Di
hari-hari terakhir sebelum pembuangan undi, calon MB BN dalam khayalan,
Mukriz Mahathir menerima tekanan demi tekanan. Jika sebaik hari
penamaan calon beliau dikecam oleh para pemimpin BN Kedah yang tidak
terpilih sebagai calon sebagai menggunakan bapak untuk mencatur calon di
Kedah, kini anak bekas PM itu diserang kerana membiarkan abangnya
berniaga arak di Filipina.Orang
kampung, khususnya di Jerlun sudah mula mempersoal tindakan Mirzan
abang Mukhriz yang menjadi pemegang saham syarikat arak San Miguel. Kata
orang kampung, sepatutnya Mahdet dan Mukhriz larang keluarganya
terbabit dengan industri arak, ini tidak depa pun tak larang... macam
redho pun.
Sementara
itu di Jerlun, jentera Pakatan akan menggerakkan kempen besar-besaran
bagi mendesak calon DUN Air Hitam itu menjelaskan isu arak dimana
abangnya sendiri adalah pemegang saham syarikat arak.
|
|
0 orang berkata:
Post a Comment