Salam
Allah berfirman yang mafhunnya:
Kullum Min 'Indillah ! ( Setiap sesuatu itu datang dari Allah )
So What ?
Allah bagi tahu No, no, No UG, No Kebangsaan UG, No Melayu UG, Yes Muslim UG . Yang tak mahu faham,faham tu pasal apa ? Kemudian ada pula yang berkata " Hilang sudah kasih sayang ! alahai ! kasih sayang tu tetap ada TAPI muallapkanlah diri tu terlebih dahulu ! ( Muallap: Cenderung kepada islam ) PAS sudah letih dengan kerenah UMNO, tak perlulah nak sebutkan di sini, sebagi contoh Trengganu dulu apa yang hangpa buat pada kerajaan PAS ? Dan banyak lagi hangpa jawab sendiri la
Nanti ada pula yang gatal mulut berkata " Yang hangpa berkawan dengan DAP tu buat apa ? Bukankah DAP tu Harbi ? Jika demikian yang timbul maka Pak Karamu nak tanya " Yang Guan Eng nak hantar jema;ah haji kat Mekah yang hangpa sekat tu buat apa ? Kerja siapakah yang buat kerja sekat itu ? Kerja Zimmikah atau kerja harbikah ?
Sudah la tu ! mari kita kembali kepada memuallapkan diri kita supaya bertaut kembali kasih sayang daripada hilang sudah kasih sayang ! kita tak perlu membebel dengan membuta babi
BUKA MINDA, JANGAN BUKA OTAK, PAKAI AKAL ! DAN FIKIR !
Tidak ada satu negara umat islam yang aman di dunia ini melainkan mereka bercakara sesama sendiri kerana uamt islam tidak mengislamkan negara mereka. Tidak akan aman sesuatu kaum itu selagi mereka tidak berjuang atas satu dasar iaitu islam ini bererti jika mana-mana kaum yang dasar perjuangannya tidak sama maka janganlah kita mengharapkan unity
Kita lihat bagaimana jadinya negara Palastin yang berketurunan arab, mereka hancur di tengah-tengah negara yang di kelilingi oleh negara arab sendiri oleh Isroil, kerana apa ? Kerana hampir 100 % negara arab mengamalkan semangat kebangsaan arab kerana itu Allah mahu melihatkan kepada bangsa arab itu bahawa hanya islam saja yang akan dapat menyelesaikan masalah umat iaitu dengan UM ( Unity Muslimin ) dan sejarah awalnya telah di perkenalkan oleh khalifah Salahuddin Al Ayubi, (Fahamkan sejarahnya)
Adakah di antara anda masih berdegil mahu mengatakan bahawa sesuatu puak itu akan di selamatkan oleh puak itu sendiri ? Adakah anda mahu menyatakan bahawa negara itu akan selamat kerana negara itu sendiri ? Adakah anda mahu menyatakan bahawa agama akan selamat kerana kaum dan negara ? Bukankah Allah telah memberi tahu bahawa yang menyelamatkan segala alam yang baru ini ialah islam !
Kasih kepada bangsa, negara, keluarga, agama dan sebagainya itu adalah kerana islam dan Allah bukan kerana bangsa,negara, tanah air dan harta benda demikian jaminan daripada Allah, anda mahu nafikan ? Sepatutnya kita kaum yang di berikan oleh Allah akal untuk berfikir kehadapan lebih jauh mampu membuat keputusan dan memilih mana yang benar dan mana yang bathil
Cuba kita lihat dan dengar apa kata kebanyakan pimpinan UMNO dan ahlinya apabila gagalnya rancangan UG ? Mereka membuat ulasan sebagai suara kebanyakan pengikut Abdullah bin Ubai , kenapa ? Anda jawab sendirilah, ini kepada yang faham agama, yang tak faham agama jika mereka di tanya maka lebih baiklah anda bercakap dengan tunggul yang mati
Cuba anda perhatikan dan teliti, apabila azan berbunyi maka anjing akan menyahut seruan azan tersebut Uuuuuuuuuuuu ! tapi ketika itu manusia pula sebok nak buat apa ? Dunia sudah akhir zaman, manusia sudah hidup di zaman penghujung kiamat tapi manusia masih lagi leka dengan memperjuangkan kaumnya, hangpa semua fikir semualah
Kaum hanya bersatu hanya dengan satu dasar iaitu dasar islam, jika hangpa tak mahu juga maka " Lakum deenukum Wali yadeen ! ( Kamu ikutlah cara hidup kamu dan kami ikut cara hidup kami )