Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO SEDANG MELAWAN ARUS ....

Salam

UMNO SEDANG MELAWAN ARUS SEBELUM HANYUT TANPA DIKENANG !

Sekuat manapun UMNO sekarang maka mereka tetap akan hanyut selagi mereka tidak kembali kepada dasar perjuangan yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu  melaksanakan Deen of Islam, ini semua Allah yang mahu dan Allahlah yang tetapkan, mari kita nilai firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 3

اليوم اكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الأسلم دينا  

Maksudnya:  Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama (cara hidup) kamu, dan Aku telah cukupkan bagi kamu nikmatKu, dan Aku telah redha akan islam itu menjadi agama (cara hidup) kamu

Ayat diatas rasanya orang UMNO boleh faham buakan ? Tuhan bagi tahu bahawa cara hidup kamu adalah islam dan Tuhan telah bagi nikmatnya, Apakah orang UMNO tidak merasakan nikmat yang Allah telah bagikan kepada mereka ? Apakah mereka tidak merasakan nikmat memimpin sebuah negara seperti Malaysia ini dengan banyak mengumpul berbagai-bagai harta, UMNO mahu nafikan ?

Minggu ini dijangka UMNO akan mengulangi balik semangat bersatu mengikut bangsa dan kaum, mereka tetap akan bercakap tentang semangat melayu mesti bersatu, maklum saja sama-sama makan belacan, budu dan cencaluk, inilah dia wajah UMNO bila mereka nak bersatu mereka tidak mahu sebut islam sebagai dasar tapi mereka sebut belacan, budu dan cencaluk, siapa yang nak ikut mereka ?

Didalam Al Quran Allah berfirman lagi bagi mengingat dan memberikan amaran kepada manusia termasuklah UMNO, Firman Allah didalam Al Quran surah Ali Imran ayat 85


ومن يبتغ غيرالأسلم دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخسرين

Maksudnya:  Dan sesiapa yang mencari agama (Cara hidup) selain dari islam maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

Ayat yang diatas sudah cukup jelas bahawa Allah tidak akan terima selain dari cara hidup islam nanti di akhirat kelak kamu akan rugi kata Allah, nah sekarang bila lagi UMNO mahu menukar dasarnya kepada islam ? Orang UMNO tersangat rajin pergi buat umrah  di Makkah malah bawa orang lain pergi sama sebab UMNO banyak duit tapi sebenarnya mereka jangan haraplah nak dapat pahala SEBAB cara hidup yang mereka perjuangkan adalah yang dimurkai oleh Allah dan RasulNya, kalau makan angin ok lah !

Orang UMNO jangan marah pulak sebab sudah banyak kali kita terangkan bab ini tuntuk perpaduan dalam islam tapi sehingga sekarang pintu hati mereka tertutup rapat sebab dalam hati mereka ada penyakit hendak kembali kepada islam lalu Allah tambah penyakitnya sepertimana Allah sebut dalam surah Al Baqarah ayat 10 nah sekarang UMNO sedang sakit ditambah lagi sakit tersebut oleh salah laku PERKASA lalu mereka bercakaran sesama sendiri, Hendak nafikan ?

Dunia masih belum lagi kiamat , harapan mereka hendak kembali kepangkal jalan masih ada sebelum 'azab daripada Allah menimpa mereka,bukti yang tersangat nyata ialah apabila mereka begitu menggila mahukan perpaduan bangsa melayu dengan memainkan sentimen bangsa dan agama berakhir dengan memakan diri dan mereka tersungkur, kemudian bangun balik dengan nada yang sama, Apakah mereka mahu tersungkur dengan tidak bangun-bangun ?

Orang UMNO yang ada sedikit pengetahuan agama turut memainkan hujah mereka dengan berfirman dan berhadis namun semuanya itu kelihatan tempang ibarat patah sayap terbang jua kerana mereka tidak mensesuaikan firman dengan jurus akidah yang betul, mereka hanya mengambil sejarah sirah Rasullullah semata-mata kerana hendak menegakkan benang yang basah tanpa melihat suasana masyarakat dizaman nabi dan zaman sekarang akhirnya mereka tersungkur lagi, sampai bila mereka mahu terus tersungkur ?

Mereka tidak boleh terus melawan arus yang deras sekarang ini sebab mereka sudah banyak kehilangan tenaga yang Allah telah hakiskan perlahan-lahan daripada mereka kerana terlalu degil dan berbangga dengan puak dan bangsa mereka manun mereka masih lagi belun sedar-sedar

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.