PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa juga asalkan tidak menentang dasar yang dibawanya seperti penentangan Ketua Pakatan Harapan dan parti-parti yang terdapat didalamnya..
PAS bukan macam parti Pakatan Harapan yang siang malam mimpi nak buru Putra Jaya. itu bangang punya parti. Mereka asik nak mengisi tembolok je macam ayam !!!
-PAK KARAMU-
Politik Islam bukan sekadar kejar PRU...
(Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menegaskan, perjalanan politik Islam bukanlah sekadar PRU untuk berkuasa
dan mendapat kuasa dengan apa sahaja caranya, tetapi ia termasuk
berdakwah dan mendidik masyarakat.
Oleh itu katanya, kerjasama bukan semestinya sebelum pilihan raya,
sedang pilihan raya, atau selepas keputusan pilihan raya bagi menentukan
Islam tetap memimpin masyarakat majmuk berdasarkan dan berkonsepkan
Islam yang wajib dipertahankan oleh Pas.
Menurutnya, disebabkan itu, Pas wajib menolak kalangan yang nyata
menentang Islam dan Pas bekerjasama dengan siapa sahaja yang tidak
menolak Islam.
“Dalam perjalanan politik Islam, ia mewajibkan kepimpinan yang
bercirikan Islam tanpa menentukan siapa yang menjadi perdana menteri,
kerana perjuangan kita bukan mengangkat orangnya, tetapi dasar dan
matlamatnya untuk mencapai keredaan ALLAH dan kebahagiaan dunia dan
akhirat.
“ALLAH lebih mengenali siapa orangnya sama ada ikhlas atau tidak,
termasuk beriman dan budimannya, kerana orangnya boleh berubah dan
hanyut,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman
Facebook rasminya, hari ini.
Jelas beliau lagi, dalam perjalanan itu, menegakkan rahmat Allah dan
adil terhadap semua tanpa mengira agama dan kaum yang hanya boleh
dilaksanakan oleh Islam dan kepimpinannya yang beriman, budiman dan
berilmu.
Kerana itu, Pas memilih pendekatan budaya politik matang dan sejahtera
(BPMS), yang mengeluarkan Pas daripada budaya politik fitnah, maki hamun
dan bermusuhan yang sedang melanda semua pihak dan ia sedikit sebanyak
mempengaruhi ahli Pas yang wajib dibebaskan daripadanya.
“Kini Pas bebas menentukan di mana dan berapa jumlah kerusi yang hendak
dipertandingkan bersama gagasannya, tanpa terikat dan diarahkan oleh
pihak lain. Pas terus bersabar dan boleh menerima kekalahan dengan reda,
bukan sahaja kemenangan tanpa berfikir untuk mengisi kemenangan.
“Wawasan Pas sangat luas, bukannya dunia yang sempit, tetapi terus
beristiqamah bersama Islam, daripada dunia yang luas sehingga akhirat
yang kekal,” katanya.
Jelas Abdul Hadi, muamalat politik Islam adalah berkonsepkan kepimpinan
Islam yang wajib dipertahankan, demi menegakkan konsep rahmat kepada
seluruh alam dan adil terhadap semua.
Maka, lebuh raya hubungan dengan semua pihak sangat luas, namun politik damai hendaklah diutamakan.
Pas katanya, tidak hanyut dan dihanyutkan sekali-kali oleh sesiapa
sahaja yang mahu memaksa, menipu atau melakukan provokasi untuk
mengheret Pas sehingga terkeluar daripada landasan prinsip, konsep Islam
dan strategi kebijaksanaan dalam perjalanannya.
“Majlis Syura Ulama, Dewan Harian, AJK Pas Pusat menentukan keputusan
secara jama’ie (kolektif) dan Muktamar yang melibatkan akar umbi bagi
membuat keputusan yang besar, supaya Pas bukan parti milik seorang atau
kumpulan tertentu sehingga terkeluar daripada konsep dan adab berjemaah.
“Pas berpengalaman secara bersendirian, kerajaan campuran dan
bekerjasama dengan semua pihak dengan berbagai-bagai pendekatan, bukan
sekadar satu, dua, tiga dan empat pendekatan, bahkan lebih daripadanya.
Kini, diperkenalkan pendekatan Ta’awun dan pendekatannya terus menjadi
pembangkang yang menasihatkan,” katanya.
6 orang berkata:
Nasib baik PH bukan penganjur pesta arak... Yg anjurkan pesta arak ialah sykt beer
Malaysia.
Siapa kata PH penganjur pesta arak hahh?..
PH cuma bersekongkol dgn para penganjur pesta arak.. lepas tu mat sabu masih ada hati nak mintak PAS bg peluang kpd ahli2nya menyokong PH.. dia ingat ahli2 PAS bangang macam ahli2 PAN ke?..
phuiiiiii.. kahakkkkkk ptuiiii!
Nasib baik Amanah tak menyokong pesta arak yg dianjurkan Syarikat mybeer Malaysia.
Oh..pasai tu la hadi baik dgn UMNOBN, depa tak sokong pesta arak dan langsung tak tau pasai benda tu.
Pas berbaik dengan umno dlm hal2 demi islam dan rakyat. Adapun bab umno sokong pesta arak itu pas tetap menentang pesta arak sebagaimana pas menentang kafir harbi yg menggelarkan SYAITON kpd Dr Zakir Naik.. PAN tak kesah pun DAP nak maki hamun ilmuan islam; asalkan dapat undi cina tak gitu??
Betul.. cuma menyokong sebuah parti yg bersekongkol dgn penganjur pesta arak je pun.. nasib baik pas tak sokong kerajaan ala junta tentera myanmar di negeri utara..
Post a Comment