Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA SENTIASA TADAH TANGAN BAGI KERAJAAN DAP RASA BALASAN TUHAN

‘Itu ujian dan takdir ALLAH’

AddThis Sharing Buttons

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU - Biarpun kerajaan DAP Pulau Pinang sering mengutuk pentadbiran Pas Kelantan yang dikatakan gagal, namun kepimpinan parti Islam itu tidak menyerang balas ketika mana Pulau Pinang diuji dengan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, insiden yang dialami tersebut lebih disifatkan sebagai segala-galanya adalah ketentuan dan ujian dari ALLAH SWT.

“Itu takdir ALLAH SWT kita nak buat macam mana… Itu terserah kepada ALLAH SWT,” katanya kepada media semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim semalam.

Sebelum ini, DAP Pulau Pinang lantang mengkritik Kerajaan Kelantan yang dianggap gagal dalam pentadbirannya termasuk mengutuk kejadian banjir besar yang melanda negeri ini pada tahun 2014.

Dalam pada itu, Timbalan Mursyidul Am Pas itu juga  turut menyifatkan  kemungkinan kerajaan DAP terlalu bijak dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri itu.

“Mentadbir ini satu amanah, tidak semua sempurna dan ada kekurangan setiap pentadbir, setiap pemerintah ada kekurangannya,  jangan salahkan mana-mana pihak tetapi kita mintak supaya  mana-mana kerajaan pun hendaklah sentiasa  bertanggungjawab kepada rakyatnya.

“Sepatutnya kita nak laksanakan projek mesti ikut prosedur sesebuah  kerajaan  tempatan dan sebagainya untuk mengelak daripada  perkara yang tidak  diingini, tetapi mungkin dia berasa terlebih bijak daripada orang lain,” katanya.

Dalam kejadian runtuhan tanah di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di  Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah kira-kira jam 8.57 pagi itu telah  menyebabkan 11 tertimbus.

3 orang berkata:

IrWrWs said...

Bila pas menentang pesta arak LGE kata taliban.. bila tanah runtuh sehingga melibatkan lebih daripada 10 nyawa, pas masih belum lagi tergamak kata dap ni junta tentera myanmar.. keh keh

Anonymous said...

Hadi buat amanat sesat hingga berbunuhan sesama islam, tentu dia bangga dan rasa gah mcm ayatollah khomeini. Ntah laa.

IrWrWs said...

Dah lama aku mintak bukti tang mana amanat tu sesat gamaknya.. cer tanya ala junta tentera myanmar..ntah laa..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.