KETAKUTAN UMNO MENUKAR DASAR KEPADA ISLAM KERANA MEREKA TAKUTKAN KEHILANGAN KUASA
UMNO menjangkakan sekiranya mereka menukar dasar perjuangannya kepada islam maka mereka akan kehilangan kuasa kerana orang bukan islam tidak akan menyokong mereka, pandangan ini masih menebal didalam pemikiran pemimpin UMNO sedangkan Pas yang dasarnya adalah islam tidak langsung merasa takut kerana mereka beriman kepada Allah yang berjanji akan memberikan kemenangan kepada islam akhirnya dan sekarang sudah ternyata orang bukan islam sudah boleh bersama dengan perjuangan Pas dengan menubuhkan kelab penyokong Pas
Orang bukan beragama islam sekarang sudah boleh menilai tentang kehidupan dan perjuangan yang dibawa oleh Pas yang serba adil dan jujur dalam menilai keadilan dan kehidupan yang harmoni diantara puak kaum dinegara ini, mereka tidak lagi takutkan islam dan dasarnya kerana mereka telah melihat bagaimana sederhananya kehidupan pucuk pimpinan Pas dan tidak melakukan rasuah dan pembaziran wang rakyat jika dibandingkan dengan pimpinan UMNO
Sebenarnya jika kita imbas kembali punca mengapa orang bukan islam takutnya islam ialah kerana orang UMNO sendiri yang menakutkan mereka dengan membayangkan bahawa islam itu terlalu kejam dan hodoh semata-mata kerana mereka mahukan orang bukan beragama islam mejauhkan diri dari Pas, buat masa yang lalu mereka telah berjaya memesongkan pemikirang orang bukan islam tersebut namun sekarang mereka sudah tidak berjaya berbuat demikian
Di Malaysia orang DAP lebih pandai dari orang melayu yang sering membuat kenyataan yang bercanggah dengan hukum islam sebab itulah isu orang kafir memasuki masjid telah menyedarkan orang UMNO tentang hukum islam yang di momokkan sebelumnya akan tetapi sekarang mereka sudah celik akibat DAP telah menyedarkan mereka tentang hukum boleh ataupun tidaknya memasuki masjid, jika tidak kerana cina DAP maka sampai sekarang orang UMNO buta dengan agama mereka sendiri
Orang UMNO dijangkakan akan memainkan lagi isu agama untuk menyatupadukan orang melayu yang beragama islam namun setakat ini rasanya mereka akan tetap gagal kerana orang DAP lebih pandai daripada mereka, orang UMNO sekarang apabila kita tegur mereka akan melenting dan akan berhujah secara adat dan budaya dan kemudian adat dan budaya itulah ditekankan sebagai agama, mereka sebenarnya sudah muflis tentang hukum
Benarlah kata Allah bahawa orang-orang yang yang degil dengan kesombongan dan kebongkakan itu akan tetap menuduh setiap kebenaran itu sebagai pandangan yang bodoh sebenarnya merekalah yang bodoh sebagaimana firman Allah yang menyatakan didalam surah Al Baqarah ayat 13 FirmanNya
وأذا قيل لهم ءا منوا كما ء ا من الناس قالو اأ نؤ من كما ء ا من الشفهاء ألا أنهم هم السفها ء ولكن لا يعلمون
Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman, mereka menjawab " Patutkah kami ini beriman sebagaimana orang-orang yang bodoh itu ? Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengetahui (akan hakikat sebenar)
0 orang berkata:
Post a Comment