Dakwat kekal: Kesilapan mungkin punca petugas SPR tidak goncang botol
1 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang
pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan
kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara
penggunaan dakwat itu.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan
itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang
telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal
dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak
digoncang.
"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa
setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013
tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama
mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa
yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan tengah malam tadi.
Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013
selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar
melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal
bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan
membasuh jarinya.
Kamaruddin berkata SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis
telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.
Ujian yang dilakukan oleh SPR semalam adalah terhadap pegawai-pegawai
SPR yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka
dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian
yang lain pula dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang.
Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal
sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat
kekal, katanya.
Beliau berkata SPR ingin memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali
ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan
dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari," katanya.
SPR akan mengadakan demonstasi kepada wakil media esok untuk menunjukkan perkara itu. - Bernama
1 orang berkata:
nike air max 2018
michael kors outlet
adidas nmd r1
adidas nmd
adidas stan smith
longchamp
michael kors outlet
lebron 13 low
prada eyeglasses
reebok outlet
Post a Comment