Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TELAH SIAP MERANCANG DAN TERUS BEKERJA .....

Pas mahu tawan semula Kedah, Terengganu

AddThis Sharing Buttons

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim.
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA SARANG SEMUT - Pas berhasrat menawan semula Kedah dan Terengganu pada PRU14.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu juga turut menyasar mendominasi beberapa negeri selain-- mengekalkan kemenangan di Kelantan.

"Kita sasarkan Kedah negeri pertama untuk kita menang kerana ia adalah hasrat parti dan keputusan presiden serta dasar kepimpinan parti.

“Pas Pusat juga meletakkan sasaran untuk menang di lebih 100 kerusi di parlimen atau paling kurang pun sebanyak 40 kerusi.

“Walaupun dengan kemenangan 40 kerusi parlimen, Pas tidak boleh memerintah, maknanya Pas memberi satu isyarat bahawa ia akan bergabung dengan parti-parti yang menerima dasar dan perjuangan parti,” katanya ketika berucap di hadapan himpunan terbesar Jentera Pilihanraya Pas Kedah (H12K), di Kompleks Pas Kedah, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, Pas perlu menang atas nama parti dan tidak boleh menjadi anak tangga untuk orang lain.
“Cukuplah, gerakan Pas menjadi alat kepada parti lain. Walaupun Pas berlapang dada berkhidmat parti lain, sebelum ini.

“Kini tibalah masa, untuk bekerja untuk calon Pas, duit Pas dan menangkan Pas...insya-ALLAH," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, Pas tidak bersendirian untuk berdepan PRU14, sebaliknya akan bersama rakan-rakan lain dalam blok ketiga.

Menurutnya, blok ketiga ini meliputi tiga komponen yang menyatakan sokongan kepada Pas iaitu parti politik, NGO dan tokoh korporat atau akademik.

“Setakat ini, Pas mendapat respons yang sangat positif dalam blok Gagasan Sejahtera.

“Walaupun dalam mind set  hanya terbayang dua parti iaitu parti pemerintah dan parti pembangkang. 

Tetapi, di banyak negara-negara maju mempunyai kuasa penentu yang ketiga, tidak semestinya hanya ada dua parti sahaja,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini dalam Gagasan Sejahtera, Pas menjalin kerjasama politik bersama Parti Perikatan, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang turut menyatakan hasrat bersama serta mempunyai beberapa parti dalam perundingan.

“Selain itu, terdapat juga lebih 300 NGO besar yang nyatakan komitmen bersama Pas, termasuk NGO bukan Islam dan tokoh masyarakat. Kami blok ketiga dan keutamaan adalah untuk tumbangkan kerajaan BN dan Pakatan Harapan pada PRU kali ini,” katanya,

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi berkata, Pas mempunyai sokongan sangat baik daripada individu-individu yang mempunyai pengaruh besar.

“Walaupun dia individu tetapi mempunyai pengaruh yang besar dengan pengikutnya ramai. Antaranya ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Beliau menyebut dalam himpunan Fastaqim, baru-baru ini, bahawa beliau akan mengerahkan seluruh keupayaan diri dan pengikut serta pengaruhnya secara all-out untuk sokong Pas pada PRU kali ini,” katanya.

Justeru, katanya, sokongan parti politik semata-mata tidak mestinya akan menentukan kemenangan kerusi yang dipertandingkan Pas tetapi sokongan gabungan parti kecil, NGO dan tokoh masyarakat serta individu dapat membantu merealisasikan misi parti mempertahankan Kelantan, menawan semula Kedah dan Terengganu serta mendominasi beberapa negeri-negeri pada PRU14.

H12K berjaya menghimpunkan lebih 15,000 jentera pilihan raya dan penyokong parti.

44 orang berkata:

Anonymous said...

Gebang lebih. Marang dah lingkupkan lagi cerita nak tawan. Kedah apa lagi,..jauh panggang dari api !Usah mimpilah.
100 kerusi parlimen pulak...hahaha
Caramarba strategi ko wahai PIGS

Anonymous said...

Hebatnya PAS, PH sibuk dengan angan-angan budget gulu-gula

PAS sudah kehadapan

Bekerja keras untuk merampas Kedah dan Terengganu

Dengan izin Allah SWT, BN akan kecundang

PH akan hilang ditelan angan-angan

Anonymous said...

Ehhhh bukan ke duta germany ada kata pas sudah biasa kalah dan akan kalah... Bukan aku cakap, tn hj duta germany yang cakap. Kih3

Anonymous said...

Terengganu banyak hutan balak lagi ker? Ana bukan nak rembat, ana nak tanam durian kunyit kat hutan terengganu.

Kat kelantan dah banyak buah durian kunyit dlm hutan simpan. Tempoyak kelantan sudah eksport ke Tehran.

Anonymous said...

Hati2 cikgu agama kat tengganu. Potongan gaji tu simpan elok2 dalam bank. Kang ada orang bulat biji mata tengok cash. Jangan sampai duit gaji kena rembat mcm kawan kita kat yik

Anonymous said...

Angan2 besarrr betul.
Mat jenin panjat kelapa..kih2

Anonymous said...

Nak rampas terengganu tu macam mustahil la. Tapi kalu hilang kelantan memang cerah. Kalu setakat fastakim 30K budak2 sekolah pondok belum masuk jawi, marang pun belum tentu boleh kekal.

Anonymous said...

Angan2 musang berjanggut. Last2 masuk perangkap dalam almari.

Anonymous said...

Jangankan terengganu, marang pun akan tumbang kerana undi sudah pecah tiga. 99% umno bn akan ambik marang

Anonymous said...

Jabatan hutan terengganu sila berwaspada. Spesis ni bahaya sangat. Derang suka tibai balak....Jangan undi spesis ni kalau sayang balak kat tengganu

Anonymous said...

Sapa2 kat tengganu ada beli saham, tiling jaga baik2. Jangan sampai kena lingkup mcm Sagan kosiallal..spesis ni tak boleh nampak orang lain punya Cash

Anonymous said...

Pas merancang untuk kalah kerana pas sudah biasa kalah.

Anonymous said...

Masuk pas 3 orang. Masuk bersatu 8000 orang. Mcm mna pas nak menang?

Anonymous said...

Nak kebas 14 juta duit gaji cikgu mulakan dengan bismillah. Dah selesai kebas baca alhamdulillah.

Halalan toliban...

Anonymous said...

Lobai atas2 pegang tasbih, rupanya kira komisyen jualan balak.

Anonymous said...

Anon 5.49 ni mabuk ketum ke? Celah mana pulak BN tumbang kalau sasaran pas menang kerusi parlimen 40 jer. Kikiki bodo rupanya walaunta pas ni.

Anonymous said...

InsyaAllah gabungan UMNO PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA (U-PIGS) akan menang dan tadbir malaysia. Najib terus jadi PM dan hadi TPM. 1 undi pas = 1 undi umno. Takbirrr!

Anonymous said...

Kemenangan tak menghalalkan cara... Kalau betul pun 8000, pemindahan dari sekular bn ke liberal ph.. Mana nak sama 3 orang yang berilmu yang dapat membantu pemgembangan islam yang syumul kat malaysia...

http://www.bicara.news/jumlah-ahli-pan-mengelirukan/

Anonymous said...

Eh silap... Yang tu jumlah keahlian sebuah parti tupperware yang tak tau betul ke tak... Hehe...

http://wabillahagro.blogspot.my/2017/10/gelombang-hijau-anak-muda.html?m=0

toyotaqq said...

Jangan lupa kunjungi kami juga ya gan

Poker Online
Domino QQ
Domino 99
Capsa Susun
Adu Q
Sakong Online
Bandar Poker
Bandar Q
agen poker
situs poker
dominoqq
domino99
bandarq

Anonymous said...

Dah makin banyak iklan judi kat blog ni.
PakHarammu ni kaki judi ke?

Anonymous said...

Tak ada salahnya pas merancang untuk kalah. Kutipan tin milo dan komesyen jualan balak pun bole kayakan pas. Buktinya yassin pun ada 700K beli kompleks walaupun gaji 3K je sebulan.

Anonymous said...

Pitih tak dok guane nak rampas tengganu? Nak jual telo penyu ker? Ke nak tibai pitih gaji cikgu jugok?

Anonymous said...

Strategi pas ni strategi barua. Lepas pru 3 penjuru pas akan gabung dgn mana2 gabungan; samada PH atau BN, yg mana2 menguntungkan pas. Jelas terang lagi bersuluh yg pas akan bergabung dgn parti pengamal kleptokrasi yg curi duit rakyat. Mungkin dari kacamata pas curi duit rakyat dan rasuah tu dlm kategori dosa kecil. Ntah la.

Anonymous said...

Yang menguntungkan islam, bukan menguntungkan pas... Sasaran tetap islam.

Sasaran setakat nak menjatuhkan najib je lagi barua.. Hati masih lagi umno, tapi buat parti baru lawan najib dari luar umno lepas cubaan jatuhkan najib dari dlm umno gagal..

Nanti bila najib dah jatuh macamana? Bubar ppbm, berpusu2 masuk umno semula.. Bn dapat semula majoriti... Sbb dulu, kini dan selamanya umno.

IrWrWs said...

Memang betul BN dan PH dua2 kleptokrasi.. pas akan memilih parti2 yg boleh terima pemerintahan islam shj tak kira dari manapun mereka samada BN ataupun PH.. DAP dan PAN mintak mahaplah PAS nak terima..

IrWrWs said...

Pitih PAN mana mari pulak utk rampas kelantan? Daripada DAP ke? Ke dari Genting ke salor?

IrWrWs said...

Pas tak payahlah nak bgtahu semua backup documents yg berjaya bantu kelulusan pinjaman beli tanah tu.. yg kononnya ada akaun affin pun tak berani nak dedah dan bg kpd SR.. bodo gak dia tu.. dah jadi kes mahkamah pun..

IrWrWs said...

Aku lebih redho daripada tun m jadi PM dan lim kit siang jadi TPM.. undi PH sama dgn undi DAP!

IrWrWs said...

Ni nak kena tanya bekas exco.. sbbnya masa dia jd exco dulu tibai duit balak tak dikira rasuah.. ntah laa.

IrWrWs said...

Masalah kewangan yg dah dapat diselesaikan pun kini iaitu sejak awal tahun ni.. Duit projek gagal kambing jamnapari sampai sekarang tak nampak bayang..

IrWrWs said...

Lawak gila ni.. tapi asalkan dapat hiburkan hati kau kira aku bg chance la.. keh keh

IrWrWs said...

PAS merancang utk menang walaupun dah biasa kalah.. pembetulan keh keh..

PAN tak pernah menang walaupun dap backed up..

IrWrWs said...

Kena tanya bekas ajk pas yg kalah masa 2015 yg lingkupkan koperasi tu..

IrWrWs said...
This comment has been removed by the author.
IrWrWs said...

Eee bodohnya.. kerajaan pas kelantan dah dapat anugerah ISO 2009 kerana pengurusan hutan dan balak terbaek negara bg tahun 2016.. penang pulak dpt dapt ISO pengurusan banjir dan tanah runtuh ke?

IrWrWs said...

Oh tunggakan ni dah settled sejak awal tahun lagi.. duit projek kambing jamnapari mana pegi pulak? Renovate bangunan pejabat atas tanah org lain ke?

IrWrWs said...

Eee bodohnya.. kerajaan pas kelantan dah dapat anugerah ISO 2009 kerana pengurusan hutan dan balak terbaek negara bg tahun 2016.. penang pulak dpt dapt ISO pengurusan banjir dan tanah runtuh ke?

Harap jangan aktifkan budaya jubor kunyit sudah la..

IrWrWs said...

Pas tak kesah pun sapa2 menang janji jgn PaS bersubahat dgn pesta arak sudah la..

IrWrWs said...

Kut mana plk lingkup.. mari kita tgk ulamak pangkor 2 nak lawan kat mana nanti.. lingkop ke idak.. Alhamdulillah Marang masih menang sejak dulu..

Harap tiada org PaS sanggup baca doa di majlis org mkan BABI dan tonggang ARAK..

Unknown said...

salomon
nike huarache
off-white clothing
nike shoes
クロムハーツ
skechers shoes
true religion outlet
coach outlet
red bottom
off white

5689 said...

zzzzz2018.8.10
salomon
moncler
cheap jordans
jordans
pandora
nike soldes femme
nike factory outlet
true religion outlet store
christian louboutin shoes
ugg boots

5689 said...

zzzzz2018.8.15
canada goose outlet
pandora charms outlet
coach factory outlet
pandora outlet
ugg boots
off white clothing brand
michael kors outlet online
jordan shoes
kate spade outlet online
red bottom

situs terbaik said...

Situs Judi terbaik di rekomendasikan untuk anda semua
saranaqq
bonusqq
kristalpoker
samudraqq
dapatqq

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.