TENTU ADA SEBA MENGAPA NIK AZIZ TIDAK SUKA KEPADA MELAYU SEKALIPUN DIA MELAYU
Jika Nik Abdul Aziz Nik Mat bagitahu bahawa dia tidak suka kepada melayu sebab dia nampak dasar perjuangan orang melayu adalah zalim dan memilih bulu sebab itu dia kata dia adalah islam, salahkah dia berkata demikian ? Dasar melayu banyak memberikannya susah untuk mentadbir di negeri Kelantan, siapa diantara orang melayu dikalangan UMNO yang dapat nafikan ?
Sebagai contoh apakah faedah yang diperolehi oleh kerajaannya di Kelantan apabila hasil gas di negeri tersebut dihangkut kenegara jiran dengan menafikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan yang berbangsa melayu ? Bukankah semua ini dilakukan oleh manusia yang bergelar melayu ? Siapakah yang banyak membuat sabotaj kerajaan Kelantan, bukankah ini semua kerja melayu ?
Bukankah dengan mengujudkan pegawai persekutuan di negeri Kelantan itu sebenarnya menafikan kesahan kuasa kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh orang melayu yang berdasarkan islam di negeri itu sebenarnya adalah kerja orang melayu yang menjadikan dasar melayu itu sebenarnya menampakkan kehuduhan perangai melayu ? Bukankah sudah banyak kali para pemimpin kerajaan negeri Kelantan telah di inaya oleh orang melayu daripada pusat dan Kelantan ?
Jika hendak diceritakan penginayaan orang melayu terhadap kerajaan Kelantang yang banyaknya berlambak-lambak tidak dapat hendak diceritakan, itulah sebab Nik Aziz tidak sukakan dengan dasar orang melayu lalu dia kata dia adalah islam dan sukakan kepada dasar islam dan dia adalah orang islam bukan melayu sekalipun dia orang melayu, rasanya orang melayu yang memperjuangkan melayu boleh faham bukan ? Perangai orang melayu yang agak tulin bolehlah tengok perangai Ibrahim Ali dan PERKASA bagaimana Niz Aziz bagi dia bunga akan tetapi dia balas dengan najis pada Nik Aziz, Adakah anda setuju ?
Orang yang bersemangat dengan bangsa ini samalah dengan Abu Thalib bapa saudara Nabi yang sampai mati tidak mahu mengucap dua kalimah shahadat, itulah yang berlaku dizamannya namun zaman ini ada sedikit perubahan yang mana orang yang sayangkan kepada bangsa dan memperjuangkannya mahu mengucapkan kalimah shahadat akan tetapi mereka terus menolak dasar islam kerana mereka tidak faham maksud dua kalimah tersebut, bila diberitahu mereka menyombongkan diri, balik-balik kepada semangat yang zalim itu juga macam anjing yang biasa makan taik jika dia tak makan maka dia tetap suka menciumnya
Ramai dikalangan orang melayu yang terdiri daripada petubuhan UMNO mengakui bahawa islam itu adalah lebih tinggi dan lebih baik daripada dasar bangsa dan puak akan tetapi mereka tidak pula mahu melakukan yang terbaik dengan melaksanakan islam yang baik dan adil Apakah yang berlaku kepada mereka sebenarnya ? Hati mereka telah tertutup, telinga dan matanya pekak dan buta ? Lidahnya telah kelu ? Adakah Allah telah tambah penyakit didalam hati mereka ? Atau telah mempeteri hati mereka ?
Inilah akibatnya jika orang melayu sendiri tidak faham bahawa dasar bangsa dan puak itu sebenarnya tiada rukun yang hendak dijadikan panduan untuk hidup sebagai makhluk yang sempurna mereka hanya suka mengikutkan hawa nafsunya saja, bercakap dan membuat kerja hanya mengikut hawa nafsu yang jahat serta menzalimi sesama manusia sekalipun sesama bangsa dan puak itu sendiri
0 orang berkata:
Post a Comment