Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KELEMAHAN AZMIN ALI DAN PKR DALAM PENTADBIRAN AKAN TAMATKAN KERIER POLITIKNYA

AKAN JADI MODAL POLITIK PADA PRU14 NANTI

 

-Pak Karamu-

 

INI BUKTI "POLITIK LONGKANG" AZMIN!!!




Baru semalam kita berbicara soal Politik Longkang yang diamalkan oleh Si Azmin Ali ni selaku Menteri Besar Selangor. Dia yang suka bermain Politik dengan cubaan mahu menutup kelemahannya sendiri.






Maka tak hairan la sekiranya ada dikalangan rakyat yang menganggap Si Azmin Ali ni terlebih dahulu melongkangkan dirinya dengan kenyataan - kenyataan yang kurang cerdik sejak kebelakangan ini.



Dalam kes perobohan rumah dua orang bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang baru baru ini, Azmin dilihat menyalahkan Tan Sri Noh Omar yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.



Menurut laporan, 2 kali memorandom di hantar ke Pejabat Menteri Besar namun ianya di pandang sepi dan tidak diendahkan oleh Azmin hinggalah kediaman mereka dirobohkan baru baru ini.



Bak kata Sangkakala Jari 9, jika Azmin ingin menyalahkan Noh Omar kononnya tanah tersebut adalah milik sebuah Syarikat melalui pajakan dan tanah tersebut atas nama Penguasa Tanah Persekutuan, rasanya adalah amat tidak tepat.

"Ini kerana, Azmin adalah penguasa tanah dalam negeri Selangor dan beliau mampu untuk menahan atau menghalang perobohan kediaman ini sehinggalah dua buah keluarga ini mendapat kediaman yang baru.
"Tapi oleh kerana keangkuhan Azmin sendiri, maka kedua dua keluarga ini diperlakukan tidak seperti manusia oleh kerajaan negeri hingga sanggup membiarkan pihak Pejabat Tanah dan Daerah mengambil tindakan perobohan.
"Selaku orang yang berkuasa di dalam negeri, adalah amat mustahil jika Pegawai Daerah tidak mempedulikan arahan dari Azmin jika Menteri Besar itu menghalang Penguatkuasa Tanah daripada melakukan perobohan kediaman berkenaan. 

Katanya, setelah kedua dua rumah itu dirobohkan, barulah Azmin bersuara dengan memberikan kediaman berupa rumah PPR di Seksyen 8 Kota Damansara sedangkan YB Datuk Hajah Halimaton (ADUN Kota Damansara) telah pun membuat rundingan dengan pihak KPKT bagi mendapatkan kediaman sewa beli di PPR Lembah Subang 2.

"YB Halimaton juga telah menghantar surat permohonan pengangguhan perobohan namun penguatkuasa dibawah pimpinan Azmin Ali lansung tidak memberikan maklumbalas."


Ini ke slogan Peduli Rakyat dan Negeri Berkebajikan yang dilaungkan? Peduli yang bagaimana dan Kebajikan yang macam mana sedang di jalankan oleh kerajaan di bawah Azmin hari ini? Lebih baik Si Azmin tu melongkang diri sendiri dari nak salahkan orang lain!!!

6 orang berkata:

Anonymous said...

Hahaha....ahli2 pas bolehlah pangkah azmin nanti. Azmin tu dah tolong tuan hj exco selangor. Keh3

Anonymous said...

Tu laa...orang suruh ko pecat exco tu ko buat deeeeekkk je. Sekarang ko rasa la sendri. Ko ingat hadi nak tolong ko? Kih3

Anonymous said...

Nak harap pas bersihkan nama ko? Nak harap pas balas budi baik ko? Keh3 mimpi la ko derrr. Puak tu bukan boleh ditolong...cam lepaskan anjing tersepit derrr...bila ko ada masalah, dia bantai ko balik kaw2 punya. Ko dah kena kencing derrr

Anonymous said...

Esok adalah puak azmin lukis gambar hadi mcm mata azmin tu pulak

Anonymous said...

NIAT SI LOBAI SUU

Sahaja aku mengkafirkan ahli pan kerana aku nak jawatan mp dan adun dlm pru 14. Amin

IrWrWs said...

Terima kasih .. Ok sekarang aku nak jawab.. setahu aku yg dah lama mengikuti arus politik negara iaitu sejak isu Aisyah dilarikan ke Australia (di mana dlm isu ini pun umno masih mahu bermain politik.. memang dah busuk umno ni!); apa yg aku tahu dan boleh jelaskan ialah spt di bawah:

1. Tauke pil kuda - ini terbukti tidak ditujukan kpd sesiapa spt yg dibuktikan di mahkamah.. namun pas dah lama boikot atau membantah jika calon parti mana2 sekalipun terdiri drpd pengedar pil kuda, berfahaman marxist, sosialis, kaki fitnah dan rasuah serta lain2 yg tak sepatutnya..

2. Barua - jika seseorg itu polis kita perlu melabelnya sbg polis.. jika seseorg itu askar kita perlu melabelnya sbg askar.. dan begitu jugalah jika seseorg itu barua!.. Sekiranya pan rasa bukan satu kesalahan akan adun dan ahli parlimen yg melompat parti; itu masalah pan.. sdgkan dap sendiri menggelarkan pengkhianat kpd adunnya yg tinggalkan parti dap baru2 ini di melaka..

3. Babi - ini hanya perumpamaan tapi diputarbelit oleh puak pan.. iaitu "Seperti anjing menyalak babi di sebalik bukit" bermaksud inilah penentangan yg perlu dilakukan terutamanya terhadap umno dan musuh pas lainnya.. bukannya penentangan yg sia2 oleh pan spt dlm isu bantah pesta arak DALAM HATI iaitu "Seperti anjing menyalak bukit"..

4. Biawak - maaf yg ini sy tak pernah dengar tapi sekiranya benar ada pastilah mempunyai alasan yg kukuh sebagaimana BARUA..

5. Kafir - di dalam amanat hanya ada perkataan kafir dlm ayat yg lebih kurang "Kita tak perlu masuk hindu tak perlu masuk buddha tapi kita boleh jatuh kafir hanya jika berkata politik suku agama suku".. selain daripada itu perkataan kafir hanyalah diputarbelit oleh umno dan pan..

6. Munafik - maaf yg ini juga saya tak pernah dengar tapi sekiranya benar ada pastilah mempunyai alasan yg kukuh sebagaimana BARUA..


Itulah penjelasan saya... sekian..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.