Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UBN SEDANG KETAKUTAN ....

Salam,

UMNO yang menerajui BN dan masih menerajui kerajaan pusat sedang dalam keadaan gelisah dan takut kerana kekuatan yang ada pada mereka sekarang sedang luntur dan terhakis sedikit demi sedikit, tiada tanda-tanda yang UBN akan pulih malah mereka bertambah takut dan gentar setiap hari apabila mereka menghadapi kerenah rakyat yang terus bosan dengan sikap kerajaa

Semangat kekuatan UBN sebenarnya berpusat kepada sokongan suku kaum yang besar di Malaysia iaitu melayu,Cina dan kaum India, ketiga-tiga kaun ini sudah di ketahui umum bahawa mereka kebanyakannya sudah menyebelahi Pakatan Rakyat, buktinya kita telah lihat pada keputusan pilihanraya umum ke 12 yang telah lalu yang mana UBN telah hilang 5 buah negeri

BN khususnya UMNO menjadi panik kesan dari keputusan pilihanraya tersebut, sejak dari tarikh tersebut maka mulalha kita mendengar gendang perang yang baru daripada UMNO yang mahukan orang melayu jangan berpecah belah kerana jika berpecah belah maka orang melayu akan merempat di negara sendiri, lalu di ushakanlah perpaduan melayu islam dengan PAS dan ini tidak pula termasuk melayu di dalam PKR

Saranan melayu supaya bersatu ini kelihatan di ushakan dengan cara bersunguh-sunguh namun ianya gagal kerana sikap UMNO yang kelihatan cuba bermain api dan politik, ini kerana mereka cuba menyingkirkan melayu dalam PKR, ini menunjukkan niat UMNO ini sebenarnya tidak jujur terhadap perpaduan orang melayu dan niat jahat mereka mudah di hidu oleh Tuan guru Nik Aziz lalu ianya terbengkalai dan terus gagal

Dalam masa yang sama banyak pilihanraya kecil pada peringkat Parlimen dan negeri telah di adakan dan hasilnya memperlihatkan bahawa rakyat benar-benar telah menolak UMNO dan BN sekalipun kawasan pilihanraya kecil itu di wakili oleh UMNO sendiri, sebagaimana biasa maka berbagai-bagai alasan pula di buat atas kekalahan mereka itu sehinggakan alasan yang di berikan semacam alasan yang tersangat bodoh di utarakan

UMNO yang masih lagi belum pulih dari perpecahan sesama sendiri terus lemah dan cemas kerana ada pemimpin rakan kongsi mereka dari MCA dan MIC telah keluar parti meninggalkan BN dan menyertai PKR, pemimpin ini rupanya mempunyai penyokong yang agak ramai sebab itu kita boleh selidik mereka sekarang sedang berkempen untuk membawa penyokong mereka menyertai PKR demikian juga dengan Gerakan

UMNO bertambah cemas apabila Tengku Razaligh menyeru supaya melayu bersatu, saya rasa seruan Tengku Razali ini adalah seruan yang terakhir sebelum dia akan menyertai PKR sedikit masa lagi dan UMNO akan bertambah hancur, nampaknya UMNO hanya mengharapkan orang melayu Sabah sahaja kerana hanya di Sabah sahaja yang ada UMNO sedangkan Sarawak UMNO telah di tolak oleh rakyat di sana walaupun mereka masih berada di dalam BN

Sekarang para pemimpin UMNO terpaksa bercakap lantang kerana mahu menunjukkan dia masih ada semangat dan semangat inilah yang di harapkan agar rakyat masih meletakkan tempat bergantung kepada mereka namun rakyat pula telah faham bahawa mereka sedang bergantung pada dahan yang sangat rapuh akan tetapi bagi mereka sebenarnya masih lagi ada masa untuk mengaut membuat harta sebelum UMNO benar-benar tumbang

4 orang berkata:

ज्योति सिंह said...

sorry the language is not understood but you visited ma blog is really appriciated. thank you

PAS-PKR-DAPigs said...

Kekuatan PAS sebenar nya ta sekuat mane pun - bergantung haraf kepada DAP dan PKR sahaja.

Di Perak menang cume 6 kerusi aje dah melolong melalak mcm anjing gila babi.

Unknown said...

Salam.. ziarah kembali... wa rasa parti component umnokarat pun berbalah itu sebab mereka giat dok pancing pas. terbaru pergaduhan pemuda umno padang serai. alahai. Thank 2 visit my page really appriciated.

Anonymous said...

Keadaan di Perak amat tidak stabil untuk UMNO BN. Tiga Adun bebas tidak puas hati dengan layanan BN. Begitu juga beberapa Adun UMNO. Mungkin pembubaran DUN Perak lebih baik untuk UMNO BN dan PR.

Inter alia

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.