Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
PTPTN mansuh pinjaman perwira negara

28 April 2013
ptptn
KANGAR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memansuhkan bayaran balik pinjaman perwira negara, Allahyarham ASP Zulkifli Mamat yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah pada Mac lepas.
  
Pengurus Besar Kanan PTPTN Tuan Din Tuan Mat berkata pinjaman pembiayaan PTPTN dilindungi takaful dan para waris peminjam yang meninggal dunia tidak perlu membuat bayaran balik.
  
Ketika berucap pada majlis penyampaian khairat kematian PTPTN kepada balu Allahyarham Zulkifli, Nor Aziah Noor, 28, di Taman Ira Jaya dekat sini, beliau berkata selain memansuhkan pinjaman Allahyarham berjumlah RM16,250, waris juga menerima wang khairat kematian RM1,500.
  
Allahyarham membuat pinjaman PTPTN semasa melanjutkan pengajian Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian di Universiti Utara Malaysia Kedah.
  
Nor Aziah bersyukur kerana PTPTN memansuhkan pinjaman itu di samping menghulurkan wang khairat kematian.
  
Sepanjang tahun lepas PTPTN menyerahkan tuntutan khairat kematian berjumlah RM877,000 kepada 754 waris peminjam manakala antara Januari dan 31 Mac lepas sebanyak RM124,500 dikeluarkan kepada 92 waris.  - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.