Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Wan Aishah: 'Artis pun boleh berjaya'
Wartawan Sinar Harian
28 April 2013
Aishah
Aishah
JEMPOL - “Dunia politik ada persamaan dengan dunia artis, jika tiba masa dan 'mood' yang sesuai, artis baru pun boleh berjaya. Ini satu peluang baik bagi diri saya kerana 'mood' rakyat ketika ini ialah inginkan perubahan. Jadi saya tak ada masalah bertanding dengan siapa pun."

Demikian menurut calon Pas kerusi Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah.

Aishah bakal berdepan saingannya yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN Parlimen Jempol.

Walaupun mengakui dirinya kurang pengalaman, namun Aishah yakin beliau mempunyai cara tersendiri untuk memenangi hati masyarakat kawasan tersebut.

“Jika ada orang pertikai golongan artis tidak berpengalaman, siapa di antara kita yang benar-benar ada pengalaman?

"Kita kena akui industri hiburan memberi pengaruh besar kepada masyarakat. Jadi medium seni sebenarnya adalah medium yang efektif untuk menyampaikan mesej yang baik," katanya.

Menurutnya, cara beliau juga pasti lebih dekat di hati pengundi kerana menggunakan kaedah beri 'kail'.

"Untuk mengatasi kemiskinan penduduk, kita bukan bantu dengan bagi duit sahaja, tetapi perlu ada pelan pembangunan agar rakyat berdikari dan boleh menjana pendapatan sendiri,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.