BERUNDING DAHULU A-Z
-Pak Karamu-
Keberanian cadangan Mustafa wajar dipuji
(Ubah saiz teks)
KOTA BHARU - Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali perlu dipuji
atas keberanian beliau membuat cadangan terbuka kepada Pas supaya
menyahut seruan Umno untuk duduk semeja membincangkan mengenai kerjasama
antara kedua-dua parti.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara
Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, keterbukaan Pas terhadap
cadangan bekas Setiausaha Agungnya itu membuktikan demokrasi masih segar
dalam parti itu.
"Di saat pemimpin Pakatan Harapan memomokkan Pas sebagai tongkat Umno
sejak kebelakangan ini, sebarang cadangan dari pemimpin Pas supaya ia
bekerjasama dengan Umno tentu sahaja akan mendatangkan risiko tinggi
kepada parti itu.
"Majlis Syura Ulamak Pas, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mursyidul Am
Pas dan Presiden Pas telah berulangkali menyebut bahawa Pas akan
menyertai PRU 14 dalam blok ketiga, Gagasan Sejahtera,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Mustafa bahawa pemimpin Pas perlu lebih
serius menyahut tawaran Umno dan bahawa kerjasama antara kedua-dua parti
akan mewujudkan suasana politik yang lebih kondusif dan harmoni.
Kamarul Zaman yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam
Malaysia (Iksim) berkata, bagaimanapun gembar-gembur mengenai
kemungkinan Pas dan Umno bekerjasama tetap muncul sehingga mendatangkan
suasana ketidaktentuan dalam Pas sendiri, apatah lagi bila pemimpin Umno
selalu menyebutnya.
Justeru katanya, selaku tokoh yang berkecimpung dalam dunia politik
sejak awal 1970an, Mustafa sudah tentu mempunyai congakkan tersendiri ke
atas, hujung, jatuh politik semasa negara.
Beliau tidak menafikan bahawa selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Pas,
mungkin lebih wajar jika Mustafa menyuarakan cadangan beliau itu secara
dalaman mengikut saluran yang biasa digunakan oleh sebuah organisasi
kukuh seperti Pas.
Bagaimanapun katanya, menyuarakan cadangan itu secara terbuka juga
mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia membolehkan tahap sokongan atau
bangkangan ahli akar umbi ke atasnya dapat diukur dengan lebih tepat.
"Ia juga memberikan ketelusan dalam hubungan antara Pas dan Umno serta
antara pemimpin Pas dan ahlinya sekali gus mengekalkan timbulnya tuduhan
pemimpin Pas menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan ahli mereka.
"Pernah berlaku menjelang PRU 7 pada 1986 pemimpin tertinggi Pas dan
Umno bertemu secara senyap-senyap, dan bila perkara ini terbocor ia
menjejaskan prestasi Pas dalam PRU 7 itu,” katanya.
Menurutnya, lebih elok jika Pas dapat bersikap telus bagi mengelakkan
ia dari menjadi mangsa fitnah lawan-lawan politiknya dan cadangan
Mustafa itu adalah satu perkara yang boleh mewujudkan suasana positif.
"Saya memahami logik yang digunakan oleh Mustafa, iaitu bila pimpinan
tertinggi Pas menyebut berulang kali bahawa ia tidak akan kembali
bekerjasama dengan Pakatan maka tentulah pilihan yang terbuka untuk Pas
ialah untuk bekerjasama dengan Umno.
"Soal mengenai bentuk kerjasama ini serta apakah ia perlu dibuat
sebelum, semasa atau selepas PRU14 adalah perkara yang boleh
dibincangkan dalam pertemuan, jika ia mendapat persetujuan pemimpin
Pas,” katanya.
Secara peribadi beliau secara prinsipnya menyokong penuh sebarang usaha
untuk menyatukan kekuatan umat Melayu Islam baik dalam bidang politik
mahupun bidang lain kerana jika golongan majoriti bersatu maka akan
lebih amanlah negara.
"Apa pun, terpulanglah kepada pucuk pimpinan dan ahli Pas sendiri untuk
memutuskan apakah langkah terbaik yang boleh mereka ambil demi
kepentingan bukan sahaja parti tetapi juga agama, bangsa dan negara",
katanya.
5 orang berkata:
SHAH ALAM: PAS bersedia bekerjasama dengan Umno, namun ia hanya akan berlaku dalam konteks ‘sebelum’ dan ‘selepas’ pilihan raya.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menjelaskan kerjasama yang dimaksudkan itu adalah melibatkan perihal seperti pemerkasaan syariah Islam, isu kemanusiaan Rohingya selain bersama dalam menyekat kemaraan DAP dalam politik negara.
Sementara itu dalam konteks menghadapi pilihan raya, jelas Mohd Zuhdi, PAS tetap akan bersama blok ketiga Gagasan Sejahtera (GAGASAN) sebagaimana yang ditegaskan parti berteraskan Islam itu sebelum ini.
"Kita (bekerjasama) bukan hanya untuk hadapi pilihan raya tetapi juga semua aspek-aspek yang dengan kepentingan Islam dan juga kepentingan orang Melayu. PAS kita bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuklah Umno yang menjadi tunjang kepada kerajaan. Itu dalam konteks sebelum pilihan raya dan juga selepas.
Kita sedar bahawa situasi sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, kita tidak wajar menilai hari ini berpandu situasi lampau. Peristiwa lampau hanya sesuai untuk dijadikan panduan.
Kita takut untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO kerana tidak mahu disengat dua kali dalam satu lubang. Tetapi kita boleh pula percaya kepada DAP yang pernah meninggalkan Barisan Alternatif. Kita bersungguh pula menubuhkan Pakatan Rakyat. Kenapa kita layan sesama muslim lebih keras daripada sikap kita terhadap DAP?
Kalau soalan kamu tu ditujukan kpd PAN sahaja jawapannya ialah kerana PAN memamng telah mempromosikan diri mereka sebagai barua DAP sejak tertubuhnya PASMA lagi dan terbukti ianya berjaya menjatuhkan kerajaan negeri dan diambilalih oleh BN.. bukankah ini yg DAP mahukan?
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [0815] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 500 JUTA ,
PESUGIHAN DANA GAIB
PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
افضل شركات نقل الاثاث بالمدينة المنورة ــ شركات نقل عفش في لمدينة المنورة عمالة فنيه متخصصة وفنيين مدربين
Post a Comment