BAJET YANG DIBENTANGKAN TIDAK AKAN MENGUBAH FIKIRAN RAKYAT UNTUK MENGUBAH KERAJAAN KERANA BAJET YANG DIPERKENALKAN TIDAK MEMBAWA KELAPANGAN HIDUP RAKYAT KERANA BARANG-BARANG KEPERLUAN TERUS MENDADAK NAIK.
-Pak Karamu-
Bayaran khas RM1,500 untuk penjawat awam
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada kira-kira 1.6 juta
penjawat awam.
Beliau berkata, bayaran itu akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada
awal Januari 2018 dan RM500 dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun
depan.
Kerajaan juga tidak lupa kepada pesara kerajaan apabila bakal menerima
bayaran khas sebanyak RM750 iaitu RM500 pada Januari 2018 dan RM250 lagi
menjelang Aidilfitri, kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika
membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.
Selain bayaran khas, beliau turut mengumumkan beberapa khabar gembira
untuk penjawat awam yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan
antaranya kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan (time-based)
kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas
kenaikan kali pertama.
Beliau berkata, penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan
akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga
umur persaraan wajib.
Beliau turut mengumumkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari akan
dibenarkan digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar
Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada
tujuh hari kepada 10 hari setahun.
Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju
memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh
perkhidmatan bagi menunaikan umrah.
Untuk memberi fleksibiliti, beliau berkata, kerajaan akan menambah satu
lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan
sekurang-kurangnya empat tahun serta memenuhi syarat tertentu, akan
diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja
Fleksi.
Najib turut mengumumkan kelayakan cuti bersalin ditambah daripada 300
hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum
90 hari setahun.
Beliau berkata, penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang lebih awal sejam.
“Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja kerajaan juga
dibenarkan pulang lebih awal sejam, syaratnya, suami dan isteri mestilah
bekerja di lokasi yang berdekatan,” katanya.
Beliau berkata, pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan
awam akan dilakukan dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara
dalaman (in-house).
Najib turut mengumumkan kenaikan kadar pencen terendah kepada RM1,000
sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam, dengan sekurang-kurangnya
25 tahun tempoh perkhidmatan.
Turut diumumkan ialah pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan.
Najib, dalam pada itu, berkata bagi mereka yang bekerja sendiri dan
tiada pendapatan tetap, kerajaan akan meningkatkan sumbangan terhadap
caruman kepada 15 peratus tertakluk kepada maksimum RM250 setahun dalam
Skim Persaraan Malaysia, di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP).
“Sumbangan ini bermula dari 2018 hingga 2022,” katanya. - Bernama
5 orang berkata:
Aik!? Awat pak karam komplen pulak? Tu kan bajet sekutu pas! Bajet tu dibentang presiden umno kan? UMNO PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA (U-PIGS) kan satu gabungan? Jgn la komplen pak karam.
Ntah! Pak karam dapat bonus rm750 pun nak komplen lagi ke? Tak reti bersyukur la. Rm750 tu cukup utk beli beras setahun tauu.
Umno bn boleh bagi rm1500 utk cikgu. Parti lobai ambik 14 juta dr cikgu.
Apalah wanrosli dan wakilnya ni buat2 tak tau pulak. Itu pun nak tanya lagi
Kalau setakat tuduhan2 kosong tak payahlah tulis kat sini nanti hanya buang masa org yg membacanya..
Kalau nak menuduh juga sila pastikan tuduhan yg dibuat tu ada kredibiliti seperti bukti laporan polis ke laporan sprm ke tuduhan di mahkamah ke laporan jabatan alam sekitar ke macam kat penang tanah runtuh hari tu dll..
Jangan lupa kunjungi kami juga ya gan
Poker Online
Domino QQ
Domino 99
Capsa Susun
Adu Q
Sakong Online
Bandar Poker
Bandar Q
agen poker
situs poker
dominoqq
domino99
bandarq
Post a Comment