Tak ada orang 'propose' saya jadi calon'
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - "Tak ada orang 'propose' saya," demikian jawapan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU14 akan datang.
Sambil tersenyum Dr Mahathir berkata, perkara itu belum dibincangkan.
Ditanya kawasan pilihan beliau untuk bertanding, jawapan Dr Mahathir ditepis ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok.
"Itu 'next PC', hari ini isu lain," katanya kepada pemberita pada sidang media Pakatan Harapan di Parlimen, di sini hari ini.
Dr Mahathir pernah memegang empat penggal sebagai ahli Parlimen Kubang Pasu, Kedah sebelum melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai logo yang masih belum diluluskan selepas 100 hari permohonan, Dr Mahathir berkara, pihaknya memberi jaminan akan mematuhi segala syarat yang ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika logo mereka diluluskan segera.
Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum mendapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara itu.
"Kami hanya dapat jawapan di Parlimen tetapi jawapan itu tidak memberi sebab mengapa ia mengambil masa yang lama apakah ada kesalahan yang dilakukan oleh pihak kami.
"Harapan akan membuat beberapa tindakan susulan mengenai perkara ini secepat yang mungkin," katanya.
2 orang berkata:
Kalau ada yg propose hadi lagi sebagai MP pun mmg buta perut, dia dah uzur, parlimen pun memanjang jer ponteng tapi elaun tetap dia ambik. Yg pelik tu dah la ponteng parlimen tapi boleh pulak hadir majlis tahnik! Cari side income ke? Oh! Yaa.. bini ramai, kos sara hidup tinggi.
Selagi TGHH tidak menyokong pesta arak secara terbuka mana mungkin kami tak nak calonkan dia lagi.. cer tanya ulamak baca doa tu dia ada bantah ke pesta arak tu? Atau ada baca doa sekali?
Post a Comment