Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH D PECAT DARI UMNO

Isu pemecatan: Ku Nan jawab Hamidah
Isu pemecatan: Ku Nan jawab Hamidah
Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung Umno 2015 di Auditorium Umno, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya sudah menghantar surat rasmi pemecatan kepada bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman. 
 
Sehubungan itu, katanya Hamidah bukan lagi perwakilan dan beliau tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang bermula 8 hingga 12 Disember ini.

“Dah hantar surat (kepada Hamidah)... dia ini macam Saifuddin jugalah… kita dah hantar surat, dia kata tak terima surat, surat dah hantar.

“Saya dah hantar surat.. dan dia bukan perwakilan," katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.


Beliau mengulas dakwaan Hamidah semalam bahawa beliau masih belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya.

Hamidah berkata, selagi belum mendapat surat pemecatan itu, beliau masih lagi anggota parti.
Minggu lalu, Umno memecat Hamidah kerana kelantangannya mengkritik presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hamidah berkata, beliau masih keliru berhubung soal pemecatannya kerana hanya diminta untuk menjawab surat tunjuk sebab kerana berada pada majlis bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun katanya, mengikut perlembagaan parti beliau sepatutnya dipanggil oleh Lembaga Disiplin Umno.

Sementara itu, menyentuh Perhimpunan Agung Umno minggu depan, Tengku Adnan juga berkata pembahas dinasihatkan tidak menyentuh isu sensitif kaum lain.

“Walaupun kita tahu perhimpunan parti-parti komponen BN yang lain ada menegur masalah-masalah Umno, Melayu dan sebagainya, tetapi dikawal.

“Kita minta mereka jangan mengeluarkan perkataan yang menyakiti hati orang lain di kalangan ahli Umno sendiri dan juga masyarakat Malaysia," jelasnya.

Ditanya tentang usul mesyuarat agung itu, Tengku Adnan berkata lagi, tiga usul sahaja yang diterima iaitu ekonomi, agama dan pendidikan.

"Saringan yang kita lakukan boleh dikatakan 90 peratus membabitkan ekonomi, pendidikan dan agama.

“Jadi ini yang kita bentang, lain usul tak ada kita terima," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.