Undi tolak Bajet sia-sia, kata Wan Azizah
KUALA LUMPUR - Tindakan memboikot Bajet 2016 di peringkat Jawatankuasa
adalah satu perkara sia-sia, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, pihaknya tidak berminat untuk meneruskan usahanya sebelum ini kerana yakin perkara itu tidak akan berjaya.
"Sebenarnya kita tak bincang untuk tolak (Bajet 2016) hari ini. Jadi
kalau ramai tidak datang kami jangka sia-sia, kami fokus benda lain.
"Kami tahu ia tidak akan berjaya, kami pernah cuba, jumlah kami juga tidak mencukupi," katanya.
Pada Selasa, Dewan Rakyat meluluskan Bajet 2016 bagi peringkat
Jawatankuasa tanpa sebarang undi belah bahagi yang diusulkan
pembangkang.
Perbahasan yang dipengerusikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk
Ronald Kiandee itu memutuskan Bajet 2016 bernilai RM267.2 bilion itu
diluluskan apabila lebih suara menyokong.
Pada 16 November lalu, Bajet 2016 diluluskan pada peringkat dasar
dengan undian belah bahagi apabila Pakatan Harapan membuat cubaan
menolak bajet tersebut.
1 orang berkata:
surat drp ulama dunia tersohor kpd tn guru yg kata penubuhan Amanah tu haram, ada tak? Bila pak karamu nak siarkan??? Ramai dah tertunggu2 ni.....
Post a Comment