Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAMPUNG BARU KAMPUNG MEKAYU ?

Salam

KAMPUNG BARU KAMPUNG MELAYU SELUAS 223 EKAR MUNGKIN JADI KAMPUNG MALAYSIA

Cadangan untuk membangunkan kampung baru mungkin akan terlaksana sekiranya kampung itu di tukar namanya kepada kampung Malaysia dengan memberikan kota kepada bukan bumiputra sebanyak 40%, cadangan ini mungkin datang dari ahli koprat UMNO, demikian pandangan ramai tentang pembangunan kampung baru tersebut

Kampung baru yang berlokasi di tengah-tengah Kuala Lumpur  mungkin di bangunkan dengan bangunan canggih sesuai dengan tempatnya di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur namun apabila ia di bangunkan kelak mampukah orang melayu mengekalkan nama kampung melayu tersebut ? Rata-rata penduduk di situ tidak yakin nama kampung baru kampung melayu dapat di pertahankan

Perdana menteri Malaysia sudah memberikan isyarat awal bahawa kampung baru kampung melayu akan menjadi kampung Malaysia dengan memperkenalkan 1 Malaysia, kemudian kita pula dengar 40%  pembangunan kampung baru akan di peruntukkan kepada bukan melayu ertinya melayu sudah jadi Malaysia, ini semua kerja siapa ? Samalah  dengan negara ini yang pada awalnya bernama tanah melayu kemudian di tukar sebagai negara Malaysia

Kedaulatan melayu sudah tidak ada, yang ada hanyalah kedaulatan Malaysia, kedaulatan ini di harapkan melahirkan  ramai melayu yang menjadi jutawan segera, iaitu jutawan lanun yang  membaham keuntungan dengan cara menggadai maruah orang melayu di situ

Apabila kampung baru di bangunkan tentunya projek di situ akan menelan berbillion RM dan satu pintu kedai mungkin mencecah juta RM, siapa di kalangan orang melayu yang sanggup beli ? Jika adapun yang mampu membeli di kalangan orang melayu adalah orang UMNO kerana orang UMNO ramai yang kaya raya, itupun tidak mengapa lagi,  namun bagaimana kampung melayu yang menjadi kampung malaysia ?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.