM,, PEHAK POLIS TELAH ISTIHARKAN BAHAWA PEMBUNUHAN TERSEBUT BUKAN ISU PERKAUMAN TETIBA UTUSAN MAINKAN ISU PERKAUMAN, BLOGGER UMNOPUN KATA DEMIKIAN, TETIBA APABILA ISU TERSEBUT MELIBATKAN TERLIBATNYA ANGGOTA DATO UMNO MAKA BLOGGER UMNOLAH YANG BUKA CERITA, APA SUDAH JADI DENGAN PERPADUAN DIDALAM UMNO?

NAMPAKNYA ORANG UMNO AMBIL KESEMBATAN BEDAL DENGAN ORANGNYA SENDIRI KERANA DENDAM MENGUMPUL HARTA MAKAN SORANG

HEBAT BETUL MENTERI UMNO YE !

Salam

RUMAH TERBUKA MENTERI UMNO KAT PAHANG DENGAN MENARI TERINJAK-INJAK

Apakah menteri UMNO tidak faham atau memang mereka hendak mencemarkan perayaan islam yang dikurniakan oleh Allah sebagai hari kemenangan  bagi mereka yang berjaya berpuasa dibulan Ramadan ! Salah seorang menteri UMNO telah mengadakan rumah terbuka semperna dengan menyambut hari raya 'Idul fitri baru-baru ini telah juga mengadakan majlis itu  dengan tarian barat oleh golongan anak-anak muda yang terinjak-injak, begitukah yang Allah perintahkan ?

Untuk pengetahuan menteri UMNO itu bahawa Allah hanya mengurniakan hari perayaan islam hanya dengan  dua perayaan sahaja iaitu perayaan 'Idul fitri setelah umat islam telah berjaya melaksanakan puasa  dan perayaan kedua ialah dengan mengurniakan 'Idul Adha setelah umat islam berjaya mengerjakan ibadat haji, kedua-dua ibadat tersebut adalah kurniaan Tuhan kepada umat islam tetiba kamu cemarkan perayaan tersebut dengan tarian berbentuk maksiat, hebat menteri UMNO ini, itulah masa kecil tak mahu belajar sudah besar menderhaka pula dengan Tuhan

Sepatutnya umat islam merayakan majlis agama ini dengan menghayati maksud takbir yang mereka laungkan pada malamnya menjelang solat sunah hari raya kemudian mereka hayati selepas solat dengan mengisi perayaan tersebut dengan majlis kesyukuran berpandukan kepada maksud takbir hari raya, namun apa yang berlaku kebanyakan manusia mengisi penghayatan takbir itu dengan nyanyian dan tarian barat bolehkah ? bukankah hukumnya haram ? Ulama UMNO tak pernah tegur ke ? Ataupun ulama UMNO pun tumpang sekaki ?

Rumah terbuka itu tidaklah salah tapi pengisian hari perayaan agama itulah yang menyebabkan kebanyakan orang melayu yang mengaku islam terperangkap dengan berbagai dosa, tulah mengaku islam tapi islampun tak faham, main bedal saja

NIK AZIZ ADA SEBAB DIA TIDAK SUKA MELAYU

Salam

TENTU ADA SEBA MENGAPA NIK AZIZ TIDAK SUKA KEPADA MELAYU SEKALIPUN DIA MELAYU

Jika Nik Abdul Aziz Nik Mat bagitahu bahawa dia tidak suka kepada melayu sebab dia nampak dasar perjuangan orang melayu adalah zalim dan memilih bulu sebab itu dia kata dia adalah islam, salahkah dia berkata demikian ? Dasar melayu banyak memberikannya susah untuk mentadbir di negeri Kelantan, siapa diantara orang melayu dikalangan UMNO yang dapat nafikan ?

Sebagai contoh apakah faedah yang diperolehi oleh kerajaannya di Kelantan apabila hasil gas di negeri tersebut dihangkut kenegara jiran dengan menafikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan yang berbangsa melayu ? Bukankah semua ini dilakukan oleh manusia yang bergelar melayu ? Siapakah yang banyak membuat sabotaj kerajaan Kelantan, bukankah ini semua kerja melayu ?

Bukankah dengan mengujudkan pegawai persekutuan di negeri Kelantan itu sebenarnya menafikan kesahan kuasa kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh orang melayu yang berdasarkan islam di negeri itu sebenarnya adalah kerja orang melayu yang menjadikan dasar melayu itu sebenarnya menampakkan kehuduhan perangai melayu ? Bukankah sudah banyak kali para pemimpin kerajaan negeri Kelantan telah di inaya oleh orang melayu daripada pusat dan Kelantan ?

Jika hendak diceritakan penginayaan orang melayu terhadap kerajaan Kelantang yang banyaknya berlambak-lambak tidak dapat hendak diceritakan, itulah sebab Nik Aziz tidak sukakan dengan dasar orang melayu lalu dia kata dia adalah islam dan sukakan kepada dasar islam dan dia adalah orang islam bukan melayu sekalipun dia orang melayu, rasanya orang melayu yang memperjuangkan melayu boleh faham bukan ? Perangai orang melayu yang agak tulin bolehlah tengok perangai Ibrahim Ali dan PERKASA bagaimana Niz Aziz bagi dia bunga akan tetapi dia balas dengan najis pada Nik Aziz, Adakah anda setuju ?

Orang yang bersemangat dengan bangsa ini samalah dengan Abu Thalib bapa saudara Nabi yang sampai mati tidak mahu mengucap dua kalimah shahadat, itulah yang berlaku dizamannya namun zaman ini ada sedikit perubahan yang mana orang yang sayangkan kepada bangsa dan memperjuangkannya mahu mengucapkan kalimah shahadat akan tetapi mereka  terus menolak dasar islam kerana mereka tidak faham maksud  dua kalimah tersebut, bila diberitahu mereka menyombongkan diri, balik-balik kepada semangat yang zalim itu juga macam anjing yang biasa makan taik jika dia tak makan maka dia tetap suka menciumnya

Ramai dikalangan orang melayu yang terdiri daripada petubuhan UMNO mengakui bahawa islam itu adalah lebih tinggi dan lebih baik daripada dasar bangsa dan puak akan tetapi mereka tidak pula mahu melakukan yang terbaik dengan melaksanakan islam yang baik dan adil Apakah yang berlaku kepada mereka sebenarnya ? Hati mereka telah tertutup, telinga dan matanya pekak dan buta ? Lidahnya telah kelu ? Adakah Allah telah tambah penyakit didalam hati mereka ? Atau telah  mempeteri hati mereka ?

Inilah akibatnya jika orang melayu sendiri tidak faham bahawa dasar bangsa dan puak itu sebenarnya tiada rukun yang hendak dijadikan panduan untuk hidup sebagai makhluk yang sempurna mereka hanya suka mengikutkan hawa nafsunya saja, bercakap dan membuat kerja hanya mengikut hawa nafsu yang jahat serta menzalimi sesama manusia sekalipun sesama bangsa dan puak itu sendiri

UMNO TAKUT HILANG KUASA ....

Salam

KETAKUTAN UMNO MENUKAR DASAR KEPADA ISLAM KERANA MEREKA TAKUTKAN KEHILANGAN KUASA

UMNO menjangkakan sekiranya mereka menukar dasar perjuangannya kepada islam maka mereka akan kehilangan kuasa kerana orang bukan islam tidak akan menyokong mereka, pandangan ini masih menebal didalam pemikiran pemimpin UMNO sedangkan Pas yang dasarnya adalah islam tidak langsung merasa takut kerana mereka beriman kepada Allah yang berjanji akan memberikan kemenangan kepada islam akhirnya dan sekarang sudah ternyata orang bukan islam sudah boleh bersama dengan perjuangan Pas dengan menubuhkan kelab penyokong Pas

Orang bukan beragama islam sekarang sudah boleh menilai tentang kehidupan dan perjuangan yang dibawa oleh Pas yang serba adil dan jujur dalam menilai keadilan dan kehidupan yang harmoni diantara puak kaum dinegara ini, mereka tidak lagi takutkan islam dan dasarnya kerana mereka telah melihat bagaimana sederhananya kehidupan pucuk pimpinan Pas dan tidak melakukan rasuah dan pembaziran wang rakyat jika dibandingkan dengan pimpinan UMNO

Sebenarnya jika kita imbas kembali punca  mengapa orang bukan islam takutnya islam ialah kerana orang UMNO sendiri yang menakutkan mereka dengan membayangkan bahawa islam itu terlalu kejam dan hodoh semata-mata kerana mereka mahukan orang bukan beragama islam mejauhkan diri dari Pas, buat masa yang lalu mereka telah berjaya memesongkan pemikirang orang bukan islam tersebut namun sekarang mereka sudah tidak berjaya berbuat demikian

Di Malaysia orang DAP lebih pandai dari orang melayu yang sering membuat kenyataan yang bercanggah dengan hukum islam sebab itulah isu orang kafir memasuki masjid telah menyedarkan orang UMNO tentang hukum islam yang di momokkan sebelumnya akan tetapi sekarang mereka sudah celik akibat DAP telah menyedarkan mereka tentang hukum boleh ataupun tidaknya memasuki masjid, jika tidak kerana cina DAP maka sampai sekarang orang UMNO buta dengan agama mereka sendiri

Orang UMNO dijangkakan akan memainkan lagi isu agama untuk menyatupadukan orang melayu yang beragama islam namun setakat ini rasanya mereka akan tetap gagal kerana  orang DAP lebih pandai daripada mereka, orang UMNO sekarang apabila kita tegur mereka akan melenting dan akan berhujah secara adat dan budaya dan kemudian adat dan budaya itulah ditekankan sebagai agama, mereka sebenarnya sudah muflis tentang hukum

Benarlah kata Allah bahawa orang-orang yang yang degil dengan kesombongan dan kebongkakan itu akan tetap menuduh  setiap kebenaran itu sebagai pandangan yang bodoh sebenarnya merekalah yang bodoh sebagaimana firman Allah yang menyatakan didalam surah Al Baqarah ayat 13 FirmanNya

وأذا قيل لهم ءا منوا كما ء ا من الناس قالو اأ نؤ من كما ء ا من الشفهاء ألا أنهم هم السفها ء ولكن لا يعلمون

Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman, mereka menjawab " Patutkah kami ini beriman sebagaimana orang-orang yang bodoh itu ? Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengetahui (akan hakikat sebenar)




UMNO SEDANG MELAWAN ARUS ....

Salam

UMNO SEDANG MELAWAN ARUS SEBELUM HANYUT TANPA DIKENANG !

Sekuat manapun UMNO sekarang maka mereka tetap akan hanyut selagi mereka tidak kembali kepada dasar perjuangan yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu  melaksanakan Deen of Islam, ini semua Allah yang mahu dan Allahlah yang tetapkan, mari kita nilai firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 3

اليوم اكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الأسلم دينا  

Maksudnya:  Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama (cara hidup) kamu, dan Aku telah cukupkan bagi kamu nikmatKu, dan Aku telah redha akan islam itu menjadi agama (cara hidup) kamu

Ayat diatas rasanya orang UMNO boleh faham buakan ? Tuhan bagi tahu bahawa cara hidup kamu adalah islam dan Tuhan telah bagi nikmatnya, Apakah orang UMNO tidak merasakan nikmat yang Allah telah bagikan kepada mereka ? Apakah mereka tidak merasakan nikmat memimpin sebuah negara seperti Malaysia ini dengan banyak mengumpul berbagai-bagai harta, UMNO mahu nafikan ?

Minggu ini dijangka UMNO akan mengulangi balik semangat bersatu mengikut bangsa dan kaum, mereka tetap akan bercakap tentang semangat melayu mesti bersatu, maklum saja sama-sama makan belacan, budu dan cencaluk, inilah dia wajah UMNO bila mereka nak bersatu mereka tidak mahu sebut islam sebagai dasar tapi mereka sebut belacan, budu dan cencaluk, siapa yang nak ikut mereka ?

Didalam Al Quran Allah berfirman lagi bagi mengingat dan memberikan amaran kepada manusia termasuklah UMNO, Firman Allah didalam Al Quran surah Ali Imran ayat 85


ومن يبتغ غيرالأسلم دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخسرين

Maksudnya:  Dan sesiapa yang mencari agama (Cara hidup) selain dari islam maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

Ayat yang diatas sudah cukup jelas bahawa Allah tidak akan terima selain dari cara hidup islam nanti di akhirat kelak kamu akan rugi kata Allah, nah sekarang bila lagi UMNO mahu menukar dasarnya kepada islam ? Orang UMNO tersangat rajin pergi buat umrah  di Makkah malah bawa orang lain pergi sama sebab UMNO banyak duit tapi sebenarnya mereka jangan haraplah nak dapat pahala SEBAB cara hidup yang mereka perjuangkan adalah yang dimurkai oleh Allah dan RasulNya, kalau makan angin ok lah !

Orang UMNO jangan marah pulak sebab sudah banyak kali kita terangkan bab ini tuntuk perpaduan dalam islam tapi sehingga sekarang pintu hati mereka tertutup rapat sebab dalam hati mereka ada penyakit hendak kembali kepada islam lalu Allah tambah penyakitnya sepertimana Allah sebut dalam surah Al Baqarah ayat 10 nah sekarang UMNO sedang sakit ditambah lagi sakit tersebut oleh salah laku PERKASA lalu mereka bercakaran sesama sendiri, Hendak nafikan ?

Dunia masih belum lagi kiamat , harapan mereka hendak kembali kepangkal jalan masih ada sebelum 'azab daripada Allah menimpa mereka,bukti yang tersangat nyata ialah apabila mereka begitu menggila mahukan perpaduan bangsa melayu dengan memainkan sentimen bangsa dan agama berakhir dengan memakan diri dan mereka tersungkur, kemudian bangun balik dengan nada yang sama, Apakah mereka mahu tersungkur dengan tidak bangun-bangun ?

Orang UMNO yang ada sedikit pengetahuan agama turut memainkan hujah mereka dengan berfirman dan berhadis namun semuanya itu kelihatan tempang ibarat patah sayap terbang jua kerana mereka tidak mensesuaikan firman dengan jurus akidah yang betul, mereka hanya mengambil sejarah sirah Rasullullah semata-mata kerana hendak menegakkan benang yang basah tanpa melihat suasana masyarakat dizaman nabi dan zaman sekarang akhirnya mereka tersungkur lagi, sampai bila mereka mahu terus tersungkur ?

Mereka tidak boleh terus melawan arus yang deras sekarang ini sebab mereka sudah banyak kehilangan tenaga yang Allah telah hakiskan perlahan-lahan daripada mereka kerana terlalu degil dan berbangga dengan puak dan bangsa mereka manun mereka masih lagi belun sedar-sedar

ZAHID HAMIDI MULA MERAPU SELEPAS RAYA

Salam

MAKA BERMIMPILAH ZAHID HAMIDI "PRU 13 BN AKAN RAMPAS PULAU PINANG !!!

Ekoran konsep 1 Mlaysia katanya rakyat sudah dapat menerima konsep tersebut dan Pulau Pinang akan jatuh ketangan Barisan Nasional, rasanya kenyataan Zahid Hamidi ini cuma hendak memujuk hati GERAKAN yang menyatakan bahawa Pulau Pinang sukar untuk diambil daripada DAP

Orang cina sekarang sudah begitu selesa dengan DAP dan Pakatan Rakyat dimana juga di Malaysia ini sebab itu dikatakan bahawa Johor, Negeri Sembilan Trengganu dan Pahang dalam keadaan bahaya dan mungkin akan terlepas ketangan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti

Sebenarnya konsep 1 Malaysia telahpun gagal kerana itulah mantan PM Tun Dr Mahadir berkata 1 Malaysia telah gagal dan dia tidak Faham konsep tersebut malah Najib sendiri tidak konfiden dengan 1 Malaysia yang ditajanya tambahan pula PERKASA memberi nafas yang baru kepada orang melayu supaya memulihkan semangat bangsa supaya 1 Malaysia tersungkur dan ternyata dia telah berjaya sedikit sebanyak menggoyangkan kedudukan Najib didalam UMNO

Sepatutnya Zahid Hamidi menumpukan kerja-kerja di Kementeriannya yang banya melakukan pembaziran di KEMENTAH terutama pada bulan Ramadan dengan majlis berbuka puasa kerana banyak menjemput ketering daripada luar sedangkan tukang masak tentera begitu ramai di KEMENTAH, selain daripada itu peruntukan pakaian tentera wataniah yang di ambil dari peruntukan ATM cukup menyusahkan anggota tentera kerana dipindahkan kepada tentera wataniah

Pulau pinang tidak mungkin terlepas kepada BN sementara Perak pasti akan jatuh balik ketangan Pakatan rakyat pada PRU 13 nanti jadi BN/UMNO terpaksa menabur fitnah sebanyak mungkin untuk membaik pulihkan semangatnya dengan banyak membuat fitnah, dalam masa yang sama segala fitnah yang telah ditaburkan oleh BN/UMNO semuanya memakan diri, ini semua telah difahami oleh rakyat di negara ini

KAWAN SOSILAWATI GANTUNG DIRI

Salam

SARENA JA'AFAR 43 TAHUN MENGGANTUNG DIRI KERANA TERLALU SEDIH ATAS KEMATIAN DATO SOSILAWATI  SUATU YANG TIDAK MASUK AKAL, ORANG KAFIRPUN RAMAI YANG SUSAH HATI TAPI TIDAK SAMPAI GANTUNG DIRI ATAU ADA APA-APAKAH DENGAN KES SOSILAWATI ?

NAMPAKNYA KES KEMATIAN SOSILAWATI INI BERKAIT DAN BERKEMBANG TERHADAP ORANG LAIN, WALAU APAPUN KES GANTUNG DIRI INI SUDAH JELAS MATI KATAKNYA

UMNO DALAM KEADAAN TERDESAK SEKARANG

Salam

Apabila ada kes yang buruk dan jahat maka UMNO dan kumpulan Bloggernya cepat-cepat tuding jari kepada Pakatan Rakyat seolah-olah Pakatan rakyat ni jahat sangat akhirnya setiap kes yang dimainkan akhirnya terkena pada batang hidung sendiri, sejauh ini setiap kes yang busuk yang berlaku di negara ini akhirnya UMNO juga yang terkena sehinggakan kita tidak percaya akan tetapi itulah yang berlaku

Main isu perkauman, UMNO juga yang terkena balik, main isu agama UMNO juga yang terkena balik, Isu mengambil  hatra kerajaan mereka mainkan bagaikan pecah telinga mendengarnya akhirnya UMNO juga yang kena, Isu Raja UMNO juga yang terkena, Isu pembunuhan yang terbaru UMNO juga yang didapati bersekongkol, lagi apa ? Isu Rasuah akhirnya UMNO juga yang kena, Isu fitnah UMNO juga yang terkena

Nampaknya UMNO ini suka sangat membuat cerita murah dan tiada kualiti, mereka suka menabur fitnah yang sangat murah dan mungkin mereka menjangka rakyat di negara ini macam rakyat tahun 50 an, sekarang sudah ada satu trend yang mana apabila ada saja kes buruk yang berlaku maka rakyat cepat-cepat bertanya Dato mana pula yang buat ? Orang kaya mana pula yang buat ?

GILIRAN UMNO DAN MIC MASUK MASJID

Salam

APA HUKUM ORANG KAFIR MASUK MASJID ! JAWAPANNYA BOLEEEH ! TAK SALAH APAPUN, BERPOLITIK ? IKUT HUKUM TAK JUGA SALAN SEBAB NABI MEMULAKAN POLITIK DARI DALAM MASJID, ADAPUN DALAM MASA TERTENTU SEDIKIT MASA LEPAS MUFTI BELUM FAHAM, UMNO JUGA BELUM FAHAM SULTAN JUGA BELUM FAHAM JAIS JUGA DEMIKIAN, LA NI BARU MEREKA FAHAN SEBAB DAP  YANG MULA BAGI MULA DEPA NI FAHAM JIKA DAP TAK BAGI MULA MASUK MASJID MAKA SAMPAI LA NI DEPA KATA HARAM, NAJIS, KOTOQ, MAKSIAT DAN BERBAGAI-BAGAI LAGI, SO SEPATUTNYA DEPA KENA BELAJAQ DENGAN DAP

DUGAAN PAHIT BAGI KETUA POLIS YANG BARU

Salam

SELAMAT BERTUGAS

SEBAIK MEMEGANG JAWATAN KETUA POLIS YANG BARU, MAKA BELIAU DIUJI DENGAN KES PEMBUNUHAN KEJAM, INILAH UJIAN YANG MESTI DIPIKUL DENGAN BERBAGAI KERNAH DAN LIKU DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

BERMULA DARI MELAKA NEGERI PANDAI PANTUN

Salam

DARI DATO ALI RUSTAM KEPADA MAJLIS PEGUAM, DARI MAJLIS PEGUAM KEPADA POLIS, KITA LIHAT SIAPA YANG KENA..... !!!

Nampaknya kes pembunuhan Sosilawati ini akan mendedahkan lebih ramai yang dijangka terlibat dalam berurusan dengan suspek hasil maklumat yang terbocor dari sumber mulut kemulut dan diikuti dengan kenyataan orang yang tertentu dari kalangan orang yang banyak wang dan kuasa
Ali Rustam minta majlis peguan mengambil tindakan terhadap peguam-peguam yang melakukan salah laku yang banyak melakukan kesalahan supaya didedahkan kepada umum, tujuan Ali Rustam ini adalah baik kerana majlis peguam jangan tidur, teguran Ali Rustam ini seolah-olah majlis peguan selama ini terlena dalam tidurnya

Hasilnya majlis peguampun terjaga, presiden majlis peguampun membuat kenyataan bahawa setiap tahum majlis itu telah mengambil tindakan wajar terhadap peguam-peguam yang salah laku seramai 30 hingga 40 kepada pehak polis akan tetapi tiada tindakan yang diambil sejauh ini pehak polis belum lagi membuat kenyataan apa-apa

Dalam kes Sosilawati ini sekurang-kurangnya sudah terdedah nama dato-dato dan ketua UMNO Selangor yang berjenama dan banyak duit dilibatkan atas urusan pembelian tanah yang dikaitkan dengan urusan pembelian tanah yang sama diutara tanah air yang berakhir dengan trajidi pembunuhan kejam Sosilawati dan rakannya yang lain

kita intai apa seterusnya !




free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.