Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LALUAN TERLALU SUKAR UNTUK BN/UMNO

Salam

TERLALU SUKAR UNTUK BN/UMNO UNTUK TERUS MEMERINTAH NEGARA INI

Rata-rata rakyat di negara ini apabila ditanya peluang BN/UMNO untuk terus memerintah negara ini berpendapat adalah terlalu sukar bagi BN/UMNO untuk terus berkuasa kerana suasana politik dan kesedaran rakyat sekarang sudah banyak berubah, mereka banyak berpegang kepada dua faktor iaitu kesedaran rakyat dan suasana politik yang tidak menentu

Ditanya tentang kesedaran rakyat yang bagaimana dinilai ? Mereka menyatakan  kerana pemimpin BN/UMNO sudah  terlalu banyak melakukan kesilapan moral dan mengabaikan kebajikan rakyat dan melakukan ketidak adilan serta memilih bulu untuk memberikan bantuan kepada rakyat,mereka hanya memilih kroni mereka sahaja segala keperluan kehidupan

Kerajaan BN/UMNO juga dikatakan tidak bersifat demokratik terhadap parti pembangkang dinegara ini dan mereka terlalu membuli para pimpinan pembangkang sedangkan mereka bebas melakukan apa saja yang mereka inginkan seolah-olah mereka kebal dengan undang-undang yang mereka cipta sendiri, satu perkara lagi yang disuarakan ialah tentang kelakuan para pemimpin BN/UMNO yang apabila bercakap di kaca TV serta laporan akhbar yang tidak sama dengan amalan mereka

Ditanya tentang politik pula mereka mengatakan bahawa politik didalam BN/UMNO sekarang begitu tidak teratur, sudah menjadi rojak dan tidak dapat hendak dipegang  kerana sudah berubah-ubah sebab takut hilang pengaruh dan kuasa, UMNO sendiripun sudah begitu tidak yakin dengan perjuangannya kerana itulah pimpinan UMNO sudah lari dari perjuangan asalnya dan memperkenalkan 1 Malaysia pulak dalam waktu yang sama bumi Malaysia sedikit demi sedikit telah diserahkan kepada negara jiran

Di Tanjung Karang seorang veteran UMNO begitu cemas dengan keadaan politik mainan BN/UMNO sekarang katanya dalam keadaan sudah merdekapun mereka tidak boleh menjaga hanya sebuah pulau yang kecil seperti Batu Putih, nah sekarang PM kita pergi lagi ke Singapura katanya nak serahkan pula tanah milik negara di Tanjung Pagar, veteran UMNO ini sangat kesal dengan penyerahan pulau Singapura kepada pemerintah disana oleh UMNO dan sekarang mereka dah jadi macam belanda, nak lagi,nak lagi ! kemudian bagi lagi, ketika ditanya Wak ni PKR ke atau apa ? jawapannya Ye UMNO !

Beliau menambah didalam UMNO sekarangpun sudah tidak sehaluan asik masing-masing nak buat harta tapi akhirnya terkena diri sendiri, sebenarnya di Selangor ini mereka sudah kikis habis harta rakyat kemudian mereka tuduh orang lain lepas itu makan diri sendiri, ketika disarankan mereka supaya menyertai parti lain Wak ini berkata tegas Wak tetap UMNO wak nak cantas dari dalam, beliau menambah kepala pimpinan UMNo sekarang macam naga kepala tujuh jika satu kepala dapat makan maka yang enam kepala lagi nak rebut sama makanan tersebut sedangkan makanan itu bukannya banyak sangat

Apabila dinilai suasana politik yang ada dengan pandangan rakyat sekarang maka kita dapati kebayakan dari mereka yang veteran  sudah merasa keciwa sementara golongan yang muda terus mengasingkan diri dari BN/UMNO dan mereka lebih selesa dengan Pakatan Rakyat dan mereka mahu mencuba  sama ada Pakatan Rakyat  boleh memberikan yang lebih selesa daripada pemerintahan BN/UMNO

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.