PakKaramu

  • Home
  • Umarak Dagang
  • Profile
  • Pena Menari
  • About Us
  • Contact Us
skip to main | skip to sidebar

My Blog List

  • Sarawak Report
    Proposed MACC ‘Whistleblower Reward’ Raises Unanswered Questions
    1 week ago
  • ™ kaasii peecaahhh laaa...®
    DAP Punca Melayu Berpecah ???
    5 weeks ago
  • Kerabu Bersuara ®
    Israel–Iran Bakal Meletus Lagi? Laporan NYT Dedah Tanda-Tanda Awal!
    9 months ago
  • Minda Cikgupj@pk
    KECENDERUNGAN MELAKUKAN KEJAHATAN/MAKSIAT LEBIH DARIPADA KEBAIKAN/IBADAT?
    9 months ago
  • A Mum Of Three Mohd
    Infeksi Saluran Kemih (ISK): Penyakit Sepele yang Bisa Berbahaya Bila Diabaikan
    10 months ago
  • : Cina Islam | 2016 : (林川興)
    Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
    1 year ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • MUTALIGAT ...Telus dan Tepat
    UMNO TAK PERNAH UGUT BERI KATA DUA KEPADA SAYA - ANWAR
    2 years ago
  • ~penarik beca
    Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
    2 years ago
  • Anwar Ibrahim
    Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
    2 years ago
  • Tukar Tiub
    RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
    3 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    4 years ago
  • Shamsul Iskandar Mohd Akin
    Sidang Nadi Rakyat akan jelajah negeri, daerah – Shamsul Iskandar
    4 years ago
  • SEDAKA Sejahtera™
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • Na'im Nik'mat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • edyesdotcom
    Nasihat PM Kepada YDPA Untuk Darurat Adalah SALAH - DSAI Mulakan Semakan Kehakiman!
    5 years ago
  • AdukaTaruna
    Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • Tulahan
    Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi
    6 years ago
  • labun KulupSakah...
    Bapak ayam
    7 years ago
  • (`•.¸ ♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)
    7 years ago
  • Blog-list Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    8 years ago
  • steadyaku47
    AG designate
    8 years ago
  • RAKYAT MARHAEN
    NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
    8 years ago
  • Gerakan Anti Najib/Rosmah
    PRU14 : Betapa Cepatnya Masa Berlalu
    8 years ago
  • MOUNTDWELLER
    We are not Germany, say lawyers over Anti-Fake News Bill
    8 years ago
  • N45 Dr Halimah Ali
    Pendidikan bukan perkara main main
    8 years ago
  • Kosmo Online
    Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
    8 years ago
  • Kelab Greenboc
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • :: albanjari online | 2013
    hello blog.
    8 years ago
  • Panglima 7
    Cara Bangun Untuk Bertahajjud.
    9 years ago
  • Abdul Wahab Arbain
    Biji Benih Pokok Ulam Jarjir
    9 years ago
  • Dhana Arsega/戴安娜
    Tahun Baruan Lagi yuk..!
    9 years ago
  • Ajijoi
    Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru
    9 years ago
  • Kerajaan Rakyat
    Zakat Fitrah dan ‪‎kemiskinan‬ kota
    10 years ago
  • Pemuda PAS Wangsa Maju
    Sama tapi serupa!!!
    10 years ago
  • Manjung Mari
    Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
    10 years ago
  • ZAKRI ALI
    Anak Nik Aziz Sertai Amanah
    10 years ago
  • :: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::
    Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh
    10 years ago
  • kamisokongpas | O |
    ANALISIS : UMNO KEDAH TERSUNGKUR PRU 14
    10 years ago
  • Karat E-jau
    10 years ago
  • p y a n h a b i b
    Catatan 16 September 2015
    10 years ago
  • Telok Bakong Online
    Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi jadi TPM
    11 years ago
  • Tinta Muallimah
    Niqab Atau Tidak Berniqab
    11 years ago
  • موقع قولوها
    الدولة الإٍسلامية / المركز الإعلامي لولاية نينوى يقدم الإصدار المرئي - عام على الفتح
    11 years ago
  • shalehudin
    Inexpensive Bedroom Makeover Ideas
    11 years ago
  • TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
    Lagi Pencalonan Untuk TG Hj Abd Hadi Dan Tuan Ibrahim
    11 years ago
  • ANAK SENGAT
    TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…
    11 years ago
  • Manjadda wajada
    Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng
    12 years ago
  • Apadianie...
    Senja Nan Merah
    12 years ago
  • Cikgu Mala
    Program Menanam Anak Pokok Bakau di Pantai Telok Kerang ,Persisiran Pantai Pontian Memupuk Rasa Cintakan Alam Sekitar.
    12 years ago
  • muhdnurmanuty
    Isu PRK DUN Kajang
    12 years ago
  • KEDAH ONLINE
    Hukum Beri 'SALAM', 'AKUM', 'ASKUM',..'ASKRIM!' - Ustaz Azhar Idrus
    12 years ago
  • ANAK MUAALLAF
    Polemik Kalimah ALLAH
    12 years ago
  • Pulakdah!
    LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera
    12 years ago
  • :: @ AL-BAKISTANI @ ::
    [KETAWA] RUGI DUNIA n AKHIRAT SIAPA YANG TAK TENGOK
    13 years ago
  • CCCHECKMATE
    Najib dgn KUDA STYLE
    13 years ago
  • misbahul munir
    PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
    13 years ago
  • Briged Al-Akhdor LR2
    TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG
    13 years ago
  • From Perak With Love
    Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat
    13 years ago
  • Kamparin
    RUKUN HAJI
    13 years ago
  • wartamaya
    Antara madet dan setan
    13 years ago
  • peguampas
    UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
    14 years ago
  • Dewan Pemuda PAS Sarawak » JK Tebatan Banjir serah memo pada menteri
    ARE YOU READY!!!!!
    14 years ago
  • SINGAMARAJA
    14 years ago
  • ! BUJANG SUSAH !
    14 years ago
  • PRO REFORM
    Acheh Digegarkan Gempa Bumi 7.1 Skala Richter
    14 years ago
  • ADA BERANI KE
    Derita Budya Darat
    15 years ago
  • Bicara Nukilan Siti Aishah
    Try
    15 years ago
  • Dato' Hj Mahfuz Omar
    TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
    15 years ago
  • alhusseyn[2]
    MAKLUMAN PENTING UNTUK PENGUNJUNG
    15 years ago
  • Srikandi Keadilan
    SRIKANDI BIDAS IDEA DANGKAL KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
    16 years ago
  • Zaid Ibrahim
    Utusan dah start dah….
    16 years ago
  • MARTOIRIAT- NEGARA KITA UNTUK KITA
  • Pak Long Din
  • akhbar kompas jakarta - Yahoo! Search Results
  • pakatan rakyat vs barisan nasional
  • Ar Rayah World News
  • The Malaysian Insider
  • الكويتيون يقترعون.. وتوقعات بفوز كبير للإسلاميين
  • al-brangi
  • ek-ele
  • HarakahDaily.Net
  • Kaki Sembang - Google+
  • Kari Ngeri Blog
  • Perisik Rakyat®
  • IkutSukaAku - Isa
  • Addin
  • Malaysia Today - Your Source of Independent News
  • Media Perak
  • sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/
  • Fakulti Siyasah Syar'iyah
  • al-banjari online 2009
  • cikgupj.blogspot.com/terima
  • Malaysiakini
  • BRIGED MP SEGAMBUT
  • Detikdaily

Labels

  • Ulasan (1)

Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH D PECAT DARI UMNO

karangan ~PakKaramu~ on 12/03/2015
/ Comments: (0)

Isu pemecatan: Ku Nan jawab Hamidah
NIZAM ZAIN
3 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services2
Isu pemecatan: Ku Nan jawab Hamidah
Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung Umno 2015 di Auditorium Umno, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya sudah menghantar surat rasmi pemecatan kepada bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman. 
 
Sehubungan itu, katanya Hamidah bukan lagi perwakilan dan beliau tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang bermula 8 hingga 12 Disember ini.

“Dah hantar surat (kepada Hamidah)... dia ini macam Saifuddin jugalah… kita dah hantar surat, dia kata tak terima surat, surat dah hantar.

“Saya dah hantar surat.. dan dia bukan perwakilan," katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno mentadbir macam pasar, kata Hamidah]

Beliau mengulas dakwaan Hamidah semalam bahawa beliau masih belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya.

Hamidah berkata, selagi belum mendapat surat pemecatan itu, beliau masih lagi anggota parti.
Minggu lalu, Umno memecat Hamidah kerana kelantangannya mengkritik presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hamidah berkata, beliau masih keliru berhubung soal pemecatannya kerana hanya diminta untuk menjawab surat tunjuk sebab kerana berada pada majlis bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun katanya, mengikut perlembagaan parti beliau sepatutnya dipanggil oleh Lembaga Disiplin Umno.

Sementara itu, menyentuh Perhimpunan Agung Umno minggu depan, Tengku Adnan juga berkata pembahas dinasihatkan tidak menyentuh isu sensitif kaum lain.

“Walaupun kita tahu perhimpunan parti-parti komponen BN yang lain ada menegur masalah-masalah Umno, Melayu dan sebagainya, tetapi dikawal.

“Kita minta mereka jangan mengeluarkan perkataan yang menyakiti hati orang lain di kalangan ahli Umno sendiri dan juga masyarakat Malaysia," jelasnya.

Ditanya tentang usul mesyuarat agung itu, Tengku Adnan berkata lagi, tiga usul sahaja yang diterima iaitu ekonomi, agama dan pendidikan.

"Saringan yang kita lakukan boleh dikatakan 90 peratus membabitkan ekonomi, pendidikan dan agama.

“Jadi ini yang kita bentang, lain usul tak ada kita terima," katanya lagi.

NAJIB KENA PANGGIL JUGA

karangan ~PakKaramu~
/ Comments: (0)
Isu RM2.6b, SRC: SPRM muktamad tarikh panggil PM
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
3 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0
SPRM
SPRM
 
SHAH ALAM - ‎Wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Pejabat Perdana Menteri hari ini bagi memuktamadkan tarikh mengambil keterangan daripada  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion. 
 
Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sebarang perkembangan berkaitan perkara itu akan dimaklumkan kelak.

"SPRM akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa," petik kenyataan itu.

Terdahulu di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili perdana menteri untuk menjawab persoalan mengenai dana RM2.6 bilion.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu, ketidakhadiran Najib ke Dewan Rakyat adalah kerana atas nasihat Peguam Negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu RM2.6b: Azalina jawab kenapa Najib tak muncul]

PAS PERLU SENDIRIAN

karangan ~PakKaramu~
/ Comments: (0)

Pas Johor pertahan kerusi ditandingi
MOHD FIRDAUS YON
3 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0
Pas Johor pertahan kerusi ditandingi
Adun Puteri Wangsa, Abdullah Husin bersama Mahfodz (kanan) ketika sidang media.
 
JOHOR BAHRU - Pas Johor bertekad untuk mempertahankan semua kerusi yang ditandingi termasuk empat kerusi dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu iaitu Sungai Abong, Maharani, Puteri Wangsa dan Parit Yaani pada PRU ke-14 akan datang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, melihat senario politik Johor pada masa kini, pihaknya optimis akan mempunyai lebih peluang di beberapa kerusi yang ditandingi oleh DAP seperti Dun Tangkak, Yong Peng, Johor Jaya, Stulang, Pengkalan Rinting dan Pekan Nanas selain kerusi Parlimen Labis, Bakri dan Tanjung Piai.

Beliau berkata, Pas negeri turut tidak menolak kemungkinan akan bertanding kerusi PKR kerana tiada jawapan selepas parti berhubung dengan pihak mereka untuk sesi suai kenal.

“Kerusi dimaksudkan adalah Dun Bukit Naning, Semerah, Layang-Layang, Kahang dan Tanjung Puteri selain Parlimen Segamat, Sekijang, Ledang, Muar, Sri Gading, Batu Pahat, Tebrau, Pasir Gudang dan Johor Bahru,” katanya pada sidang media, semalam.

Ditanya sama ada Pas Johor bersedia untuk bersendirian pada PRU akan datang, Mahfodz memberitahu parti itu sudah bersedia untuk bergerak sendirian jika berkemungkinan tiada lagi kerjasama dengan PKR.

“Kini kami sedang mengenal pasti kerusi yang boleh dimenangi tambahan pula, calon Pas sendiri ramai, ia termasuk ahli Pas sendiri dan rakan dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

“Kami sudah ada fokus sasaran malah dengan bersendirian, kita mungkin boleh tambah beberapa kerusi lagi. 

"Bagaimanapun, kami optimis PKR masih bersama dengan Pas sekali gus tidak akan bertanding tiga penjuru melibatkan Pas-PKR,” katanya.

Selain itu, katanya, setiap kawasan di negeri ini sudah diminta untuk mengemukakan dua atau tiga individu yang dikenalpasti sebelum dipilih sebagai calon Pas pada PRU akan datang.

“Kita jangka semua kawasan dapat beri nama seperti diminta menjelang hujung Januari ini,” katanya.
Mahfodz turut memberitahu, Pas Johor sedang memperkasakan organisasi di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi PRU ke-14.

Katanya, beberapa program sudah dijalankan bagi tujuan itu antaranya seminar, konvensyen, retreat, Liqa’ fikri dan pembinaan kepimpinan serta organisasi di semua peringkat.

“Ini termasuk retreat jentera pilihanraya, konvensyen sekretariat, seminar organisasi dan keahlian, seminar kefahaman kepimpinan, retreat Pas Johor serta program-program lain di peringkat kawasan.

“Untuk memastikan pemerkasaan parti berterusan, pimpinan tertinggi parti akan turun ke kawasan-kawasan mulai Disember ini, untuk meningkatkan lagi gerak kerja organisasi bagi menghadapi pilihan raya,” katanya. 

Menurutnya, fasa seterusnya adalah memperkasakan penerangan di seluruh peringkat dan meraih sokongan massa supaya Pas Johor menjadi satu-satunya pilihan masyarakat untuk menggantikan Umno di negeri ini.

PAS JANGAN LAYAN FITNAH, JIKA RASA TAK BETUL SAMAN JE

karangan ~PakKaramu~
/ Comments: (0)
Pas tidak bawa agenda militan IS
Wartawan Sinar Harian
3 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0
Pas
 
KUALA TERENGGANU – Pas tidak pernah membawa agenda Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) malah parti yang sudah sekian lama berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 1951 itu mengambil pendekatan demokrasi sejak sekian lama. 
 
Pesuruhjaya Pas Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, Pas juga pernah memecat salah seorang ahlinya yang juga bekas pemimpin Pas, Lotfi Ariffin yang sebelum ini terlibat dalam perjuangan di Syria dan telah meninggal dunia.

“Tujuan pemecatan beliau (Lotfi Ariffin) kerana kita di peringkat kepimpinan telah dimaklumkan supaya tidak terlibat dengan keganasan. Isu Pas terlibat dalam IS ini timbul selepas Mat Sabu keluar Pas. Mengapa kini baru mahu timbulkan isu ini?

“Setakat ini tiada ahli Pas yang terlibat dalam IS, hanya seorang sahaja," katanya ketika ditemui selepas Sidang Dun bagi mengulas tuduhan yang dilemparkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menerusi kenyataan yang disiarkan media tempatan baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan liar Presiden Amanah itu, Satiful Bahri berkata, kenyataan mengenai wujudnya budaya ‘takfiri’ atau isu pengkafiran tidak timbul.

“Isu ini tidak timbul dalam Pas, kalau dulu ini hanyalah ‘point’ yang digunakan Umno untuk mengata Pas, kini kita nampak apa yang dikatakan oleh Mat Sabu terhadap pas adalah lebih teruk dari yang dikatakan oleh Umno.

“Pas tidak pernah kafirkan sesiapa, Pas hanya menggariskan batas-batas Islam dan kufur, buat begini kafir, buat begini kufur, buat begini munafik. Itu sahaja, tak timbul kita label sesiapa sebab orang yang boleh kata macam itu hanya pihak yang mempunyai kuasa sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, Pas juga boleh mendakwa sama ada Presiden Amanah itu Ahli Sunnah Wal Jamaah atau sebaliknya.

“Kita juga boleh nak dakwa Mat Sabu sendiri sama ada dia ni betul ke tak ahli sunnah wal jamaah sebab kita jelas berpegang pada prinsip dan mazhab itu,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Sabu mendedahkan antara punca Amanah ditubuhkan kerana bekas partinya Pas sudah diresapi pemikiran Isis.

Beliau yang juga presiden kepada Amanah menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran IS yang menyebabkan suburnya budaya ‘takfiri’ dalam Pas.

BILA ZAHID TOLONG JAWAB, HANGPA BOLEH BUAT APA ?

karangan ~PakKaramu~ on 12/02/2015
/ Comments: (1)

Zahid tolong Najib jawab isu derma RM2.6 bilion
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
3 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil menjawab persoalan mengenai derma RM2.6 bilion kepada Dewan Rakyat. 

Meskipun dibantah beberapa ahli Parlimen pembangkang yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menjawab isu itu kerana dana itu melibatkan akaun peribadinya, namun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak.

Menurut Pandikar, beliau telah membuat pertimbangan dan tidak membenarkan perbahasan atau pertanyaan diajukan pada sesi penjelasan isu itu.

Dalam jawapan ringkas itu, Ahmad Zahid mengulangi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib bukan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katany, SPRM juga telah mengenal pasti penderma dana politik RM2.6 bilion itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang yang mengatakan derma atau pembiayaan politik perlu diisytiharkan dan tidak mengharamkan derma untuk kegunaan politik.

"Saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa dalam sistem demokrasi amalan menerima dana politik dibenarkan kepada parti-parti politik termasuk pembangkang.

"Janganlah mana-mana pihak menuding jari dan berpura-pura tidak memerlukan dana politik kerana dalam sistem demokrasi derma politik bukan perkara baru," katanya.

Beliau turut mendakwa pembangkang menolak cadangan Najib pada 2009 agar pembiayaan politik dikawal selia.

"Sehingga kini tidak ada undang-undang khusus dalam negara untuk menguruskan pemberian pembiayaan dana politik," katanya.

MAINAN POLITIK RAKUS MENGAJAR PAS MENJADI LEBIH MATANG

karangan ~PakKaramu~
/ Comments: (2)
PAS MUNGKIN TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN MANA-MANA PARTI SELEPAS PRU 14. ADALAH TERLALU BODOH UNTUK PAS MENERIMA  APA JUGA BENTUK KERJASAMA SELEPAS PILIHANRAYA SAMA ADA MENANG ATAU KALAH. BEKERJASAMA SELEPAS PILIHANRAYA SUATU SIKAP YANG HANYA DAPAT DINILAI SEBAGAI POLITIK DITEPI JALAN, IA TIDAK AKAN KEKAL DAN DIDALAM ISLAM  TIDAK ADA BERPOLITIK CARA INI - Pak Karamu


Pakatan Harapan atau Pas hanya selepas PRU14

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

3 Disember 2015

Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0
PKR
SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), PKR akhirnya bakal memilih antara Pas atau Pakatan Harapan berdasarkan pencapaian parti masing-masing.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berkata, strategi yang diambil PKR hari ini hanya bersifat sementara yang tidak dapat bertahan untuk tempoh yang lama.

“Sekarang ini hanya strategi sementara PKR untuk mereka menghadapi PRU nanti untuk melihat apa kekuatan sebenar parti-parti yang ada ini. Sebab itu dalam beberapa aspek kita lihat PKR akan kerjasama dengan PH tapi pada masa sama ada kesinambungan dengan Pas.

“Boleh dikatakan, sekarang ini PKR beli masa untuk menilai sebelum memilih. Selepas PRU14, PKR akan lihat berapa nombor blok pembangkang yang tinggal. Kemudian baru boleh buat pilihan,” katanya kepada Sinar Online.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tak sependapat bukan semestinya kena putus‎]

Pada kongres PKR baru-baru ini, perwakilan-perwakilan parti itu lantang menyatakan pandangan agar PKR tetap meneruskan kerjasama dengan Pas walaupun parti Islam itu tidak lagi dalam pakatan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan.

Menurut Mohd Fuad, meskipun Amanah dilihat sebagai pengganti Pas dalam blok pembangkang, namun PKR juga pasti sedar kapasiti parti serpihan itu tidak mampu menandingi Pas.

“Dari segi akar umbi, jentera, jumlah pengikut, pengalaman dan macam-macam lagi.

“PKR cuba mengimbangi kedua-dua parti. Menjalin kerjasama dengan Amanah dan DAP tapi tak boleh tinggalkan Pas,” katanya.

Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sebarang perubahan kerjasama dalam Pakatan Harapan perlu dibuat segera bagi memberi ruang kepada parti dan penyokong menyesuaikan diri sebelum PRU.

“Isu ini agak kompleks tapi PH perlu buat keputusan segera. Pakatan Harapan perlu memikirkan masa depan sekiranya bersama Pas atau tidak. Pada saya lebih baik bersama Pas.

“Jika perubahan dibuat pada saat-saat akhir ia hanya akan beri kesan buruk,” katanya.

Jelasnya, mana-mana keputusan parti pembangkang itu akan memberi kesan kepada sokongan pengundi.

“Ada dua tahun lagi untuk tarik sokongan. Sekiranya ketepikan Pas, Pakatan Harapan akan menyaksikan sokongan luar bandar terjejas.

“Pas pun tidak bolehlah baik dengan Umno kemudian dengan PKR pun baik. Nanti orang tuduh Pas parti oportunis,” katanya.

SAYA TIMBALAN PRESIDEN LAGI

karangan ~PakKaramu~
/ Comments: (0)

'Saya hadir PAU tapi sebagai 'tunggul''
ATIRAH HASLI
2 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services1
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir pada Perhimpunan Agung Umno bagaimanapun beliau tidak akan berucap dalam himpunan tersebut. 
 
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

‪"Insya-ALLAH, saya Timbalan Presiden lagi. Saya nak berucap, tetapi tidak boleh berucap. Malah tidak boleh terlibat dalam penggulungan. Hanya duduk di atas pentas sebagai tunggul.‬

‪"Orang lain boleh bercakap, saya tidak boleh bercakap. Timbalan Presiden tidak boleh bercakap," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi sokongan moral kepada sembilan ketua cawangan Bahagian Telok Kemang Negeri Sembilan yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Kenapa kami dilarang cakap demi kepentingan Umno']

Muhyiddin yang disingkirkan dari Kabinet pada Julai lalu turut berkata, apa yang berlaku di dalam Umno ini membuktikan bahawa ruang demokrasi di dalam parti itu semakin terkubur.‬

‪"Akar umbi Umno hari ini nak tunjukkan jika Timbalan Presiden tidak boleh bersuara, bermakna akar umbi juga tidak dibenarkan bersuara," ujarnya lagi.‬

‪Jelas Muhyiddin lagi, beliau sendiri masih sayangkan Umno malah tidak mahu dipecat.

Namun katanya, sekiranya parti sudah memutuskan, beliau akur dengan keputusan itu.‬‎

‪"Walaupun saya tidak mahu diri saya dipecat, tetapi jika mereka nak hukum saya, saya sedia terima," ujarnya lagi.

ADA YANG SEMAKIN MENYINGA

karangan ~PakKaramu~
/ Comments: (1)

Undi tolak Bajet sia-sia, kata Wan Azizah
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
2 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0
Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah
 
KUALA LUMPUR - Tindakan memboikot Bajet 2016 di peringkat Jawatankuasa adalah satu perkara sia-sia, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
 
Beliau berkata, pihaknya tidak berminat untuk meneruskan usahanya sebelum ini kerana yakin perkara itu tidak akan berjaya.

"Sebenarnya kita tak bincang untuk tolak (Bajet 2016) hari ini. Jadi kalau ramai tidak datang kami jangka sia-sia, kami fokus benda lain.

"Kami tahu ia tidak akan berjaya, kami pernah cuba, jumlah kami juga tidak mencukupi," katanya.
Pada Selasa, Dewan Rakyat meluluskan Bajet 2016 bagi peringkat Jawatankuasa tanpa sebarang undi belah bahagi yang diusulkan pembangkang.

Perbahasan yang dipengerusikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee itu memutuskan Bajet 2016 bernilai RM267.2 bilion itu diluluskan apabila lebih suara menyokong.

Pada 16 November lalu, Bajet 2016 diluluskan pada peringkat dasar dengan undian belah bahagi apabila Pakatan Harapan membuat cubaan menolak bajet tersebut.

Tunggu esok atau apa boleh buat ?

karangan ~PakKaramu~
/ Comments: (0)

Isu RM2.6b: Kenapa Najib kena tunggu esok?
ATIRAH HASLI
2 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0
Najib Tun Razak
Dato' Seri Najib Tun Razak
 
 
KUALA LUMPUR - "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai banyak peluang untuk menjelaskan isu RM2.6 bilion yang menjadi tanya tanya seluruh rakyat negara ini, namun mengapa esok baru beliau mahu jelaskan?". 
 
Demikian persoalan yang dibangkitkan bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman apabila Jabatan Perdana Menteri (JPM) memutuskan semua persoalan mengenai isu dana RM2.6 bilion hanya akan dijawab di Parlimen esok.

"Saya tidak letak harapan tinggi pada Najib. Beliau mempunyai banyak saluran (sebelum ini) untuk bersuara, kenapa baru esok baru nak jelaskan?

"Lainlah macam kami, kami susah mahu dapat liputan. Nak kena panggil media dulu baru boleh bercakap," kata Hamidah dalam wawancara bersama Sinar Online di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dipetik sebagai berkata, JPM memutuskan agar semua persoalan berkaitan isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri itu dikumpulkan dan dijawab pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.

"Sekiranya perdana menteri menjawab hari ini dan esok satu lagi soalan dan kemudian satu lagi soalan, maka ini tidak akan berakhir," ujar Azalina.

Namun ketika ditanya sama ada Najib akan menjawab soalan-soalan itu pada hari tersebut, Azalina berkata: "Sama ada perdana menteri atau sesiapa sahaja dari JPM akan menjawab...ia masih prerogatif perdana menteri."

PAS JANGAN MEMBEBEL, SAMAN JE PUAK JAHANAM TUH

karangan ~PakKaramu~
/ Comments: (0)

Mat Sabu terdesak hendak selamat karier politik
2 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
KUALA LUMPUR - Tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang mendakwa Pas diresapi ideologi militan I.S atau pengganas Daesh adalah langkah terdesak bagi mengembalikan karier politiknya yang kini ibarat telur di hujung tanduk.   
 
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Mohamad atau Mat Sabu sudah tidak ada modal untuk menjatuhkan Pas sejak beliau keluar daripada parti itu dan membentuk Amanah.

Selepas krisis perpecahan ini (Pas-Amanah), semua tahu bahawa Pas kekal dengan dasar dan polisinya, dan parti serpihan ini (Amanah) pula terpaksa mencari hujah, yang bagi saya terlalu mudah ditolak bukan oleh Pas saja, bahkan oleh rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Isu IS: Mat Sabu diminta kemuka bukti]   

"Isu takfiri (mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan) ini adalah hujah pada tahun 80-an yang pernah digunakan Umno, tapi sekarang Umno juga sudah tidak menggunakan hujah itu kerana mereka tahu Pas membawa Islam sebenar.

"Dia (Mat Sabu) nak buktikan, buktikanlah, tapi saya yakin dia tidak mungkin dapat buktikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.   

Nik Mohamad Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Mat Sabu bahawa Pas diresapi ideologi IS hingga tersubur budaya takfiri selain menjadi punca tertubuhnya Amanah.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh berkata Pas tidak pernah menyokong perjuangan bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Mohd Lotfi Ariffin yang menyertai kumpulan itu di Syria hingga terkorban.

"Kita tidak tahu pemergiannya ke Syria. Anggota dan parti sendiri tidak pernah sokong. Walaupun kita menolak rakyat Malaysia berjuang ke sana kerana itu bukan polisi Pas, saya dan ahli Pas mendoakan supaya perjuangan dia diterima.

"Itu benda biasa, orang Umno meninggal, kita doakan, orang Pas meninggal, orang Umno doakan, itu untuk orang mati, kita doakan sesama Muslim supaya diterima oleh ALLAH," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Mat Sabu itu, bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata dia tidak pernah mendengar kewujudan anggota Pas yang terlibat dalam ideologi militan itu sepanjang beliau menjadi anggota parti tersebut.    

"Ini adalah perkara baharu dan pihak yang menuduh (Mat Sabu) serta polis perlu membuktikan dakwaan itu sama ada benar atau sebaliknya," katanya. - Bernama

PAS PERLU SAMAN TENAT DENGAN MAT SABU

karangan ~PakKaramu~
/ Comments: (0)

Isu IS: Mat Sabu diminta kemuka bukti
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
2 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
SHAH ALAM -‎ Pas  memandang serius pertuduhan yang dibuat oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
 
Katanya, tuduhan itu sangat  serius walaupun Pas telah membuat pelbagai kenyataan dan kritikan terhadap sebarang bentuk keganasan atau ekstremis atas nama agama Islam.

"Pas  tegaskan tiada sebaran unsur atau penyusupan pemikiran ISIS sebagaimana yang didakwa. Beliau mesti mengemukakan bukti di atas pertuduhan tersebut.

"Pas menganggap pertuduhan ini hanyalah  alasan membenarkan tindakan mereka untuk menubuhkan parti baru setelah keluar dari Pas," katanya menerusi satu kenyataannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mat Sabu semalam yang mengaitkan ideologi Pas kini diserapi pemikiran IS.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata ‎alasan sebenar kenyataan itu ialah kerana  ketewasan mereka dalam muktamar dan sikap tidak menerima keputusan muktamar menjadi punca utama.

Katanya, kalau mereka menang beliau  yakin tiada tuduhan tersebut kerana selama ini pun merekalah yang tampil mempertahankan  parti bila Umno membuat tuduhan sedemikian .

"Kini kita dengar pelbagai tuduhan yang dibuat.  Pada awal mereka menuduh Pas  kerjasama dengan Umno menjadi alasan  tubuh parti baru.

"Kemudian bertukar kepada tuduhan unsur takfiri dan sekarang tuduhan baru iaitu usaha mengaitkan dengan  ISIS. Selepas ini mungkin akan ada pula tuduhan  baru," katanya.

Oleh itu Tuan Ibrahim berkata Pas menggesa Amanah untuk menghentikan  tuduhan  kepada Pas  dan berikan tumpuan  kepada isu yang sedang melanda rakyat.

"Pelbagai isu besar yang memerlukan  perhatian bagi membela pelbagai penyelewengan yang berlaku. Dari membuat tuduhan palsu kepada Pas," katanya.

TERIMA KASIH PRESIDEN PKR (KAK WAN) MENZIARAHI PAK KARAMU

karangan ~PakKaramu~ on 12/01/2015
/ Comments: (5)
BERJUMPA KEMBALI DI LAMAN MAYA, PAK  KARAMU HILANG HAMPIR 2 MINGGU KERANA PANGGILAN AMPANG PUTERI HU,HU,HU. SEKARANG PAK KARAMU SUDAH SIHAT WAL'AFIAT


KAK WAN SEBAGAI SEORANG DOKTOR DAN WAKIL RAKYAT MENZIARAHI BLOGGER PAK KARAMU DI HOSPITAL AMPANG PUTRI 

 
WAN AZIZAH  MEMERIKSA PAK KARAMU

 
DIA MEMANG SEORANG DOKTOR DAN AHLI POLITIK YANG PRIHATIN

 
PAK KARAMU  BINCANG SIKIT ISI KITAB JALAN PULANG DUA  KARANGAN PAK KARAMU DENGAN PRESIDEN PKR

 
PAK KARAMU TUNJUKKAN SESUATU KEMUDIAN HADIAHKAN KITAB TU KEPADA   WAN AZIZAH

DIKESEMPATAN INI SAYA MENGUCAPKAN JUGA TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENGUNJUNGI PAK KARAMU DI AMPANG PUTERI

KAJI KEWUJUTAN PARTI AMANAH, KEMUDIAN DEDAH

karangan ~PakKaramu~
/ Comments: (0)
'Kenapa baru sekarang Mat Sabu bersuara?'
Wartawan Sinar Harian
2 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services2
Ahmad Yunus Hairi
 
 
SHAH ALAM - Kenyataan Mohamad Sabu menuduh  Pas dipengaruhi IS hanyalah persepsi buruk semata-mata, tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. 
 
Ahmad Yunus berkata, kalaulah fahaman ekstrem itu sudah wujud dalam Pas sebagaimana tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, mengapa baru sekarang beliau bersuara? 

“Kalau sudah wujud sejak empat lima tahun lalu, ketika masih dalam Pas kenapa tak pernah bersuara? (Mengapa) sekarang baru nak cakap?," soalnya.

Apa yang jelas, kata Ahmad Yunus, pimpinan Pas sendiri menolak IS. Justeru, tidak timbul isu parti itu dipengaruhi fahaman melampau kumpulan tersebut. 

"Tidak ada asas langsung,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Wakaf bagi projek pembangunan perumahan usaha sama antara Perbadanan Wakaf Selangor dan Nada Sepakat Corporation Sdn Bhd, di Seksyen 30, di sini, semalam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi itu juga menegaskan, Pas tidak terlibat dengan kumpulan militan dan jika ada ahli yang menyertainya, itu di luar kawalan parti.

“Amanah cuba timbulkan persepsi negatif seolah-olah Pas dilihat menyokong IS. Kalau nak siasat pun perkara itu tidak wujud.

“Tapi terpulanglah kepada mereka, kita tak boleh halang manusia bercakap. Lagipun beliau dah lama dalam Pas, baru sekarang keluar, dah tuduh macam-macam,” katanya.

Terdahulu Mat Sabu mendedahkan antara punca Amanah ditubuhkan kerana bekas partinya Pas sudah diresapi pemikiran IS.

Beliau menuntut pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci ke atas penyusupan pemikiran melampau yang menyebabkan suburnya budaya 'takfiri' (mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan pemikiran) dalam Pas.

KAJI LATAR BELAKANG MAT SABU DALAM POLITIK NEGARA

karangan ~PakKaramu~
/ Comments: (4)
Penganlisis: Kenyataan Mat Sabu tidak cermat
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
2 Disember 2015
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services1
Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
 
SHAH ALAM - Penganalisis politik tempatan dan antarabangsa, Dr Maszlee Malik semalam menegur Presiden Parti Amanah Negara(Amanah), Mohamad Sabu berhubung kenyataannya yang mengaitkan Pas dengan pengganas IS. 
 
Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menyifatkan kenyataaan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu tidak cermat dan tidak wajar.

"Perlu diakui bahawa walaupun aspirasi Pas untuk menubuhkan negara Islam yang melaksanakan hudud dan juga sikap fanatik ahli-ahli Pas kepada parti mereka lantas bersikap keras terhadap fikrah yang berlainan adalah mirip kepada pendekatan IS, namun Pas dengan jelas menolak perjuangan bersenjata di Malaysia dan juga memilih cara muwajahah silmiyyah (penentangan secara aman) berdasarkan sistem demokrasi.

"Hal ini merupakan garis pemisah utama di antara Pas dengan IS. IS diketahui umum bahawa mereka menolak proses demokrasi malah mengkafirkan sistem demokrasi dan juga sesiapa yang terlibat dengannya. Ini bukanlah sikap Pas semenjak hari pertama ia ditubuhkan sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan, Mat Sabu mendakwa antara punca Amanah ditubuhkan ialah kerana bekas partinya, Pas sudah diresapi pemikiran IS.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Tuduh Pas militan keterlaluan]

Oleh itu, bekas Timbalan Presiden Pas itu menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan ke atas penyusupan pemikiran IS yang menyebabkan suburnya budaya 'takfiri' dalam Pas.

Menurut Dr Maszlee, contoh-contoh yang disebut Mat Sabu tidak boleh dijadikan ukuran untuk  memukul rata bahawa parti Islam tersebut seumpama IS ataupun membawa fikrah IS.

"Tidak dinafikan terdapat segelintir ahli-ahli Pas dan juga sekerat dua pemimpin Pas yang bersimpati kepada IS atau mempunyai fikrah yang cenderung kepada takfiri (mengkafirkan sesama Muslim) seperti IS, namun itu tidak boleh dijadikan ukuran.

"Perlu juga diakui bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berkali-kali menegaskan penolakan beliau terhadap pendekatan ganas IS dan menyeru ahli-ahli Pas agar tidak menyertai IS. Fakta ini perlu diambil kira oleh mana-mana pihak sebelum mereka mengaitkan Pas dengan IS," katanya.

Katanya, Pas mempunyai peranan yang amat penting untuk membendung anak-anak muda Malaysia dari menyertai IS.

"Pas juga perlu dilibatkan oleh pihak keselamatan dan juga kerajaan di dalam usaha mereka membendung pengaruh IS daripada bertapak di bumi Malaysia.

"Pas begitu relevan di dalam meyakinkan para pemuda yang berkobar semangat untuk menyertai IS bahawa mereka boleh sahaja berjuang dengan menyertai Pas dengan mengambil jalan demokrasi dan aman untuk mencapai cita-cita mereka.

"Pihak berwajib dan pihak keselamatan perlu peduli dan peka terhadap peranan yang boleh dimainkan oleh Pas ini," katanya.

Dr Maszlee turut menasihatkan agar Amanah termasuk Mat Sabu lebih cermat dalam isu itu.

"Kenyataan pukul rata yang beliau lakukan itu tidak akan membantu usaha pihak berwajib untuk menanggani isu IS. 

"Bagi pihak Pas juga, mereka hendaklah bersikap lebih pro-aktif di dalam membantu kerajaan dan pihak keselamatan di dalam melakukan kempen anti-keganasan dan anti-IS sebagai sebahagian dari usaha mereka untuk menasihati kerajaan BN dan menjaga keamanan negara," katanya.
Newer Posts Older Posts Home
1
Shout Box
free counters

Snapshot_20090823_18.jpg picture by UmmiAnni

AbnNasution@gmail.com

UMARAK DAGANG

Facebook Badge

Pak Karamu

Create Your Badge

Selamat datang..tinggalkan pesanan anda..


ShoutMix chat widget

Demi Masa....

Tahlil Islamic Clock

My Blog List

  • .
    Golongan ulama bangkit menjawab Hadi
    4 days ago
  • MINDA INTELEK MELAYU
    PRN Johor : Senarai Penuh 56 Calon Barisan Nasional Mengikut Kerusi, Nama dan Jawatan Parti
    2 months ago
  • WarkahDaily Online
    Kerajaan Rancang Larangan Media Sosial Bawah 16 Tahun Mulai Tahun Hadapan
    8 months ago
  • Gerbang Tempur Maya MYKMU
    Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue
    10 months ago
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
    1 year ago
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
    5 years ago
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
    6 years ago
  • ANWAR AL JUBURI
    KOMEN ANDA DIPERLUKAN DI SINI
    6 years ago
  • SEMUT HITAM
    #BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!!
    6 years ago
  • ASPIRASI BANGSA - MASA UNTUK BERSATU!
    PH catat sejarah dividen ASB paling buruk
    6 years ago
  • Panglima Perang Cyber
    PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
    6 years ago
  • Cucu Tok Selampit
    Hendak Kerja, Sertai Armada
    7 years ago
  • bumiyang
    Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya Lebih Bijak!!!
    7 years ago
  • SISI BUKIT
    #YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??
    7 years ago
  • Aspal Putih
    Cara Cek Daftar Pemilih 2019, TPS Lewat HP Dengan NIK-KTP
    7 years ago
  • Libang Libu
    Zaid Ibrahim Terjun Dengan Botol2nya, Biarkan.. biarkan..
    7 years ago
  • IPOHMALAY
    Prostitution in Pakatan Harapan
    7 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    7 years ago
  • Minda Tajdid
    DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT
    8 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Selangor Daily
    Ancient and modern collide, as camel racing enjoys renewed popularity
    8 years ago
  • CroniXsouL
    Things to Do While You Are in Sydney
    9 years ago
  • Berita Utama
    Ketua DHPP, AJK PAS Pusat ucap selamat menyambut Idul Fitri
    9 years ago
  • ~MUMMY ROKIAH
    PERHIMPUNAN AGUNG UMNO- SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI?
    9 years ago
  • MUKA DEPAN
    Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatin
    9 years ago
  • yeopPERAK
    Sudah Ku Tahu
    10 years ago
  • Buaya-Merah
    20 Tips Ampuh Mengatasi Jerawat yang Membandel
    10 years ago
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
    10 years ago
  • KHIDMAT MERU
    Shopping Back To School.
    10 years ago
  • ZULKIFLI BIN NOORDIN
    AL-AQSA MENANGIS DARAH!
    10 years ago
  • GERAKAN TIMUR
    #DEIG: Bimbang GT Bimbang... Engkau Hilang Bawa RM6.7 Billion!
    11 years ago
  • AbangTuah
    SARAWAK REPORT UPLOAD JE FITNAH...BERDUYUN2 PULA YANG JADI TUKANG CANANG
    11 years ago
  • lenggongkite'13.blogspot
    ISLAM BUKAN BONEKA
    11 years ago
  • melayuangkat
    Memperlambat Penuaan Dini
    11 years ago
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
    11 years ago
  • SIASAHKINI.blogspot
    Terbaru!Artis Terkenal Ini Ditahan Polis.Apa Kes??
    11 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
    11 years ago
  • Emas Perak Bangkit
    UMNO dan PAS mesti dileburkan. Ke Arah Politik baru.
    11 years ago
  • Laksamana Jebat
    Pas lah, bukan DAP atau PKR yg teraju PR.
    12 years ago
  • Pendita Kain Singkat
    PRK Teluk Intan: Antara Meneruskan Agenda Negara VS Mengukuhkan Agenda china Dap
    12 years ago
  • zorro-unmasked
    A MESSAGE FOR ALL
    12 years ago
  • r b f
    Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin
    13 years ago
  • Tranungkite Online v11
    Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib
    13 years ago
  • uncleseekers
    Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)
    14 years ago
  • semut dan papan kekunci
    menjelang PRU13 - ibrahim ali rasmi TIBAI [gambar]
    14 years ago
  • Azizi Abdullah
    Novel Terakhir...
    14 years ago
  • IPOH MALI
    Najib bisu ditempelak Nik Aziz
    14 years ago
  • - H a m d a n T a h a -
    15 years ago
  • Kartun Jahanam
    Suara Rakyat Tertindas !!!
    15 years ago
  • TESLAMARIn
    RANKING TESLAMARIN http://teslamarin.blogspot.com
    15 years ago
  • al-brangi Online
    UMNO.....taktik rempuh bawa padah
    17 years ago
  • Malaysia Post
  • Blog Rasmi Dato' Seri Dr. Zambry Abd.Kadir
  • Mobil Terbaru

Tamuku

Wowzio
grab widget • see more

Blog Archive

  • ▼  2026 (37)
    • ▼  August (4)
      • APABILA BERFIKIR PAKAI OTAK
      • LTAT TH DAN KWSP
      • BN AKAN BERTANDING 21 KERUSI DI MELAKA
      • APA DAH JADI NEGERI SEMBILAN?
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2025 (56)
    • ►  December (8)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (3)
  • ►  2024 (70)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (8)
    • ►  February (10)
    • ►  January (7)
  • ►  2023 (153)
    • ►  December (13)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (13)
    • ►  August (9)
    • ►  July (15)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (16)
    • ►  March (19)
    • ►  February (11)
    • ►  January (12)
  • ►  2022 (117)
    • ►  December (13)
    • ►  November (24)
    • ►  October (13)
    • ►  September (8)
    • ►  August (13)
    • ►  July (6)
    • ►  June (7)
    • ►  May (8)
    • ►  April (9)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (7)
  • ►  2021 (124)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (5)
    • ►  September (3)
    • ►  August (12)
    • ►  July (16)
    • ►  June (11)
    • ►  May (10)
    • ►  April (7)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (29)
  • ►  2020 (138)
    • ►  December (13)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (11)
    • ►  August (11)
    • ►  July (8)
    • ►  June (14)
    • ►  May (7)
    • ►  April (7)
    • ►  March (17)
    • ►  February (19)
    • ►  January (13)
  • ►  2019 (208)
    • ►  December (24)
    • ►  November (15)
    • ►  October (6)
    • ►  September (18)
    • ►  August (16)
    • ►  July (22)
    • ►  June (29)
    • ►  May (15)
    • ►  April (15)
    • ►  March (14)
    • ►  February (14)
    • ►  January (20)
  • ►  2018 (282)
    • ►  December (22)
    • ►  November (23)
    • ►  October (28)
    • ►  September (23)
    • ►  August (19)
    • ►  July (39)
    • ►  June (24)
    • ►  May (31)
    • ►  April (19)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (25)
  • ►  2017 (1444)
    • ►  December (20)
    • ►  November (54)
    • ►  October (38)
    • ►  September (59)
    • ►  August (107)
    • ►  July (118)
    • ►  June (123)
    • ►  May (146)
    • ►  April (208)
    • ►  March (184)
    • ►  February (188)
    • ►  January (199)
  • ►  2016 (3070)
    • ►  December (223)
    • ►  November (321)
    • ►  October (230)
    • ►  September (216)
    • ►  August (230)
    • ►  July (249)
    • ►  June (269)
    • ►  May (279)
    • ►  April (248)
    • ►  March (313)
    • ►  February (258)
    • ►  January (234)
  • ►  2015 (3999)
    • ►  December (192)
    • ►  November (118)
    • ►  October (266)
    • ►  September (321)
    • ►  August (463)
    • ►  July (412)
    • ►  June (436)
    • ►  May (395)
    • ►  April (398)
    • ►  March (367)
    • ►  February (325)
    • ►  January (306)
  • ►  2014 (5839)
    • ►  December (326)
    • ►  November (311)
    • ►  October (249)
    • ►  September (412)
    • ►  August (578)
    • ►  July (585)
    • ►  June (401)
    • ►  May (618)
    • ►  April (588)
    • ►  March (847)
    • ►  February (419)
    • ►  January (505)
  • ►  2013 (7906)
    • ►  December (544)
    • ►  November (430)
    • ►  October (432)
    • ►  September (461)
    • ►  August (514)
    • ►  July (674)
    • ►  June (678)
    • ►  May (1030)
    • ►  April (1154)
    • ►  March (772)
    • ►  February (606)
    • ►  January (611)
  • ►  2012 (7471)
    • ►  December (512)
    • ►  November (660)
    • ►  October (798)
    • ►  September (712)
    • ►  August (814)
    • ►  July (731)
    • ►  June (601)
    • ►  May (555)
    • ►  April (516)
    • ►  March (459)
    • ►  February (421)
    • ►  January (692)
  • ►  2011 (6026)
    • ►  December (449)
    • ►  November (432)
    • ►  October (657)
    • ►  September (759)
    • ►  August (700)
    • ►  July (645)
    • ►  June (575)
    • ►  May (553)
    • ►  April (551)
    • ►  March (326)
    • ►  February (155)
    • ►  January (224)
  • ►  2010 (1166)
    • ►  December (82)
    • ►  November (91)
    • ►  October (109)
    • ►  September (90)
    • ►  August (87)
    • ►  July (95)
    • ►  June (83)
    • ►  May (102)
    • ►  April (119)
    • ►  March (163)
    • ►  February (103)
    • ►  January (42)
  • ►  2009 (335)
    • ►  December (8)
    • ►  November (19)
    • ►  October (62)
    • ►  September (67)
    • ►  August (75)
    • ►  July (96)
    • ►  June (8)
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.