Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAJET GULA-GILA KEHIDUPAN YANG SEMAKIN SEMPIT

BAJET YANG DIBENTANGKAN TIDAK AKAN MENGUBAH FIKIRAN RAKYAT UNTUK MENGUBAH KERAJAAN KERANA BAJET YANG DIPERKENALKAN TIDAK MEMBAWA KELAPANGAN HIDUP RAKYAT KERANA BARANG-BARANG KEPERLUAN TERUS MENDADAK NAIK.

-Pak Karamu-

 

Bayaran khas RM1,500 untuk penjawat awam



AddThis Sharing Buttons


Najib Tun Razak
Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama

(Ubah saiz teks) 
 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada  kira-kira 1.6 juta penjawat awam.

Beliau berkata, bayaran itu akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Kerajaan juga tidak lupa kepada pesara kerajaan apabila bakal menerima bayaran khas sebanyak RM750 iaitu RM500 pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri, kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.

Selain bayaran khas, beliau turut mengumumkan beberapa khabar gembira untuk penjawat awam yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan antaranya kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan (time-based) kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.

Beliau berkata, penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima  faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.

Beliau turut mengumumkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari akan dibenarkan digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan  Pendidikan dinaikkan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.

Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod  sepanjang  tempoh  perkhidmatan  bagi menunaikan umrah.

Untuk memberi fleksibiliti, beliau berkata, kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya empat tahun serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.

Najib turut mengumumkan kelayakan cuti bersalin ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

Beliau berkata, penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke  atas dibenarkan pulang lebih awal sejam.

“Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam, syaratnya, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan,” katanya.

Beliau berkata, pembelajaran  sepanjang  hayat  pegawai perkhidmatan awam akan dilakukan dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara dalaman (in-house).

Najib turut mengumumkan kenaikan kadar pencen terendah kepada RM1,000 sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam, dengan  sekurang-kurangnya  25  tahun tempoh  perkhidmatan.

Turut diumumkan ialah pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan.

Najib, dalam pada itu, berkata bagi mereka yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, kerajaan akan meningkatkan sumbangan terhadap caruman kepada 15 peratus tertakluk kepada  maksimum RM250 setahun dalam Skim Persaraan Malaysia, di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Sumbangan ini bermula dari 2018 hingga 2022,” katanya. - Bernama

6 orang berkata:

Anonymous said...

Aik!? Awat pak karam komplen pulak? Tu kan bajet sekutu pas! Bajet tu dibentang presiden umno kan? UMNO PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA (U-PIGS) kan satu gabungan? Jgn la komplen pak karam.

Anonymous said...

Ntah! Pak karam dapat bonus rm750 pun nak komplen lagi ke? Tak reti bersyukur la. Rm750 tu cukup utk beli beras setahun tauu.

Anonymous said...

Umno bn boleh bagi rm1500 utk cikgu. Parti lobai ambik 14 juta dr cikgu.

Apalah wanrosli dan wakilnya ni buat2 tak tau pulak. Itu pun nak tanya lagi

IrWrWs said...

Kalau setakat tuduhan2 kosong tak payahlah tulis kat sini nanti hanya buang masa org yg membacanya..

Kalau nak menuduh juga sila pastikan tuduhan yg dibuat tu ada kredibiliti seperti bukti laporan polis ke laporan sprm ke tuduhan di mahkamah ke laporan jabatan alam sekitar ke macam kat penang tanah runtuh hari tu dll..

Unknown said...

TERIMA KASIH MBAH BUDI HARTONO DULUNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJAAN HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 35 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWAH KONTRAKAN RUMAH 450 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR MBAH DI INTERNET LEWAT MEMBER YANG SUDAH BERHASIL KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA TOGEL DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERIKAN MBAH BUDI HARTONO 4D PUTARAN SGP BENAR2 TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERMA KASIH MBAH BUDI HARTONO SEKARANG KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA JITU MBAH BUDI HARTONO BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KAMI LANSUNG HUBUNGI MBAH BUDI HARTONO DI NOMOR [~085~256~077~899~] TERIMA KASIH INI KISAH NYATA DARI SAYA TAMPA REKAYASA SUPAYA LEBIH DI MENGERTI SILAHKAN BUKA SITUS MBAH

KLIK DISINI RAMALAN DUKUN TOGEL GAIB

vivi hunnie said...

Jangan lupa kunjungi kami juga ya gan

Poker Online
Domino QQ
Domino 99
Capsa Susun
Adu Q
Sakong Online
Bandar Poker
Bandar Q
agen poker
situs poker
dominoqq
domino99
bandarq

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.