28 April, 2013
Panas!! 80% Pemimpin Umno Cabut Lari Ke Singapura?
Nampaknya kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) kian hari kian tenat
walaupun baru seminggu tempoh berkempen serta disogokkan dengan projek
haram penghantaran ribuan pendatang asing Bangladesh dan Nepal dari
Sabah dan Sarawak ke Semenanjung yang sudah bermula sejak tiga hari
lalu. Sumber yang rapat dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan
bahawa sebaik sahaja pusat pengundian ditutup di seluruh negara jam 5
petang, hampir 80 peratus pemimpin Umno dan BN sudah bersedia untuk
menyeberang sempadan negara dan 'berkubu' di beberapa hotel mewah di
Singapura.
Menurut maklumat tersebut, pemimpin Umno dan BN ini akan menggunakan
laluan udara dari lapangan terbang di negeri masing-masing kerana
kebiasaanya laluan trafik dari Tambak Johor ke Woodlands dan LinKedua
dari Gelang Patah menuju Tuas di republik itu pada hari Ahad sangat
sesak ekoran cuti hujung minggu di kedua-dua negara.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah memastikan apa saja
keputusan pilihanraya umum diumumkan, sama ada BN menang atau kalah,
mereka sudah berada selamat bersama isteri dan anak masing-masing yang
terlebih awal tiba sambil menekup muka dengan bantal sekiranya tewas
teruk di kawasan masing-masing.
Kesemua mereka akan memperolehi keputusan pilihanraya dari republik itu
berdasarkan maklumat sulit dari sumber polis dan tentera menggunakan
'talian selamat' lebih awal dari yang disiarkan di televisyen dan radio
kawalan rejim mereka sendiri.
Sekurang-kurangnya mereka dikatakan 'terlepas' dari 'tangkapan' yang
kononnya akan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat sebaik sahaja jumlah
kerusi yang dimenangi pakatan itu disahkan melepasi angka 112 sekaligus
membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Sumber tersebut juga memberitahu kakitangan JPM diarahkan supaya tidak
dibenarkan masuk pada hari pengundian iaitu Ahad, 5 Mei dan hari
seterusnya sementara urusan berkaitan kerja yang tidak mustahak atau
kerja lebih masa yang sudah diluluskan, dibatalkan sehingga diberitahu
kelak.
Dipercayai beberapa kakitangan yang rapat dengan bekas perdana menteri,
Najib Razak sedia melakukan apa sahaja pada hari itu termasuk membakar
atau menghapuskan dokumen penting seperti kertas cadangan projek untuk
kroni, laporan kewangan sulit perbendaharaan dan bukti penting kerajaan
persekutuan seperti mana yang pernah dialami kerajaan Selangor apabila
BN tumbang pada awal pagi 9 Mac 2008.
Khir Toyo dan pegawai yang menjadi balacinya dikaitkan dengan pemusnahan
puluhan dokumen penting kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan
Negeri (SUK) di Shah Alam sebaik mengetahui Pakatan Rakyat memperolehi
majoriti mudah 28 kerusi di DUN Selangor.
Berbalik kepada perkembangan pemimpin BN yang cuba melarikan diri ke
Temasek, sumber memberitahu suite eksklusif di beberapa hotel mewah
seperti The Ritz-Carlton Milenia, Hotel Singapore, Marina Bay Sands,
Raffles Hotel dan Mandarin Oriental sudah habis ditempah pada 5 dan 6
Mei, malah ada di antaranya sudah pun habis seawal 3 Mei lagi.
Walaupun pihak hotel terbabit tidak dapat memberikan maklumat lanjut
kerana ia bertentangan dengan polisi dan kerahsiaan tetamu, ia
mengesahkan adanya perancangan pemimpin Umno dan BN untuk lari ke luar
negara melalui Singapura sebelum terbang ke destinasi pilihan di negara
ketiga seperti Australia, United Kingdom atau Amerika Syarikat.
Hasil semakan dalam laman web beberapa hotel bertaraf lima bintang di
republik itu mendapati beberapa bilik mewah sudah penuh ditempah
walaupun cuti persekolahan hanya akan bermula akhir bulan depan.
Pihak kami di Singapura termasuk yang berada di Lapangan Terbang
Antarabangsa Changi dan Lapangan Terbang Seletar memaklumkan mereka
sedang memerhatikan dan memantau pergerakan pesawat peribadi atau jet
mewah yang dilihat mencurigakan yang berada di lapangan terbang tersebut
dan proses tersebut sedang dibuat secara rahsia tanpa diketahui
sesiapa.
Pada 21 Mac lalu, bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi
amaran kepada semua pemimpin BN supaya tidak cuba lari ke luar negara
sebaik keputusan pilihanraya diumumkan berpihak kepada Pakatan Rakyat.
“Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru, Anwar
Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang seluruh
negara supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan ke
mana-mana destinasi,” tegas Setiausaha Agung DAP itu pada majlis
perasmian pusat khidmat rakyat parti itu di Puchong, Selangor.
Senarai operator jet dan pesawat peribadi yang terdapat di lapangan terbang di Singapura.
“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa lari dan bakar fail, PM baru
akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi
tidak boleh terbang sebaik sahaja Pakatan Rakyat diumum dapat tawan
Putrajaya.
“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana
banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran
‘kerajaan baru’ Malaysia,” katanya.
Malah, Naib Presiden PAS, Husam Musa turut membayangkan, pihak istana
akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal
jam 10 malam pada hari pilihanraya nanti.
"Ketika itu, Najib dan Mahathir Mohamad sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.
"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan
gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihanraya PAS
di Kota Bharu pada 18 Disember tahun lalu.
Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap
to Putrajaya' PAS ini para pemberita selepas majlis tersebut selesai.
0 orang berkata:
Post a Comment