Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO, PERKASA DAN PKR

Salam

NAJIB MUNGKIN MASUK PKR ? SESUATU YANG MUSTAHIL ?

Satu perjumpaan besar besaran PERKASA akan diadakan di Pasir Mas Kelantan yang akan dihadiri oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahadir Muhammad, perjumpaan tersebut nanti mungkin akan dirundingkan bersama sama ada PERKASA akan mendaftar sebagai sebuah parti politik ataupun tidak, andainya PERKASA didaftarkan sebagai sebuah parti politik maka  perjuangan untuk memertabatkan bangsa melayu sesuai dengan perlembagaan 153 akan bertukar tangan daripada UMNO kepada PERKASA kerana UMNO dan pucuk pimpinannya sudah beralih kepada memperjuangkan 1 Malaysia

Nampaknya kecerahan Ibrahin Ali untuk mengepalai perjuangan membela melayu akan berhasil dengan cemerlang tambahan lagi orang-orang yang telah melompat dari PKR sudah menjadi  kekuatan kepada Ibrahim Ali di Parlimen dan mungkin mereka akan menyertai PERKASA kerana tiada sudahnya mereka berjuang dengan hanya tinggal atas nama parti bebas, ramai dikalangan orang melayu yang terdiri daripada ahli UMNO sudah mula memuji-muji PERKASA kerana konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib dan kroninya menambahkan ketidak yakinnya mereka kepada  perjuangan UMNO sekarang

Nampaknya Ibrahim Ali sudah mula dinilai sebagai wira melayu baru kepada bangsa melayu yang mana UMNO sendiri sudah dilihat sebagai gagal untuk memperjuangkan bangsanya. Najib dan rakan 1 Malaysianya mungkin akan kehilangan sokongan dan kuasa melainkan dia serta rakan yang lain akan menyertai PKR untuk meneruskan konsep 1 Malaysianya dan mungkin MCA juga akan berbuat demikian kerana tidak mungkin MCA terus terpinggir oleh masyarakat cina dan sebagai yang dimaklum MCA memang anti PERKASA dan anti juga kepada islam sebagaimana yang telah diluahkannya

Apa yang kita lihat andainya PERKASA akan mendaftarkan NGO nya kepada badan politik maka ia sudah pasti akan menyertai BN/UMNO inilah niat awalnya namun tidak mungkin  majlis BN/UMNO akan membenarkannya kerana  nanti BN/UMNO akan kehilangan MCA ini menyebabkan BN/UMNO akan bertambah parah dan ada juga suara ghaib yang mengatakan bahawa MIC juga akan menyertai PR kerana Hindraf akan menjadi halangan besar kepada MIC jadi MIC terpaksalah vepat-cepat menyelamatkan diri mereka untuk menyertai Pakatan rakyat sebelum Hindraf di pandang mulia, hindraf ini samalah kedudukannya denga PERKASA, sama-sama samseng

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.