Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKAN KES PARTI

Pemuda UMNO dipukul ketika pasang bendera

28/04/2013 11:54pm

TELUK INTAN - Seorang anggota Pemuda UMNO cawangan Kampung Bahagia cedera di pipi kiri selepas diserang sekumpulan lelaki di hadapan masjid Kampung Bahagia di sini. 

Kamaruddin Ahmad, 40, cedera setelah ditumbuk bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki yang memakai baju berlambangkan sebuah parti pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan, Yuzaile Yusuf berkata kejadian itu berlaku 11 malam semalam ketika Kamaruddin sedang melakukan kerja memasang bendera dan poster di bilik gerakan pilihan raya Barisan Nasional. 

Katanya dipercayai kira-kira 50 orang datang secara tiba-tiba dan terus menyerang lapan anggota Pemuda Umno yang sedang melakukan kerja.

Kamaruddin merupakan seorang daripada mangsa yang mengalami kecederaan akibat diserang dalam kejadian yang tidak diketahui puncanya. 

"Kami tidak tahu menahu kenapa mereka menyerang kami yang tidak mengenali mereka,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini malam ini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.